PROLOG

Mungkin jodoh tidak datang tepat waktu tapi jodoh akan datang pada waktu yang tepat. Imam, adakah semua perempuan mengimpikan memiliki calon imam lalu menikah menggapai apa yang namanya sakinah?. Aku tidak pernah mempunyai fikiran untuk menikah. Aku hanya berfikiran untuk boleh jatuh cinta.

Untuk nabi terakhir yang dirindui umat, pertama tolong tambatkan cinta ini untukmu. Aku tahu menikah memang merupakan sunnahmu. Aku tidak akan diakui umatmu dan hamba-Nya jika tidak mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W. Lantas, bagaimana aku boleh menikah jika untuk jatuh cinta saja aku tak mampu?. Harus membalasnya tetapi otakku menolak, begitu setiap kurasakan jantung ini berdebar.

Aku takut menjatuhkan hati pada seorang Adam jika nantinya aku akan sama terluka seperti ummi. Ini bukan perkara biasa apabila mendengar penceraian orang tua ketika usiaku menginjak lima tahun, menjadikan aku begitu membenci sosok seorang ayah, terlebih membuatku tidak percayakan lelaki. Ya Rabbi, sungguh aku tidak ingin menjadi anak derhaka. Jika ummi adalah hidupku, abi adalah nafasku.

Apakah selamanya aku tidak mampu menerima keputusan abi yang mengakhiri rumah tangga dengan penceraian?. Bukankah itu ertinya selamanya aku tidak boleh jatuh cinta?. Ya, penceraian itu menghantuiku sehingga aku berganjak dewasa.

Syukurlah Allah Maha Adil!. Hamba sepertiku masih mendapatkan kesempatan untuk mengenal fitrah cinta. Buktinya aku masih boleh jatuh cinta. Mungkin sebenarnya hanya sekilas perasaan suka yang kuanggap cinta. Cinta itu Dia titipkan pada lelaki bernama Johan. Sayangnya Johan hanya menganggapku gadis kecil yang tak pernah menjadi dewasa.

Ah, tunggu sebentar, telefonku berdering. Di sana ada tertulis;

       ”Nightmare Pensyarah.”

Apa lagi yang dimahukan oleh lelaki garang dengan pen merah itu?. Aku mengatur nafas sebelum menekan ikon telefon berwarna hijau.

           ”Assalamualaikum, calon imam?.”

Trauma Kedua

Seseorang melemparkan batu ke arah tingkap bilik aku, membuatkan aku semakin menarik selimut untuk menutupi kepala sekaligus telinga. Berulang kali kubatinkan kalimat istighfar tetapi dia tetap pada usahanya. Percaya atau tidak, ini sudah hampir pukul sepuluh malam dan si ’hantu’ itu belum mahu berhenti dari aksinya.

Makhluk Marikh

”Aku tahu kau belum tidur Sya dan jangan pura-pura tidur. Lampunya masih nyala. Allah Maha Melihat.

Kalau sudah berkaitan dengan Allah, aku tak boleh bersikap apapun. Siapa lagi yang berani menggangguku seperti ini kalau bukan Johan Rafizi, lelaki yang rumahnya berdiri megah tepat di sebelah rumahku. Aku tak membalas mesejnya dan dia tetap melemparkan batu ke arah tingkap bilikku.

          ”Sya!!!. Nafisya!!!!.” Teriaknya.

Arghhhh!!!. Dasar Penghuni Marikh!!!.

Aku berdiri dan mengambil hijab instant berwarna hijau muda senada dengan baju yang kupakai. Syukurlah pijama tidurku ini sudah berlengan panjang begitu juga dengan seluarnya. Kubuka jendela itu selebar mungkin, membuang angin malam yang masuk tanpa izin. Aku mengambil nafas panjang sebelum berteriak;

         ”Kenapa kau tak baling je tingkap aku ni dengan batu-bata?!.”

Akhirnya semuanya terluah. Lelaki di bawah sana hanya menunjukkan sederetan gigi rapi sambil tersenyum poyo ke arahku tanpa rasa bersalah.

        ”Shuhhhhhh!!!.” Teriaknya.

Dia sendiri yang menciptakan kekecohan. Sesuatu telah melanggar otaknya. Ini wajar jika kami berumur di bawah sepuluh tahun tetapi dia masih melakukan ini ketika kami sudah duduk di bangku universiti.

            ”Kalau ummi tahu pasal hal ni, kita berdua boleh dinikahkan di tempat….” katanya waspada.

Kalau dia tahu batasan bahawa seorang lelaki dan perempuan yang bukan mahram tidak boleh berdua-duaan, kenapa dia terus-menerus melemparkan tingkap bilik aku dengan batu?. Aku hanya menatapnya dengan riak wajah yang kesal kerana memang itu harapanku, menikah dengannya.

Tatapanku bukan mata bertemu mata. Aku tidak pernah melakukan eye contact dengan mana-mana lelaki pun sebelum ini. Aku cukup tahu kalau panah terdahsyat syaitan adalah melalui pandangan. Aku hanya menatap ke arah lain yang sejajar dengan bentuk jalan.

Mengenai Johan, terlalu bodoh apabila berharap pada jodoh next door. Berharap suatu saat jiran tetangga akan datang bertamu untuk melamar, berharap Johan akan menjadi imamku pada masa depan. Itu semua memang kesalahanku kerana membiarkan rasa ini tumbuh.

         “Sya, rancangan siang tadi berjaya!!!.” Teriak Johan. Dia terlihat girang sekali. Dia pernah mengatakan bahawa aku akan menjadi orang pertama yang akan tahu segala keputusan pentingnya.

        ”Oh, tahniah!!.” Kataku dengan nada yang terdengar biasa-biasa saja. Aku hendak menutup jendela sehinggalah aku teringatkan sesuatu.

      ”Dalam Islam, tiada istilah couple!!.”

Setelah berteriak, aku menutup jendela itu secara paksa. Aku berharap seseorang yang bilik tidurnya berada di sebelahku juga mendengarnya.

Butir air mata itu kembali terjatuh. Sungguh, aku tidak ingin menangis lagi kerana perasaan bodoh ini, terlebih hanya untuk seorang lelaki. Aku ingin melupakan Johan. Bukan kali ini saja. Sudah sejak empat belas tahun yang lalu aku merancang untuk melupakan perasaan ini. Sayang, semuanya tetap menjadi sebuah rancangan sehinggalah kami tumbuh dewasa.

Ingin aku tinggalkan semua kenangan masa lalu meskipun itu kenangan indah. Selaju manapun berlari, aku tidak pernah mampu meninggalkan masa lalu itu. Ya Allah, kali ini saja tolong aku untuk melupakan perasaan yang seharusnya tidak pernah ada atau sekadar muncul.

Makhluk Marikh

”Sya?. Kenapa?. Aku bukannya nak couple pun tetapi ternyata respon kakak kau tu baik. Makanya tadi aku mahu memberitahu kalau aku mahu mengambil langkah yang seterusnya.”

Aku membacanya tanpa membalas mesej dari Johan. Kumatikan lampu bilik saat itu juga. Pada akhirnya, aku sendiri yang tersakiti kerana terlalu berharap. Berharap bahawa Johan satu-satunya lelaki yang boleh aku percaya untuk menjadi calon imamku. Harapan yang paling hina adalah berharap kepada selain Allah. Aku terlalu terlambat dan terlalu bodoh untuk menyedari itu.

Lagi-lagi telefonku berdering.

Mahkluk Marikh

”Kau dah tidur ke?. Hummm dahlah, kita jumpa esok jelah dalam majlis organisasi. Selamat malam frozen kecil. Assalamualaikum.”

Aku hanya membaca potongan-potongan mesej yang muncul di panel notification. Sungguh, apa yang akan dilakukan Johan kelak, keputusan yang hendak dia ambil, aku sama sekali tidak peduli dan tak ingin tahu. Bukan bermaksud aku mahu memutuskan tali silaturrahim atau mengakhiri persahabatan yang sudah sekian lama terjalin dengannya. Andai bibirku ini boleh berbicara tanpa ragu, hanya satu hal yang akan kuminta dari Johan.

Menjauhlah….

Pergilah sejauh mungkin dari hidupku. Jangan pernah mencuba untuk kembali kerana kamu tidak tahu bahawa akulah yang paling tersakiti. Ambil apa yang telah kamu putuskan. Lakukan apa yang ingin kamu lakukan. Allah tidak suka aku menyimpan perasaan ini maka aku harus melawan perasaanku sendiri. Melawan khayalanku yang telah melampaui batas tentangmu.

Harusnya kamu tahu Johan bahawa aku telah gagal. Aku takut kecintaanku kepada Allah pudar hanya kerana kehadiranmu.

Aku tidak mahu membuat hati milik Allah ini sakit hanya kerana perbuatan hamba-Nya. Allah itu cemburu. Dia cemburu ada nama lain di hatiku, fikiranku ataupun di lisanku.

Alarm yang kupasang masih menyediakan waktu tiga puluh minit lagi sebelum menuju pukul tiga. Aku terduduk sebentar sambil menggosok-gosok kedua mata. Kepalaku pening, terasa sangat berat. Keterlaluan lelaki itu kelmarin. Gara-gara dia, kantung mataku terlihat jelas hari ini.

Dinginnya udara tak mengurungkan niatku untuk mengambil wuduk dan melakukan solat tahajud seperti hari-hari biasanya. Teringat bagaimana aku tertidur kelmarin, alasan apa yang membuatkan air mataku kembali menitis sampaikan aku tertidur, membuatkan aku merasa bodoh. Menangisi lelaki yang bahkan tidak tahu bahawa aku menyukainya.

Mulai malam ini, aku membuat keputusan untuk mengubah doa di mana nama Johan yang selalu kusebut di dalamnya. Aku meminta agar ada seorang lelaki baik di antara yang paling baik yang mampu menjadi imamku kelak, membuatkan imanku sempurna dan menuntun aku sehingga ke JannahNya.

Akan kucari meski sampai ke seluruh pelosok bumi lelaki sehidup sesyurga yang akan menjadi calon imamku dan aku akan pastikan, aku boleh melupakan Johan. Selepas solat Tahajud, Johan terus-menerus mengirimkan mesej. Ketika aku membuka Line, telefonku kembali bergetar.

Makhluk Marikh

”Assalamualaikum Sya, kau dah bangun?. Cewahhhh awal betul ketua organisasi kita ni bangun.”

Ingin aku lemparkan telefon ini ke lantai dan membiarkan isinya berceceran. Sayangnya akalku masih sihat, telefon ini satu-satunya yang aku miliki, aku hanya ingin menghapus aplikasi Line.

Membesar sejak kecil dengan lelaki itu, membuatkan aku tahu banyak hal tentangnya. Aku menghendap sedikit ke ruang jendela. Lampu di bilik seberang sana sudah menyala tanda Johan sudah bangun. Kami memiliki persamaan iaitu tidak boleh tidur dalam keadaan lampu menyala.

Aku cepat-cepat mematikan lampu bilik lalu menyalakan lampu belajar. Aku harus mula melupakan Johan secara bertahap, memulai gerakan move on secara besar-besaran. Aku tidak mahu terus menerus seperti ini, bergantung pada Johan seperti pada abi dulu. Semua selalu sama. Pada akhirnya, kedua-dua lelaki itu sama-sama menyakitiku.

Selepas solat Subuh sekitar pukul enam, aku turun ke tingkat bawah. Ummi sudah membebel entah sejak bila.

         ”Perlukan bantuan My Queen?.” Tanyaku sambil memeluk pinggangnya dari belakang. Dulu ummi adalah hidupku dan abi adalah nafasku. Sekarang, ummi adalah hidupku sekaligus nafasku sedangkan abi hanya kenangan yang sempat hadir.

Bukannya aku ingin menjadi anak derhaka tetapi sungguh terlalu menyakitkan ketika abi memilih untuk pergi pada hari pertama aku masuk ke sekolah. Saat anak-anak lain dihantar oleh ayah mereka ke sekolah, abi membuangku begitu saja.

Dia memiliki keluarga lain?. Ya. Dia meninggalkan aku dan ummi, seolah-olah kami hilang, pada hari ketika aku mulai mengenal dunia luar yang sesungguhnya.

         “Duduk dan makan Princess Ummi. Nanti terlambat pula.” Balas ummi dengan lembut.

Aku melihat banyak makanan di atas meja. Ada roti keping berisi berbagai inti lengkap dengan tiga gelas susu-kepunyaanku yang berwarna coklat. Satu hal yang membuatkanku lapar adalah ikan berlada. Ummi itu hebat maka aku menggelarnya ‘Queen’. Dia salah satu bidadari syurga yang ditakdirkan untuk hidup bersamaku di dunia ini.

Terdengar seseorang menekan bel rumah sambil berteriak mengucap salam beberapa kali.

          ”Biar ummi yang bukakan.” Ummi sedia berganjak dari tempat duduknya.

          ”Tak payahlah ummi, paling tidak dia hanya mahu mengganggu sarapan kita.” Cegahku. Aku boleh meneka siapa yang datang sepagi ini.

Kak Syasya turun dari tingkat atas. Dia tampak anggun dalam balutan dress biru langit yang panjangnya sehingga ke paras lutut. Sayangnya, dia tidak memakai hijab. Mungkin Kak Syasya juga trauma terhadap perpisahan abi dan ummi. Dia pernah beritahu;

          ”Jika menutup aurat itu melindungi abi dari api neraka, untuk apa melakukannya?. Abi sendiri tak pernah melindungi kita kan?.”

Kak Syasya benar. Lalu kenapa aku menutup aurat padahal setiap keputusan itu memerlukan alasan?. Aku menutup aurat kerana Allah yang memerintahkannya. Ini sebuah kewajipan dan kurasa alasan itu cukup.

         ”Biar Syasya je yang buka pintu mi.”

Seketika aku terkena mood breaker. Nafsu makanku tenggelam sehingga ke bahagian dasar. Membuka pintu katanya?. Sekalian bertemu juga?. Awas akhirnya malah berzina mata. Mereka akan saling bertentangan mata, bersua muka dan saling bercengkarama menanyakan khabar padahal sudah bertemu kelmarin.

         ”Astaghfirullah, Sya!!. Kau ni dah kenapa?. Kau mula berprasangka buruk lagi!. Sudahlah!!. Jangan cakap kalau kau sebenarnya cemburu. Kak Syasya hanya membukakan pintu untuk Johan, tak lebih dari itu. Berhenti Nafisya, berhentilah.”

Seseorang masuk mengikuti langkah Kak Syasya.

        ”Ehhh Johan?. Ayuh duduk nak. Kita sarapan bersama.” Ajak ummi yang memang luar biasa baiknya. Entah terbuat dari apa hati ummi, berlian dan mutiara pun tak mampu menandingi. Ummi juga berkata bahawa Johan itu sudah dianggapnya seperti anak sendiri mungkin kerana ummi tidak mempunyai anak lelaki.

         ”MasyaAllah, kalau begini Johan jadi lapar lagi mi padahal baru je tadi sarapan kat rumah.” Kata Johan yang mula berbasa-basi sambil merenung makanan di meja.

Aku tidak memandangnya. Aku meraih tas kecil berisi telefon sambil berdiri.

         ”Ummi, Fisya berangkat sekarang ya?.”

Ummi memandangku hairan, begitu juga dengan Kak Syasya dan Johan. Pasalnya roti di piringku masih belum habis dan tidak biasanya susu coklat tidak kuminum. Aku tidak boleh kufur nikmat bukan?. Aku pun pergi ke dapur sambil mengambil botol minum dan bekas makanan untuk mengisi makanan dan susu sebagai bekal.

          ”Kerana ada Johan ya?.” Tanya Kak Syasya cuba meneka isi fikiranku.

Memang benar adanya. Kalau terus-menerus seperti ini, sampai bila perasaan terlarangku ini akan hilang?.

       ”Mungkin…” jawabku tanpa melihat ke arah Kak Syasya atau lelaki itu walau sedikit pun.

       ”Korang bergaduh ke?. Fisya, kamu dah lupa ke dengan adab menyambut tetamu?.” Tegur ummi.

Aku tidak pernah lupa walau sedikit pun tentang memperlakukan tetamu sebagai raja. Aku mencium tangan ummi.

        ”Tetamu apanya kalau berkunjung ke rumah ni dua kali sehari?. Fisya pergi dulu mi. Assalamualaikum.”

Setelah berjalan keluar dari rumah, aku segera menuju ke tempat perhentian bas terdekat. Aku bersendirian di sana. Beberapa bas yang lalu sudah penuh dengan penumpang. Tentulah, sekarang adalah hari Jumaat dan waktu orang pergi ke tempat kerja.

Daripada berdiri bosan, kuputuskan untuk memasang earphone mendengarkan bacaan surah Al-Kahfi dengan volume yang paling perlahan. Saat bas yang seterusnya datang, aku malah tidak diberikan tempat duduk. Terpaksa berdiri?. Ya tentu saja. Aku harus sampai ke rumah anak yatim Al-Kasih tepat pada pukul sembilan pagi. Jaraknya cukup jauh kerana harus melalui perbatasan kota.

Setelah satu jam, aku masih belum diberikan tempat duduk. Ketika bas yang kunaiki akan sampai ke pusat bandar, kereta di depannya malah tidak bergerak sama sekali. Malaysia memang tidak terlepas dari kesesakan lalulintas. Bagiku ini adalah salah satu cara untuk melatih kesabaran lagipun kalau kita tidak sabar, jalan tetap akan sesak jugak kan?.

Orang-orang di dalam bas saling berbicara sekaligus meneka apa yang terjadi di jalan yang mengelilingi taman ini. Bunyi siren ambulans bergema. Ada enam ambulans yang melintas dan tertangkap di mataku.

         ”Ada apa ya dik?. Kenapa banyak sangat ambulans yang lalu?.” Tanya pak cik-pak cik yang memegang tongkat dan berdiri di sebelahku.

Tubuh bongkoknya membuatkan aku geram kepada orang yang duduk di depanku. Sticker yang ditampal di tingkap jelas menunjukkan bahawa kerusi duduk diutamakan kepada ibu mengandung, ibu yang mendukung anak, orang tua dan orang kurang upaya. Dia kategori yang mana?. Dari seragamnya jelas sekali menunjukkan bahawa dia adalah pelajar sekolah menengah tetapi dia duduk dan bersandar dengan santai. Kalau masih muda sudah bersandar, tua nanti mungkin dia akan berbaring.

         ”Mungkin lampu merahnya rosak?.” Sahut salah seorang penumpang lain bagi mewakilkan aku.

Aku hanya tersenyum kepada pak cik itu. Jam di tanganku sudah menunjukkan pukul lapan tetapi aku masih sangat jauh dari rumah anak yatim itu. Aku boleh terlambat kalau seperti ini. Akhirnya aku turun dan memilih untuk berjalan kaki. Setelah melalui kesesakan lalu lintas ini mungkin aku boleh menaiki bas lain di stesen yang berikutnya.

Sungguh, rupanya Allah sedang murka sehinggakan menurunkan musibah seperti ini. Kemalangan berturut-turut terjadi di sini. Sebuah truk berisi minyak diasel terbabas tepat di tengah jalan. Enam kereta yang lain melanggar bahagian belakangnya, bahkan ada juga kereta yang sudah terjatuh ke dalam gaung.

Banyak tali larangan yang sudah dipasang. Aku melihat beberapa orang menjerit di mana-mana, ketakutan dan panik, lengkap dengan mangsa yang berlumuran darah. Beberapa kali aku mengucapkan istighfar. Kaki dan tanganku menggeletar. Sangat tidak manusiawi jika aku melintas begitu saja agar boleh terlepas dari kesesakan lalu lintas ini. Aku mulai berkeringat tidak jelas.

Seorang kanak-kanak terduduk di dekat kereta yang berasap sambil memeluk lututnya. Aku hendak menghampiri kanak-kanak tersebut tetapi langkahku terhenti ketika seseorang menahanku.

          ”Tolong jaga jarak dari kawasan kemalangan!.” Kata seorang petugas menghalau aku yang hendak melalui tempat itu.

Aku tahu benar kerana dia berseragam KKM.

        ”Saya salah seorang pelajar perubatan.” Balasku sambil terburu-buru mengeluarkan kad anggota.

Mungkin lelaki itu membaca keterangan bahawa aku seorang mahasiswi farmasi sehingga dia membolehkan aku untuk ikut membantunya dalam kemalangan tersebut.

Dengan pantas aku mendekati kanak-kanak itu. Dia tampak seperti kehabisan nafas sambil terus menerus memegang bahagian tubuh antara rongga dada dan rongga perut.

Betapa terkejutnya aku ketika tangan kanak-kanak itu melemah. Darah mengalir membasahi kemejanya. Dia mengalami pendarahan. Rupanya bahagian yang dipegangnya tadi mengalami luka parah yang cukup dalam. Mungkin akibat goresan benda tajam atau sejenis kaca.

Aku berteriak meminta pertolongan sehinggalah muncul seorang petugas KKM yang lain datang menghampiri.

        “Cepat, bawakan budak ini ke hospital.”

Lelaki itu malah mengamati keadaan kanak-kanak tersebut.

Aku menatapnya kesal.

       ”Ambulans?.” Tanyaku semakin panik.

       ”Ambulans cuma ada sembilan dan semuanya sudah digunakan. Dua ambulans masih dalam perjalanan ke sini.” Jelas lelaki itu.

Astaghfirullah!!.Tak mungkin!. Itu akan memakan waktu yang terlalu lama. Jalan di pusat bandar telah mati. Aku berusaha memeriksa denyut nadinya yang ternyata sangat lemah.

        ”Dia tidak terlalu parah. Dia perlu berehat sebentar sementara menunggu bantuan.”

Aku hampir hendak mencekik lelaki yang ada di depanku ini. Sepertinya dia masih duduk di bangku sekolah menengah dan belum memahami tahap-tahap keselamatan bahawa semua mangsa harus dianggap kritikal.

         ”Berehat dan mati perlahan-lahan, begitu?!.” Kataku dengan nada yang sedikit meninggi.

Syukurlah aku melihat kelibat Encik Razak saat itu. Dia adalah pensyarah Biologi yang menaruh minat tinggi terhadap bidang perubatan. Dia adalah salah seorang pengurus perhimpunan mahasiswa yang mengikuti program KKM di universitiku.

Aku melambaikan tangan. Lelaki dengan rambut hampir semua putih itu menatapku. Pakaiannya sudah kotor dengan tompokan darah. Dia menghampiri kami lalu mengamati keadaan kanak-kanak tersebut. Dia memeriksa nadi kanak-kanak itu.

        ”Bahaya, dia sedang kritikal!.” Kata Encik Razak.

Jika dugaanku benar, apa yang difikirkan oleh Encik Razak sama denganku. Encik Razak merenung ke arah jalan bahagian kanan. Bunyi siren ambulans saling beradu di sana.

         ”Bantu saya mengangkatnya.” Titah Encik Razak kepada budak praktikal muda yang ada di sebelahku.

Aku mengikuti mereka berdua sambil mengangkat kotak kecemasan yang dibawa oleh pemuda tadi. Kami berjalan ke arah selatan menuju ke bangunan hospital. Siren bersilih ganti baik dari ambulans dan kereta polis, saling beradu menambahkan kebisingan kota. Encik Razak mengetuk salah sebuah tingkap kereta yang paling cepat dia temukan.

Pemilik kereta itu membukanya.

        ”Maaf menganggu perjalanan encik, kami dari KKM, bolehkah encik membantu kami?.”

Lelaki pemilik kereta itu tampak ragu sekaligus mengangguk.

        ”Tapi….apa….apa yang saya boleh bantu?.”

        ”Begini, kami kekurangan ambulans dan keadaan mangsa ini sangat kritikal. Bolehkah encik patah balik kereta encik ini dan menghantarnya sampai ke hospital?.” Tanya Encik Razak.

Pemilik kereta tersebut mengamati bahagian belakang jalan yang sangat penuh dengan kenderaan lain. Disebabkan keretanya yang paling depan, tentu saja dengan sangat mudah baginya untuk berpatah balik apatah lagi jalan ini besar, dibahagi menjadi dua dengan pembatas di tengah.

        ”Baringkan dia di tempat duduk belakang.” Kata lelaki itu setelah melihat kanak-kanak yang berumur sekitar 10 tahun itu terkapar lemah.

Encik Razak menatapku.

        ”Saya percayakan kamu Sya. Bagus.” Dia melihat kotak kecemasan yang ada di tanganku.

         ”Kamu sudah membawakan ubat-ubatannya. Kamu tahu apa yang harus kamu lakukan ketika menghadapi waktu-waktu kritikal seperti ini.”

       ”Tapi encik.”

Encik Razak pergi begitu saja.

Setelah kanak-kanak tersebut dibaringkan di tempat duduk belakang, aku duduk di bahagian kerusi depan tepat di sebelah pemandu kereta tersebut. Dia memutarkan stereng kereta dengan pantas. Aku tidak tahu berapa kelajuan kereta ini saat ia bergerak. Rasanya di luar jangkaan aku kerana jantungku turut berdebar tak keruan.

Aku terus mengawasi kanak-kanak itu melalui cermin sisi hadapan. Kulitnya berpeluh. Wajahnya pucat lesi. Dia memukul-mukul bahagian dada sambil merintih kesakitan. Hipotesis sementara, dia mengalami kejutan hipovolemik iaitu suatu keadaan yang mana kegagalan peredaran akibat dari tekanan darah yang rendah.

Tiba-tiba dia semakin sukar bernafas. Bibir dan kukunya membiru petanda darah sukar mengalir ke seluruh tubuh. Aku panik setengah mati. Aku fikir lelaki yang ada di sampingku juga sama kerana dia mempercepatkan kelajuan keretanya.

Aku berpindah ke kerusi belakang. Aku membuka kotak kecemasan untuk mencari pembalut atau kain apapun . Aku menutup lukanya dengan kain kemudian kutekan kuat agar pendarahan tidak semakin banyak. Tanganku juga berlumuran darah.

            ”Adik, adik kena sedar. Jangan tidur!!.” Kataku.

Perlahan dia menutup mata. Suhu tubuhnya semakin mendingin tetapi detak jantungnya terasa cepat sekali.

         ” Periksa denyut nadinya!.” Perintah lelaki itu sambil mempercepatkan kelajuan kereta.

          ”Turun mendadak.”

Dia menghentikan kenderaannya di pinggir jalan, keluar dan membuka pintu belakang. Mendukung kanak-kanak itu lalu membaringkannya di atas jalan tar. Dia memeriksa nadi kanak-kanak itu kemudian menekan bahagian jantung mangsa beberapa kali. Kanak-kanak itu mengalami serangan jantung. Mungkin kerana bekalan darah di dalam tubuhnya terlalu kurang.

Selama lima minit lelaki itu mengulangi tindakan yang sama. Aku berlari mengambil kotak kecemasan yang berada di dalam kereta.

         ”Awak nak buat apa?.” Tanya lelaki itu sementara tanganku pula sibuk membuka alat suntik dengan terburu-buru.

        ”Kejutan hipovolemik. Dia harus dapatkan ubat.” Kataku. Aku mengambil dopamin, picagari dan jarum suntik sekali pakai.

         ”Tapi kita tak boleh bertindak tanpa hasil pemeriksaan makmal.”

Dia benar, belum tentu kanak-kanak ini mengalami kejutan. Boleh jadi dia penghidap aritmetik atau penyahtinjaan jantung tetapi aku yakin diagnosisku benar. Tanganku menggeletar memegang ubat dan alat suntikan. Aku tidak pernah menyuntik orang sebelumnya.

Aku mengambil nafas panjang bermaksud untuk menenangkan diri. Aku harus yakin jika melakukan kebaikan, Bismillah, hanya Engkau sebaik-baiknya penolong Ya Rabbi. Aku berusaha menemukan pembuluh vena dalam leher kanak-kanak tersebut. Posisi vena di leher kanak-kanak lebih mudah ditemukan.

Setelah menyuntikkan ubat tersebut, aku boleh sedikit bernafas lega. Kulihat lelaki itu juga mengucapkan syukur kerana dada kanak-kanak tersebut kembali naik turun meskipun masih belum sedarkan diri.

        ”Tolong buka pintu kereta. Dia tidak mampu bertahan lama.” Lelaki itu mendukung kembali mangsa dan memasukkannya ke dalam kereta.

Aku duduk di bahagian belakang, berusaha menghentikan kembali pendarahan pada kanak-kanak itu. Kereta kami melaju seperti kami ini adalah satu-satunya pemilik jalan. Dia seperti pemandu dalam permainan driver racing.

      ”Hish!!!. Block jalan!!.” Dengus lelaki itu sambil memukul stereng kereta ketika melihat jalan sudah dipenuhi dengan kereta-kereta lain yang tidak sabar-sabar mahu menggunakan satu-satunya jalur jalan yang ada.

Jantungku hampir tercabut kerana lelaki itu tiba-tiba menghalakan keretanya ke arah pembahagi jalan dan memecut di sana. Syukurlah tidak ada orang yang lalu-lalang. Telefonku berdering sejak dari tadi. Aku sempat melihat Rara mengirimkan mesej.

Rara

”Assalamualaikum Sya, kau masih ada di sana?. Kita dah nak mula ni.”

Tunggu. Kenapa aku baru tersedar bahawa bahagian kolar lelaki itu berwarna merah padahal kemejanya berwarna putih. Astaghfirullah!. Itu darah!!. Aku pindah kembali ke bahagian kerusi hadapan. Aku lambaikan tanganku di depannya.

         ”Awak buat apa ni?.” Tanya lelaki itu sedikit kesal.

        ”Encik, kalau sekiranya encik mulai pening, segera katakan kepada saya ya.” Pintaku.

Dia memandangku bingung. Dia tidak tahu kalau bahagian bahunya terluka kerana terlalu fokus memandu. Ketika aku melihat seat kereta, ternyata benar ada sebatang besi kecil yang patah di sana. Pasti besi itu yang menggores kulitnya.

Kami sampai di hospital. Percaya atau tidak, lelaki itu mendukung kanak-kanak tersebut sendirian. Jururawat segera mengambil alih kanak-kanak tersebut untuk dibawa ke ruangan ICU bagi melakukan pengendalian yang berikutnya. Sementara itu, aku bergegas menuju ke arah jururawat yang sedang menjaga bahagian kaunter pertanyaan.

           “Maaf nurse, saya adalah orang yang bertanggungjawab membawa pesakit yang baru datang tadi.”

Jururawat itu kebingungan mencari sesuatu kerana tidak hanya aku yang ada di tempat itu. Ramai orang yang datang menanyakan tentang sanak-saudaranya. Aku yakin semua mangsa dibawa ke sini apatah lagi hanya bangunan hospital ini yang paling terdekat.

           ”Maaf ya cik. Hospital ini sedang kelam-kabut jadi saya catat dulu di sini untuk proses pendaftarannya. Nama cik siapa?.” Tanya jururawat tersebut sambil memegang sehelai kertas, yang asal dia ambil.

        ”Nafisya. Nafisya Kayla binti Akhbar.” Jawabku.

        ” Nama pesakit?.”

Aku sempat membaca name tag di seragam sekolahnya tadi.

       ”Irsyad Latif Muhammad.”

       ”Cik ini adalah penjaganya?.”

       ” Bukan, saya hanya seorang pelajar farmasi. Masih belajar.”

Jururawat itu mengangguk.

        ”Sila tanda tangan di sini.” Pintanya.

Aku pun menurutinya.

         ”Tolong katakan pada doktor untuk segera melakukan CT Scan. Mangsa mengalami pendarahan hebat di bahagian perut. Dia banyak kehilangan darah tadi, bibirnya juga sempat biru dan dia sudah mendapatkan suntikan dopamin.”

Jururawat itu mengangguk lalu kembali menjalankan tugas.

Lelaki itu muncul di belakangku setelah memakirkan kereta di bahagian tempat letak kenderaan.

         ”Saya bawa dua orang mangsa.” Ujarku.

Jururawat tadi menatapku kembali.

         ”Dua mangsa?.” Keningnya bertaut.

Aku mengangguk lagi.

       ”Siapa nama mangsa kedua?.” Tanyanya dengan tatapan yang sedia mencatat.

Aku menatap lelaki itu.

        ”Encik, apa nama penuh encik?.”

        “ Saya?.” Dia menunjuk ke arah dirinya sendiri.

  Aku mengangguk. Siapa lagi yang datang ke sini bersamaku selain dia?.

         ”Alif….Alif Syahrizal.”

         ”Namanya Alif Syahrizal.” Jururawat itu mendengus kesal kerana mendadak dakwat pen hitamnya habis lalu dia pergi ke bahagian belakang.

Lelaki itu merenungku dengan keningnya yang berkerut.

         ”Kenapa saya jadi mangsa juga?.”

         ”Bahu encik.” Aku menunjukkan ke arah bahagian bahunya sambil bergedik ngeri melihat darah lelaki itu.

Dia memegang bahunya sendiri dan tompokan darah tercipta di tangannya.

         ”Astaghfirullah awak. Kenapa awak baru cakap sekarang?.”

Kalau aku katakan dari awal tadi, mungkin kami akan kemalangan lagi dan mangsanya bertambah menjadi tiga. Makanya saat itu aku bertanya dia merasa pening atau tidak.

        “Sekarang lebih baik encik duduk dulu sambil menunggu doktor.” Saranku.

        ” Tunggu doktor?.” Dia menaikkan sebelah keningnya seolah-olah tidak ikhlas ketika aku memberitahu tentang masalah lukanya itu.

Jururawat tadi datang lagi sambil membawa pen baru.

        ”Cik tadi yang namanya….lahhhh… Dr. Alif kenapa ada di sini?. Katanya ambil cuti.” Ucap jururawat tersebut ketika melihat lelaki yang ada di sebelahku.

Dia doktor ya?.

Lelaki itu berbicara lagi;

          ”Dr. Kahfa bertugas hari ini?. Cuti saya sedikit terganggu.” Dia memandang sinis ke arahku.

Kenapa dengan renungannya itu?. Macamlah aku ini penyebab kemalangan tadi!.

          ”Seharusnya memang Dr. Kahfa yang bertugas tetapi jadual operasi terganggu disebabkan oleh pesakit-pesakit baru. Jadinya, hospital kelam kabut.” Ungkap jururawat tersebut.

          ”Kalau begitu tengah hari nanti saya datang balik.”

          ” Ya doktor.”

Lelaki itu pergi tanpa mempedulikan lukanya, membiarkan aku berdiri seperti patung penjaga di sini. Mungkin dia dendam kerana aku baru memberitahunya tadi. Aku pun memilih berjalan berlawanan arah dengan lelaki itu. Baru sampai beberapa langkah, aku kembali mematung dan mengerutkan kening.

Arghhhhhhh!!!. Aku tak boleh berpura-pura tidak peduli. Luka itu pasti cukup dalam kerana darah yang mengotori kemejanya cukup banyak. Mendadak langkahku terhenti dan kembali memikirkan risiko terbesar yang mungkin terjadi pada lelaki itu. Aku berbalik arah mencari sosok lelaki tadi. Aku sedikit berlari mengejarnya ketika dia melintasi pintu masuk.

        ”Encik, lukanya harus diubati dulu.” Kataku dengan sedikit termengah-mengah.

Dia merenungku sejenak. Sudah kujelaskan bagaimana tatapanku pada makhluk bernama lelaki.

Tolong!. Jangan salah faham!. Aku sama sekali tak tertarik pada lelaki itu. Pernah dengar doktor sakit jiwa yang mungkin saja terkena penyakit gila?. Aku hanya berfikir ke arah sana. Dia boleh kehabisan darah walaupun dia seorang doktor.

          ”Saya boleh ubatinya sendiri.” Katanya sambil hendak pergi.

Boleh mengubati sendiri katanya?. Masalahnya, mana ada orang yang boleh melihat leher belakang sendiri kecuali kepalanya mampu berputar 180 darjah.

            ”Penari balet yang tubuhnya lembut pun belum tentu boleh melihat leher belakangnya sendiri encik!.” Kataku.

            ”Tapi saya-.”

            ”Orang yang paling dimurkai Allah adalah orang yang selalu berdebat.” Aku mengecilkan mata tanda tidak ingin berdebat.

Dia terdiam tanpa penolakan.

Kami berakhir dengan duduk di kerusi menunggu di depan bangunan hospital. Lelaki itu begitu keras kepala jadi aku membalasnya dengan sikap yang sama. Aku memaksa untuk mengubati lukanya terlebih dahulu.

Tempat ini ramai orang yang lalu lalang. Di sampingku ada juga seorang ibu yang sedang mendukung bayi jadi aku tidak hanya berdua-duaan dengan lelaki itu. Ketika kubuka kembali kotak kecemasan, ternyata kain dan pembalut sudah habis. Harusnya luka sobek itu dijahit tetapi aku tak mengerti masalah seperti itu.

Sekarang bagaimana?. Aku sendiri kebingungan. Tak mungkin jika harus meminta pada jururawat yang sedang sibuk.

Lelaki itu menunggu apa yang akan aku lakukan kerana tahu tak ada yang boleh kugunakan untuk membalut lukanya.

          ”Saya dah cakap kan, tak payah.”

Bukan Nafisya namanya kalau sampai kehabisan akal. Aku melepaskan handsock yang kupakai.

         ”Lukanya harus kering dulu encik biar darahnya tak banyak keluar.” Kerana kami tidak mahu saling bersentuhan, jadi aku memintanya diam. Aku akan menyiram luka dengan alkohol sampai darahnya mengering. Sengaja aku tumpahkan lebih banyak, tepat di bahagian lukanya.

Dia merintih kesakitan sambil menatap kesal ke arahku.

          ”Nah!. Lap sendiri lukanya. Saya cuma mahu membalas budi. Adil kan?. Assalamualaikum.” Kataku sambil menyerahkan handsock, meninggalkan lelaki itu sendirian.

Ini sudah pukul sebelas. Aku memberhentikan sebuah teksi dan baru boleh sampai di rumah anak yatim Al-Kasih tepat pada pukul sebelas pagi.

         ”Kuliah bolehlah kau lewat Sya tapi acara majlis macam ni pun takkanlah kau nak datang lewat jugak?. Dah dekat satu jam kami tunggu kau tau.” Sambut Aris ketika aku berjalan ke arahnya.

         ”Hehe. Assalamualaikum.” Teriakanku membuatkan kawan-kawanku di dalam menyedari kehadiranku.

         ”Tak adalah sampai sejam cuma…..” Aku melihat jam lagi. Ternyata aku terlambat satu jam lebih lima belas minit.

        ”Cuma seminit……tapi lebih sejam.” Aku terkekeh tanpa rasa bersalah.

Aris sedia melemparkan tendangan ke arah wajahku. Aku tahu dia hanya bergurau. Syukurlah aku juga pandai mengelak.

Lelaki yang paling tidak ingin aku temui keluar dari sana.

         ”Nafisya dah datang?.” Tanyanya panik.

         “Apalah ertinya Johan tanpa Nafisya.” Ejek Dinda. Dia tengah menyusun kotak-kotak yang baru dipindahkan Aris dari kereta.

Rara turut mengejek kami;

         ”Bagai kuku dengan rambut.”

         ”Salah Ra. Peribahasa yang betul adalah bagai isi dengan kuku, tidak terpisahkan.” Celah Aris.

         ”Hummm susah kalau ada anak Sastera hebat ni.” Sindir Rara.

Kami tertawa bersama melihat tingkah mereka yang sama-sama tak mahu kalah.

         ”Sya, baju kau kenapa?.” Tanya Johan.

Aku menatap bajuku yang penuh tompokan darah, terutama di bahagian lengan. Bau hanyirnya masih terhidu.

           “Oh, ini…..” Kalau kujawab darah kanak-kanak yang kulit perutnya terburai, apakah mereka tidak akan lari?.

         ”Tadi ada kemalangan di pusat bandar. Ya begitulah, ceritanya paaaaaaanjaaaaangggg… Perlu berjam-jam untuk menceritakannya secara terperinci. Lagipun kejadian tadi terlalu mengerikan untuk diceritakan.”

          ”Patutlah jalannya sesak sangat, banyak kereta polis. Tadi kita juga melawan arah. Berpatah balik melalui tol.” Johan bercekak pinggang.

          “Kaulah, main pergi je. Tadi mahu ajak pergi bersama Rara, Dinda dan Aris kau tak nak malah lari macam tu je.” Omelnya lagi.

          ”Allah cakap yang terbaik harusnya begini.” Kataku dengan loghat baku yang berjaya membuatkan mereka tertawa lagi.

Acara ditunda pada pukul satu tengah hari. Pertama, waktu terbatas kerana sebentar lagi solat Jumaat. Kedua, aku malah datang dengan sangat lambat padahal ini adalah kali pertama Aris menunjukkan mukanya di dalam majlis kebajikan.

Sambil menunggu kaum lelaki balik dari masjid, aku berbincang dengan pemilik rumah anak yatim. Topik perbincangan kami berakhir pada bayi berumur enam bulan bernama Arsya. Pipinya tampak montel, menghimpit kedua-dua matanya sehingga tampak segaris, membuatkan dia lebih comel. Lagi-lagi rasa syukur menyelubungi hatiku ketika mendengar kisah Arsya yang ternyata dibuang oleh orang tuanya sendiri. Aku jadi teringat akan kejadian empat belas tahun yang lalu, kisah ketika aku juga merasa dibuang.

Bukan dalam ukuran dewasa usia kami. Saat itu Kak Syasya baru saja berumur lapan tahun dan aku lima tahun. Ketika itu kami tidur sebilik dengan katil dua tingkat. Aku tidur di bawah dengan alasan takut terjatuh dan Kak Syasya mengalah tidur di atas. Hari itu menjadi hari pertama aku masuk sekolah. Gembira rasanya mengenal dunia lebih luas, mempunyai kawan-kawan baru dan suasana baru.

Saat pulang dari sekolah, Kak Syasya malah menghilang. Dia kata aku terlalu lama memakai kasut dan dia pergi meninggalkan aku. Itu ancaman yang cukup mengerikan kerana dulu aku tidak boleh mengikat tali kasut dengan betul. Salahku sendiri ingin kasut sama persis dengan milik Kak Syasya padahal aku tidak pandai menggunakan kasut yang bertali.

Tangisku pecah sehingga seorang kanak-kanak lelaki yang kuingat jelas membawa beg galas bergambar Spiderman, menghampiri. Kanak-kanak itu tidak seusia denganku kerana dia memakai seragam sekolah rendah. Untuk ukuran anak seusianya, dia cukup bertanggungjawab kerana menghantarku sampai ke rumah. Dia bahkan membantu aku memakai kasut. Ya benar, dia adalah Johan Rafizi, kanak-kanak lelaki yang ternyata jiranku.

Saat aku masuk dan mengucapkan salam, tak ada yang menjawab. Ummi dan abi sedang sibuk berdebat di bilik. Entah sejak bila mereka saling membentak antara satu sama lain. Suara mereka terdengar olehku. Aku hanya membuka kasut dan bergegas masuk ke bilik. Aku berniat menukar baju kerana kanak-kanak lelaki itu mengajakku melihat rumah pohon di halaman belakang rumahnya.

Aku tak mampu mengerti apa isi perdebatan kedua orang tuaku saat itu. Kak Syasya tengah menangis di biliknya sambil memeluk boneka Teddy Bear kesayangannya. Dia bahkan masih memakai seragam sekolah;

         ”Kak Syasya kenapa?.” Tanyaku polos.

         ”Kakak ikut abi. Kita tak akan pernah bertemu lagi Sya.” Katanya sambil terus menangis.

Aku sempat berfikir bahawa ’pergi’ yang dimaksudkan oleh Kak Syasya itu sejenis pergi bercuti. Abi muncul dari sana dan terburu-buru mengemas barang-barang Kak Syasya.

Kemudian, aku mendengar ummi menangis di bawah. Aku turut menangis saat itu. Awalnya aku menangis kerana tidak mengerti apa yang terjadi. Abi memelukku sebentar dengan erat, pelukan terakhir.

         ”Abi sayang Fisya.” Bisiknya.

Setelah itu, selama tiga tahun lamanya Kak Syasya dan abi tidak pernah muncul atau sekadar datang ke rumah.

Hampir setiap malam aku menangis kerana takut harus tidur bersendirian. Ketika aku berniat pindah menuju ke bilik ummi, aku boleh mendengar esakan tangisan dalam kegelapan malam. Hal itu membuatkanku mengurungkan niat. Tangis itu adalah tangis yang menyayat hatiku secara perlahan dan menimbulkan kebencian terhadap abi.

Dia telah membuat ummi menangis, membuangku dan membawa Kak Syasya pergi. Aku jadi tidak suka pergi ke sekolah. Melihat kanak-kanak lain yang terkadang dijemput oleh ayah mereka menimbulkan kebencian yang semakin mendalam. Kegiatanku hanya mengurung diri di bilik.

Pada tahun berikutnya, semua mulai membaik, terlebih ketika ummi mengatakan bahawa seorang kawan mengajakku bermain. Aku berfikir bahawa ummi pasti berbohong kerana aku sama sekali tidak mempunyai kawan. Aku baru masuk satu hari di taman kanak-kanak itu. Ternyata dia Johan, budak lelaki yang menghantarkanku pulang waktu itu. Kerana kehadiran Johan, aku jadi boleh melupakan sedikit rasa sakit dan ternyata ia malah menimbulkan rasa lain.

Kak Syasya pulang selepas tiga tahun kemudian. Kepulangan Kak Syasya membuatkan aku faham bahawa abi dan ummi memutuskan untuk bercerai. Walaupun Kak Syasya sudah kembali, ditinggalkan oleh abi itu menjadi sebuah trauma, trauma yang tak berhujung sehingga sekarang.

        ”Sya, solatlah dulu. Biar Arsya ini aku yang dukung.”

Orang yang baru datang itu memecahkan lamunanku. Dia bahkan sudah tahu nama bayi yang sedang berada di pangkuanku. Bayangan tentang masa lalu yang muncul di benakku turut menghilang.

        ”Oh ya…” Kataku sambil menyerahkan bayi itu kepada Johan.

       ”Waaa….dah sesuai sangat ni jadi calon ummi dan abi.” Usik Dinda disokong oleh sorakan riuh kawan-kawan.

Mereka mengusik aku dan Johan yang katanya terlihat romantis.

          ”Jangan mendahului takdir Allah.”

Aku tidak suka diperlakukan seperti itu. Siapa yang tidak suka dipasangkan dengan orang yang kita suka?. Itu semakin membuatkan perasaan ini tak mahu pudar. Aku sudah lelah berharap terhadap mahkluk. Hanya Allah satu-satunya yang layak dijadikan tempat pengharapan.

Dinda mengajak aku menunaikan solat di masjid. Aku menerima ajakannya, sementara Rara dan Zahra sedang sibuk menyiapkan tugas mereka. Kami sampai di Masjid At-Thariq yang infrastrukturnya begitu indah. Di depannya terbentang luas taman sepanjang setengah kilometer dengan rumput yang menghijau. Bunyi air memancut menambahkan lagi harmoni keindahan tempat tersebut. Ini benar-benar menakjubkan.

Datang paling terlambat dan pulang paling cepat. Mungkin itulah prinsip lelaki zaman sekarang dalam menunaikan solat Jumaat kerana faktanya masjid begitu cepat kosong. Aku terlebih dahulu mengambil wuduk. Langkahku terhenti ketika aku menaiki tangga. Suara itu mengalun merdu, lantunan ayat-ayat Al-Kahfi.

Tempat ini sangat jauh dari lokasi kuliahku tetapi suaranya persis seperti suara yang akhir-akhir ini sering kudengar ketika solat Zohor selepas Jumaat di masjid, di universitiku. Sungguh aku terpana dengan suaranya.

         ”Termenungkan apa tu?.” Tanya Dinda tiba-tiba.

         ”Ehhh tak adalah. Suara dia merdu kan?.”

Kami pun naik menuju ke tingkat atas, tempat solat untuk kaum wanita.

Acara diawali dengan membaca Al Quran bersama lalu serah terima sumbangan secara simbolik. Acara dilanjutkan dengan makan bersama dan bermain bersama anak-anak yatim. Kami juga saling berbagi dengan anak-anak yatim yang sudah menginjak remaja. Begitu menakjubkan mendengar seberapa jauh hafalan Al Quran mereka. Hal itu membuatkan aku iri dan tertanya-tanya; apa khabar hafalanku?.

Setelah itu aku mengasuh Arsya sambil mengambil sisa sarapan pagi tadi. Sesekali aku mencubit pipi Arsya kerana geram.

            ”Tengok tu, Kak Sasa sekarang ni dah pandai geram dengan budak.” Usik Rara.

Terkadang Rara suka memanggilku dengan panggilan ’Kak Sasa’.

Rara mengiringi pelajar-pelajar kecil yang membawa buku berwarna dan pensil warna baru.

         ”Kak, tolong warnakan Power Rangers.” Kata salah seorang kanak-kanak perempuan.

Aku tertawa kerana karakter robot biasanya disukai oleh budak lelaki sedangkan dia perempuan.

           ”Alif nak juga!!. Nak warnakan Boboiboy!!.”

Aku tertawa lagi kerana budak itu tidak boleh mengucapkan huruf R dengan baik. Aku jadi teringat pada lelaki pagi tadi, namanya juga Alif.

Bukan hanya mewarnakan gambar yang mereka minta, aku malah melakarkan tulisan kaligrafi Asma Al Husna berserta animasi di sampingnya.

          ”Sa, nanti warnakan untuk Rara juga ya.” Kata Rara. Cara bicaranya yang memang persis seperti anak kecil membuatkan anak-anak yatim di rumah kebajikan itu mudah didekati.

Berbicara tentang Rara, dia mengalami hal yang sama denganku. Orang tuanya bercerai dan dia tinggal bersama kakaknya sekarang. Namun, dia tidak mengalami trauma sepertiku. Trauma yang menyebabkan aku tak boleh membuka hati untuk sesiapapun dan menganggap bahawa semua lelaki itu sama sahaja.

Aku pernah menceritakan traumaku kepada Johan, tentang pandanganku terhadap cinta. Aku katakan bahawa semua lelaki itu sama sahaja. Respons Johan malah jauh dari apa yang aku harapkan. Dia malah menjawab;

         “Kalau semua lelaki sama je, aku rasakan aku ini mirip dengan Maher Zain.”

Dasar mahluk Marikh!!.

        “Sasa, kau nak ikut sekali tak?.” Tawar Rara.

Mungkin yang dia maksudkan dengan ’ikut sekali’ adalah pulang bersama Johan kerana seingatku Johan yang memandu kereta datang ke sini.

         ”Hummm tak payahlah, aku ada hal sikit lepas ni. Kau baliklah dulu Ra.”

Johan tiba-tiba datang;

          ”Aku pun tak nak balik lagi Ra.” Katanya.

          ”Lah kenapa?. Nanti siapa yang nak memandu kereta?. Itukan kereta kau Johan.”

Di antara kami yang boleh memandu kereta hanyalah Johan dan Aris tetapi Aris mahu menunggang motornya sendiri.

          ”Humm biar aku jelah tapi jaga-jaga tau, takut nanti ada yang lemah jantung.” Celah Fuad.

Aku lupa menceritakan tentang lelaki yang bernama Fuad. Dia adalah kawan satu kampus dengan Johan. Mereka digelar ’Si Kembar Tak Seiras.” Johan Rafizi dan Fuad Saifullah.

         ”Katanya, Johan ada urusan yang perlu dia selesaikan dengan Fisya. Kereta dia kita bawa lari je.” Ungkap Fuad, mewakili Johan.

Urusan apa yang dimaksudkan oleh Fuad tadi?. Aku sama sekali tidak mempunyai temu janji dengan Johan.

         ”Awas tau!!. Jangan berdua-duaan, nanti Rara lapor pada ummi. Baru padan muka korang.” Kawanku mengugut Johan.

        ”Urusan apa?. Kenapa aku tak tahu pun?. Ah, Johan pandai-pandai je buat cerita.  Lelaki dan perempuan itu tidak boleh berdua-duaan.” Kataku.

Johan mungkin memikirkan sikapku yang berubah drastik dan terlalu tiba-tiba.

           ”Urusan Mahkluk Marikh dengan Frozen kecil.” Dia malah tertawa.

Setelah hampir pukul tiga, kami semua meminta diri kepada pemilik rumah anak yatim untuk pulang. Fuad benar-benar akan memandu keretanya. Aku sungguh tidak percaya bahawa Fuad ternyata boleh memandu.

Johan menepati kata-katanya. Dia tidak ikut pulang bersama mereka, masih berdiri di sebelahku.

         ”Kau jaga Fisya betul-betul tau.” Usik Aris yang bersiap sedia dengan motornya.

         ”Sya, banyak istighfar ya. Baca ayat Kursi banyak-banyak.” Sambung Dinda.

         ”Elehhh, korang ingat aku ni apa hah?. Kalau macam tu baik baca tiga puluh juzuk terus!.” Balas Johan, tak terima.

         ”Rara doakan semoga hujan turun biar romantis. Ehh tak boleh! tak boleh!. Hujan sekaligus kilat kerana belum halal.”

Aku pura-pura tertawa dengan usikan kawan-kawanku. Ramai yang menyangka bahawa aku dan Johan akan bersama pada akhirnya.

         ”Aku pandai jaga bataslah!!.” Kata Johan pada kedua-dua kawannya. Johan bicara ketika kereta sudah mula menjauh.

        ”Sya, kenapa?. Kau marah ke?. Kenapa kau jadi lain sekarang dan jarang cerita kalau kau ada urusan yang penting?.

Aku mula berjalan sambil membawa tas.

        ”Johan….Johan…..takkanlah semua benda aku nak cerita pada kau?. Takkanlah nak solat di masjid pun aku nak kena beritahu kau?. Kau je yang rasa macam tu. Kau takut dijauhi oleh Fisya ehh?. Hah, tahu batasan kan?. Awas tau!. Jaga jarak!!. Radius lima meter!.” Ugut aku.

Kami melangkah menuju masjid siang tadi. Johan benar-benar menjaga jarak lima meter dari aku. Kami masing-masing berjalan seolah-olah tidak saling kenal. Apatah lagi sekarang?. Aku malah tersenyum melihat sosok itu.

         ”Berhentilah Sya.!.”

Suara azan tak kalah merdu dengan suara pelantun ayat Al-Kahfi tadi. Selesai berjemaah, aku berniat pulang. Kulihat Johan mengikuti zikir sang imam. Aku merancang untuk melarikan diri darinya. Hujan lebat turun dengan tiba-tiba. Kasutku basah dalam sekelip mata. Aku memilih untuk kembali daripada bajuku turut basah.

          ”Tak sangka, ternyata doa Rara termakbul.”

Aku tak melihat Johan yang tadinya sudah berdiri di sisi kanan pintu keluar masjid. Aku berdiri jauh di sisi kiri teras masjid. Dalam bunyi jatuhnya rintik hujan ke muka bumi, aku mendengar sesuatu yang membuatkan hatiku meledak-ledak.

         ”Sya, jom nikah.”

Aku menatap Johan seolah-olah tak percaya, terlebih dia menunjukkan sebentuk cincin dihiasi permata yang begitu indah. Ingin rasanya aku berteriak kegirangan saat itu, berlari-lari tanpa sepatu di bawah rintiknya hujan.

Hatiku meletup-letup.

Seperti ada kupu-kupu yang membawa pita berwarna-warni. Aku bahagia, sangat bahagia sampaikan aku hanya boleh mematung tak percaya.

        “Mahu kan Syasya Salsabila binti Akhbar?.”

Ya Allah!!

Petir mengiringi suara Johan. Seketika hatiku hancur. Aku benar-benar berharap bahawa aku hanya salah dengar. Johan baru saja menyebut nama Syasya Salsabila Akhbar, bukan namaku, Nafisya Kayla Akhbar.

       “Macam mana?. Kau agak-agak Syasya suka tak?. Terlalu datar ke?. Sebenarnya aku nak katakan hal ini kelmarin tapi kau pulak susah untuk diajak berbual.”

Aku menarik nafas dalam. Otakku menyuruh aku untuk memandang ke arah lain. Kenapa rasanya sesak sekali?.

       “Ouh, Sya.” Panggilnya.

       “Kau dengar tak?.”

       “Terlalu datar.” Kataku perlahan. Aku berharap jika saat ini aku tengah berbaring di bilik dan terbangun dan semua ini hanyalah mimpi buruk. Jika memang ini rancangannya untuk masa depan, aku tak pernah ingin mendengarnya.

          ”Habis tu, aku nak kena melutut ke?.”

          ”Terlalu klasik.” Komen aku sambil beredar pergi. Kuputuskan untuk mencerobohi hujan. Aku berjalan menuju perbatasan di antara masjid dan tanah. Aku boleh mendengar Johan mengejar langkahku.

          ”Sya!!. Tunggu dulu. Heiii….aku belum habis cakap lagi ni Nafisya!!!.” Johan mendahului bahkan sekarang seluruh pakaiannya sudah basah kuyup.

       ”Sya, aku nak kau jadi isteri aku. Aku nak kau jadi pelengkap tulang rusuk aku. Aku nak kau jadi bidadari aku sampai syurga.” Katanya tersenyum sambil menghulurkan cincin itu tepat di depanku.

       ”Macam mana?. Masih terlalu biasa?.”

Orang-orang yang lalu lalang mula menganggap aku sedang meremehkan Johan. Aku suka cara terakhir itu, cara Johan mengatakannya dengan ikhlas dengan sebentuk cincin sederhana di bawah rintiknya hujan tepat di depan masjid.

         ”Lah…kenapa kau nangis pulak Sya?.” Dia merenungku hairan.

Aku mengusap kedua-dua pipiku lalu tersenyum nipis ke arahnya.

        “Kalau Kak Syasya nikah, itu ertinya dia harus keluar lagi dari rumah itu.”

Johan tertawa mendengar ucapanku.

          “Itupun kalau kakak kau terima lamaran aku. Hah, kalau tak?. Kalau ya pun, rumah kita kan bersebelahan je Sya. Kau hanya perlu jerit je kalau kau rindukan kakak kau. Kau memang terbaiklah!. Kau memang sahabat aku yang paling baik. Belum apa-apa lagi dah nangis.”

Ya, sahabat dan masalah terbesarnya adalah kita hanya sahabat.

Menagih Simpati

Aku memukul benda bulat berbentuk sosej besar yang tergantung di atas. Ya, selain mengikuti organisasi Remaja Masjid Kampus dan KKM, aku juga turut mengikuti kelab taekwando. Hijab bukan penghalang untuk melakukan aktiviti ekstrem.

Ada yang kata jadi muslimah itu harus anggun dan lemah lembut apatah lagi setelah berhijab. Ya, seorang muslimah yang nantinya akan jadi ibu haruslah berlemah lembut namun muslimah juga harus mampu melindungi diri. Rasulullah S.A.W. sendiri bahkan mengajarkan Siti Aisyah cara memanah. Jangan mahu menjadi muslimah yang dicap lemah.

Hari ini tepat jatuh pada hari Selasa, minggu kedua bulan Mei yang ertinya sebentar lagi cuti sekolah tiba. Sayang sekali cuti tersebut tidak berlaku bagi kami yang duduk di bangku universiti. Bukan cuti, melainkan ujian akhir semester yang datang.

      ”Bahu kanan kau!.” Aku memukulnya lagi. Ketika melihat benda itu, aku malah terbayang satu wajah yang membuatku semakin muak.

      ”Ehhh sejak bila pulak kau jadi semangat macam ni?.” Rachel datang dengan memakai seluar putih dan T-shirt labuh merah. Dia itu- maksudku wanita berpakaian lelaki. Rambut yang dipotong pendek membuatnya malah terlihat lebih tampan.

Semua orang menyangka Rachel itu tidak sesuai menjadi perempuan. Kawanku sejak di tingkatan lima ini tomboi, sangat menyukai taekwando, sangat membenci sos tomato dan berbeza kepercayaan. Syukurlah tolenrasi tidak melarang kami untuk bersahabat. Tentu saja kecuali dalam hal akidah dan ibadah.

Kerana perkataannya tak kupeduli, dia menahan benda ini agar tidak kupukuli.

          ”Kenapa dengan kau ni Sya?. Lihat tangan kau tu. Semangat boleh tapi jangan sampai menyeksakan diri kau sendiri.”

Aku melihat buku-buku jariku yang memerah bahkan ada yang berdarah. Aku tidak merasa sakit sama sekali kerana semua rasa sakit berkumpul di bahagian dada. Mengingati kembali perkataan Johan membuatku semakin geram. Dia akan melamar kakakku dalam waktu terdekat. Oh, sejak bila pulak kata-kata macam itu boleh keluar dari otakku?.

Apa Allah masih cemburu padaku sampai rasa sakitnya menjalar sehingga ke seluruh tubuh?. Harusnya tidak seperti ini. Sejak dari awal, keputusan menjatuhkan harap itu memang salah. Aku sedang berusaha menerima semuanya termasuk keputusan Johan untuk melamar kakakku.

Mungkin Kak Syasya belum mengetahui perkara ini. Aku bersyukur kerana rasa sakit itu datang lebih dulu berbanding datang tepat waktu. Hidup itu pilihan kan?. Ya, pilihan tanpa boleh memilih apa yang telah Allah pilihkan tetapi percayalah, yang Allah pilih adalah bahagian paling indah. Aku harus yakin bahawa ini akan indah nantinya.

Tubuhku terkulai lemas di lantai. Aku kelelahan.

Rachel duduk di sampingku.

         ”Masalah semester akhir ke?.”

        ”Entahlah.” Sahutku sambil melepaskan body protector yang kupakai. Tak ada yang tahu perasaanku terhadap Johan kecuali Tuhan.

         “Habis tu kenapa kau tak balas chat aku?.”

         “ Ouhhh itu-.” Sesuatu tiba-tiba melintas di benakku. Di mana telefonku?. Di mana aku letakkan benda itu?. Aku berusaha mengingat kembali bila kali terakhir aku menggunakan telefon. Benda berukuran segi empat panjang itu tak pernah kupegang sejak akhir-akhir ini.

Wajahku berubah menjadi panik.

Di tas atau mungkin di loker kampus?. Aku merasa benda itu juga tidak ada di rumah. Ketika kuliah, aku juga tidak membawanya bersama. Itu ertinya, terakhir hari Jumaat. Tak mungkin ketinggalan di rumah anak yatim kan?. Kalaulah tertinggal di sana, mengambilnya itu jauh sekali. Sekarang sudah hari Selasa.

Rachel menatapku dengan sebelah keningnya terangkat. Okey, aku tidak boleh panik. Aku mencuba mengingati dari awal. Saat naik bas, aku menaruhnya di kocek seluar kerana aku memakai earphone. Kemudian, aku turun. Ketika terjadi kemalangan, aku melepaskan benda itu dengan terburu-buru lalu menaruhnya ke dalam tas. Saat berada di dalam kereta, aku sempat mengeluarkan telefon kan?. Ya, benar. Saat itu aku mendapat mesej dari Rara lalu-

         ”Astaghfirullahaladzim!. Dalam kereta!!.”

Empat Hari Lalu

Alif membuka kemejanya yang berbau hanyir. Dia merasa pening mencium bau darah itu. Darah dan organ manusia sudah menjadi langganan. Pekerjaan sebagai doktor bedah membuatkannya terbiasa dengan hal seperti itu tetapi kali ini darahnya sendiri yang keluar. Itu yang membuatkan dia mual.

Lelaki itu tinggal di rumah yang dikelilingi outdoor lagoon dengan kolam renang sepanjang rumah, green house, garaj kereta dan halaman depan dengan rumput hijau membentang. Rumah sebesar ini hanya diduduki oleh empat orang.

Seseorang mengetuk pintu biliknya.

       ”Tuan Alif.”

      ” Tunggu sebentar.” Alif mempercepatkan tindakannya menggantikan baju lalu keluar.

      ” Saya harus ke hospital mak cik. Silakan mak cik dengan Pak Mat makan tengah hari dulu.” Alif melipat lengan kemejanya. Dia sudah biasa mengajar para pekerja dengan menyuruh memasak kemudian menyuruh makan.

Harta Alif memang melimpah. Baginya, itu adalah suatu tanggungjawab yang berat. Manusia diuji dalam dua bentuk; menghadapi kesusahan atau menghadapi kesenangan. Kaya harta adalah ujian. Satu hal yang Alif takutkan, iaitu dia tidak boleh mempertanggungjawabkan semuanya di hadapan Allah pada Hari Perhitungan kelak.

         “Ehh kenapa dengan leher tuan tu?.”

        ”Alahh biasalah mak cik, luka sikit je ni. Tadi saya dah disiram dengan alkohol sekarang saya mahu ke hospital. Sepertinya luka ini harus dijahit tambahan pula hari ini saya harus masuk ke pejabat, jadual operasi dah bertukar. Ohh ya mak cik, kalau darah di kemeja saya tu susah untuk dicuci, mak cik tak payah cuci ya.”

         ”Ehhh kenapa tak payah cuci pulak?. Tuan jangan risau, mak cik boleh mencucinya sampai bersih.” Wanita yang sudah lanjut usia itu menunjukkan sesuatu bersamaan dengan kemeja Alif. Handsock putih, milik seorang gadis yang memaksanya tadi. Ternyata ada wanita yang boleh memaksa seorang Alif.

          “Mak cik buang je.” Kata Alif dengan nada datar. Lagipun dia bukannya pakai handsock itu. Ketika Alif keluar dari rumah, seseorang menyapanya- lelaki berkulit coklat yang dikenali sebagai Pak Mat.

Pak Mat dan Mak Cik Timah adalah sepasang suami isteri berdarah Jawa yang sudah lama mengurus rumah itu, jauh sebelum Alif memiliki rumah tersebut. Mereka memiliki dua orang anak lelaki. Anak pertama mereka sebentar lagi akan menamatkan pengajian tingkatan enam.

         ”Tuan dah nak berangkat lagi?. Mahu Pak Mat tolong hantarkan?.” Tanya Pak Mat.

         ”Tak apa, saya naik teksi je. Pak Mat lebih baik pergi makan tengah hari dulu. Katanya mak cik ada masakkan sesuatu yang istimewa untuk Pak Mat hari ini. Oh ya, Pak Mat….. nanti kalau dah selesai makan, tolong hantarkan kereta saya ke bengkel.”

Sebelum Alif berganjak pergi, Pak Mat menahannya.

        ”Tunggu tuan, ini telefonnya tertinggal di dalam kereta.”

Lelaki itu menyerahkan sebuah benda dengan phonecase berwarna merah muda dan earphone putih.

Alif membetul-betulkan rambutnya kasar. Itu bukan miliknya. Selama dia hidup, urusan perempuan selalu dianggapnya menyusahkan.

         “Terima kasih Pak Mat. Kalau macam tu, saya berangkat dulu. Asslamualaikum.”

Pembedahan yang dikawal selia oleh Alif berlangsung selama dua jam. Kemalangan tadi membuatkannya terpaksa membatalkan cuti. Dia kembali ke hospital untuk bekerja kerana beberapa mangsa memerlukan pembedahan. Alih-alih mahu melupakan urusan dunia sejenak, lelaki itu malah terjebak dengan pekerjaan. Tiada masalah. Baginya semua hal itu ditakdirkan oleh Allah. Jadikan setiap kegiatan itu ibadah dan jadikan setiap ibadah itu ikhlas. Begitulah prinsip hidupnya.

Alif menggantungkan kot putih di ruangan peribadinya di hospital. Setelah menyelesaikan tugas, dia duduk dan menenggelamkan kepala di antara kedua lipatan tangan di atas meja. Dia lupa kalau lehernya sedang terluka.

Di luar ruangan, seorang lelaki berjalan membawa kotak kecil berisikan sarung tangan, suture needle, catgut dan beberapa ubat. Semua itu digunakan untuk menjahit luka.

Lelaki itu mendapat mesej dari isterinya yang juga seorang jururawat bahawa teman sekerjanya, Alif cedera.

       ”Fuyooo….ada telefon baru tapi kenapa merah jambu?.” Tanpa mengetuk pintu, lelaki berkot putih itu yang juga merupakan seorang doktor bergegas masuk dan mengusik lenanya Alif.

        ”Waalaikumussalam.” Kata Alif.

        ” Assalamualaikum.” Ujar lelaki yang bernama Kahfa itu sambil terkekeh malu. Dia duduk di depan Alif lalu mengeluarkan alat-alat yang dibawanya.

         ”Lif, bukan ke kau hari ni ambil cuti?.”

         ”Memang niat nak bercuti tapi nampaknya Allah masih belum mengizinkannya.”

Kahfa merasa aneh melihat kawannya yang cenderung suka warna gelap malah membawa benda dengan warna lain. Kecurigaannya memuncak ketika melihat earphone putih yang ada di samping telefon tersebut.

        ”Ehhh ke sebenarnya kau sekarang ni dah ada awek? atau jangan-jangan kau ni sebenarnya…..”

         ”Gay?. Lepas tu kau nak ke jadi pasangan aku?.” Balas Alif yang berjaya mengundang tawa Kahfa.

Kahfa berganjak dari tempat duduknya sementara Alif memutarkan kerusi agar Kahfa boleh menjahit lukanya dengan lebih mudah.

         “Aku bergurau jelah Lif lagipun umur kau dah terlalu matang. Kacak?. Jangan ditanyalah. Soleh?. Tengok oranglah. Kahwin jelah Lif daripada kau terus membujang sampai ke tua.” Pesan Kahfa.

        “Soleh di mata kau tapi belum tentu di mata Allah lagipun nikah kahwin ni bukan perkara mudah. Syarat nikah itu kena ada calon isteri dan calon suami, ada akad dan wali. Hah, kalau calon isteri pun tak ada, aku nak kahwin macam mana?. Kahwin dengan tok imam?.”

Kahfa tertawa lagi.

       “Seorang Alif apa lagi yang kurang?. Aku akui kalau kau tu memang hensem walau ternyata aku lebih hensem daripada kau. Calon?. Banyak Lif, petik je jari beribu yang datang!. Kau tinggal pilih je nak yang mana. Kahwin itu indah Lif. Makan pakai kau semua dah ada orang yang jaga.”

        ”Hishh kau tahu nak yang indah-indah je. Lagipun kahwin ni sekali je seumur hidup. Takkanlah aku nak pilih calon isteri macam pilih makanan. Kau doakan jelah aku semoga dipertemukan dengan perempuan terbaik di antara yang paling baik.”

Sesekali Alif merintih sakit ketika Kahfa menjahit lukanya walaupun sudah diberikan ubat bius.

         ”Habis tu, yang warna pink tu telefon siapa?.”

Terdengar bunyi ketukan pintu.

          “Maaf Dr. Alif, saya mahu menghantar laporan kesihatan pesakit baru.”

          “ Ouhhh awak letakkan saja di atas meja tu.”

Wanita itu kemudian meletakkannya di atas meja seperti yang dimaksudkan oleh Alif.

           ”Terima kasih Syasya.” Kata Alif ketika wanita itu hendak pergi dan menutup pintu.

            ”Hah cuba kau tengok Syasya tadi. Bukan main lagi dia senyum-senyum depan kau. Aku dapat rasa yang dia ada menaruh perasaan terhadap kau. Dia cantik, sopan, suka kanak-kanak dan lemah lembut. Ya walaupun dia tak pakai tudung tapi dia rajin solat. Apa lagi yang kurang Lif?. Aku pernah terdengar dia telefon ibunya dan memanggil ibunya dengan panggilan ummi.”

           ”Itu yang kurang. Dia tak pakai tudung. Perintah Allah pun dia langgar inikan pula perintah suami.”

Kahfa mengambil nafas dalam-dalam. Sukar untuk memberitahu kawannya yang satu ini.

         “Jadi macam mana pulak dengan pemilik telefon tu?. Dia pakai tudung?.” Tanya Kahfa, cuba untuk meneka sambil menyelesaikan jahitannya yang terakhir.

        ”Ya malah menepati syariah. Masalahnya dia masih terlalu muda, suka memaksa dan keanak-anakkan.” Alif menggambarkan sosok pemilik telefon tersebut.

         ”Dan pelupa.” Dia melirik ke arah telefon pink yang tertinggal itu.

         ”Cantik?.”

Alif cuba mengingati kembali wajah sang pemilik telefon.

         ”Kecantikan itu tidak boleh dinilai dari fizikal semata-mata kan?. Dia terburu-buru jadi telefonnya tertinggal di dalam kereta aku.”

Kahfa cuba memikirkan sesuatu. Sekilas fikiran negatif menyapa otaknya.

          ”Ehhh kau tak pergi solat Jumaat ke?. Kau kan ada dengan pompuan tu…..-.”

Alif menggeleng sambil mengucap istighfar.

           ”Bertiga dengan pesakit yang aku bedah tadi.”

Kahfa ketawa terkekeh-kekeh.

            ”Sorry, nanti kau pulangkan semula telefon tu pada orangnya ya?. Manalah tahu jodoh. Sambil menyelam boleh minum air kan?.”

Alif tertawa mendengar ketidakmungkinan itu.

         ”Impossible. She’s too young.”

Kahfa membereskan kembali alat-alatannya. Dia tersenyum ke arah Alif.

        “What can you do if Allah says she’s your mate?. Tiada apa yang mustahil kalau Allah dah kata dia jodoh kau maknanya dia jodoh kau.”

Alif terdiam sejenak.

        “Hummm dahlah, aku kena balik sekarang. Isteri aku tengah tunggu tu.”

Alif merenung jam kecil di atas meja.

         ”Alah baru pukul dua.”

        ” Nurse Nayla tersayang kan sedang mengandung. Aku kenalah balik awal Dr. Alif. Aku pergi dulu, assalamualaikum.” Sahut Kahfa dengan senyuman yang penuh kebahagiaan.

         ”Alhamdulillah. Selamat jalan calon abi. Waalaikumussalam.”

Dua Hari Kemudian

Masih di hospital dan di ruangan yang sama, Alif mengambil beberapa buah buku untuk dimasukkan ke dalam beg bimbit.

          “Assalamualaikum.” Seseorang masuk dan sudah tentu itu Kahfa. Lelaki itu sering datang ke ruangan Alif.

         “Kau nak pergi ke mana Lif?.”

Alif menunjukkan beberapa buah bukunya.

        “Mengajar.”

        “Kau tak penat ke?. Jadi doktor pun ya, jadi pensyarah pun ya. Rumah dengan kereta dah ada. Jangan terlalu mengejar duniawi Lif, utamakan kahwin dulu!!.”

          ”Kahfa….Kahfa….kau ni memang tak ada benda lain lagi kan yang kau nak cakap dengan aku. Asyik kahwin! kahwin! kahwin!. Dah macam tak ada topik lain lagi. Aku bukannya mengejar duniawi tapi aku sedang mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Aku gembira menjadi seorang guru, ilmu yang bermanfaat itu pahalanya tetap mengalir. Aku gembira menjadi doktor, dapat menolong orang. Ah, sudahlah. Kalau bercakap dengan kau ni sampai esok pun tak habis. Dahlah, aku pergi dulu.”

         ”Ehhh nanti dulu. Telefon pink tu kau tak nak bawa sekali ke?.”

Alif mengambil gadget itu. Orang macam apa yang melupakan telefonnya sampai berhari-hari padahal orang zaman sekarang lebih sering bercengkerama dengan benda itu?.

        ”Aku pergi dulu, assalamualaikum.”

Di tengah perjalanan menuju lobi hospital, Alif terfikir, apakah gadis itu mempunyai penyakit amnesia atau pelupa?. Lelaki itu ingin mengembalikannya kerana jelas benda itu bukan haknya. Namun bagaimana caranya?. Telefon itu mempunyai kata kunci sehingga Alif tidak boleh menghubungi salah seorang kenalan di dalamnya.

Teksi yang dipesan sudah menunggu di depan. Ketika Alif membuka pintu kereta, ada panggilan masuk dengan nada dering yang sama dengan miliknya, iaitu deringan piano Canon In D. Namun telefon pink yang menyala. Tertulis perkataan ’Rachel’. Setelah telefon diangkat, si pemanggil mengucap salam dan Alif menjawabnya.

         ”Saya tak boleh cik, bagaimana kalau cik sendiri yang datang mengambilnya?.”

        ”Saya juga tak boleh encik. Encik tolonglah kirimkan sesiapa untuk datang ke sini menghantarnya.”

         “Saya dah cakap yang saya tak boleh. Saya terburu-buru sekarang dan tak ada masa nak suruh orang pergi hantar telefon ni.”

Hening….

       ”Humm kalau macam tu, encik tolong kirimkan mesej pada ummi saya yang namanya ’MY Queen’ dan katakan pada dia kalau hari ini saya terpaksa menghadiri kelas taekwando dulu.”

Alif mendengus lesu.

        ”Telefonnya ada password cik.”

        ”Passwordnya 2704 encik, terima kasih ya.”

Alif boleh membuka telefon itu dan melakukan keinginan si pemanggil tadi. Wallpaper di skrin utama sama dengan telefon miliknya, iaitu gambar bangunan masjid di tengah senja.

Lelaki itu tidak mempedulikan banyak hal tentang wanita termasuk persamaan antara dirinya dengan perempuan itu. Tidak semua hal yang sama itu bererti jodoh. Boleh saja hanya kebetulan kan?. Kebetulan kalau perempuan itu menyukai gambar bangunan masjid. Ketika dia menyentuh shortcut mesej, skrinnya terhubung pada sebuah draft yang belum selesai ditulis dan belum dikirim.

Ada dua orang yang saling mencintai,

Tapi Allah tidak mempersatukan mereka,

Ada dua orang yang tidak saling mencintai,

Tapi Allah takdirkan mereka bersama,

Ada dua orang yang saling mencintai dan Allah takdirkan mereka bersama,

Kisah kita yang mana Johan?.

Tidak ada kisah satu pihak.

Malam itu aku pulang sangat larut, di luar dari jam biasanya. Peraturan rumah yang diterapkan oleh ummi untuk kedua-dua puterinya adalah kami harus berada di rumah sebelum pukul lima petang, paling lambat sebelum Mahgrib. Pasti ummi sangat bimbang apatah lagi sekarang sudah pukul tujuh malam.

Akhir semester ini, ramai pensyarah yang menambah masa jadual pada waktu malam. Meskipun tidak diwajibkan untuk hadir, tetap saja aku sendiri yang bakal ketinggalan dan menanggung risikonya jika tidak mengikuti.

        ”Assalamualaikum.” Ucapku sambil membuka pintu. Kak Syasya dan ummi sedang duduk di ruang tamu. Sepertinya kali ini aku akan dihakimi oleh dua orang sekaligus.

Mereka menjawab salamku. Aku mencium tangan ummi. Harusnya aku bersalaman dengan Kak Syasya juga tetapi dia pernah memberitahu tidak perlu kerana dia merasa tua kalau diperlakukan sebegitu. Akhirnya aku tidak pernah melakukannya lagi. Aku pun duduk di antara mereka berdua.

          ”Kenapa baru pulang Sya?. Princess ummi dah solat Mahgrib ke belum?.” Tanya ummi. Puluhan pertanyaan sedia aku jawabkan namun hanya dua pertanyaan itu yang kudapat.

Satu hal yang paling kusuka tentang ummi adalah dia tidak pernah marahkan aku. Suaranya selalu terdengar lemah lembut dan tidak pernah meninggi.

          “Ada kelas tambahan tadi ummi. Fisya latihan taekwando dulu. Hummm Fisya dah solat Mahgrib tadi ummi.”

         “Humm kau tu perempuan, tak payah nak belajar bela diri sangatlah!. Pergilah mandi!. Hishhhh bau…” Ejek Kak Syasya sambil berpura-pura menutup hidungnya.

         ”Yelah…yelah….Fisya mandi sekarang.”

Kak Syasya adalah jenis perempuan yang sangat menjaga penampilan dan kecantikan diri. Dia seorang yang feminin sedangkan aku jauh dari ciri perempuan feminin.

        ”Lepas dah solat Insyak nanti, turun makan Sya.” Ujar ummi ketika kakiku ini melangkah menaiki tangga dengan lincah.

         ”Beres komander!!.”

Rasanya segar sekali saat kepalaku disiram air dingin, seolah-olah semua beban ikut larut terbawa air. Suasana semakin tenang ketika selesai menunaikan solat Insyak. Bagiku, tidak ada ketenangan yang boleh didapatkan melainkan dengan solat.

Ketika aku turun, Kak Syasya sudah terlebih dahulu duduk di meja makan. Dia mencedok makanannya sambil mengelamun. Ummi mungkin sedang berehat di dalam biliknya. Aku mengambil piring dan duduk di depannya.

        ”Kenapa?. Tengah fikirkan doktor senior yang hensemnya semanis laktosa tu ke?.” Usik aku.

Kak Syasya pernah memberitahu bahawa dia menyukai seorang doktor senior di hospital tempat dia bekerja. Katanya, mata doktor itu berubah jadi segaris jika dia tersenyum.

Aku menyukai Johan, Johan menyukai Kak Syasya sedangkan Kak Syasya menyukai doktor senior. Adakah ini cinta tiga segi?. Segitiga saja sudah rumit, kenapa Allah tidak membuat hubunganku dengan Johan menjadi bujur saja?.

Kak Syasya tersenyum sekilas.

Sepertinya tekaanku salah kerana senyumannya nipis sekali. Mungkin dia sedang memikirkan hal lain. Aku mengambil nasi dan menambahkan sayur ke dalam piring.

         ”Kakak jumpa abi di hospital.”

Aku menurunkan sudu yang sudah bersedia untuk masuk ke dalam mulut.

         ”Ternyata dia ayahnya Nurse Nayla, salah seorang jururawat yang bekerja di hospital yang sama dengan akak.”

Segelintir rasa sesak kembali muncul.

        “Jangan dibahas lagi.” Kataku malas. Mendengar panggilan abi saja sudah membuatkan telingaku sakit.

       “Nampaknya abi menghidapi penyakit serius kerana dia membawa keputusan X-Tray ke hospital.”

        “Kan Fisya dah cakap!!. Tolong jangan sebut-sebut pasal abi depan Fisya lagi!!. Fisya benci!!. Benci!!.”

         “Tapi Sya, akak rasa sudah tiba masanya untuk kita berhenti membenci abi, macam mana kalau nanti dia-.”

        “Sakit?.” Potongku.

        “Dia ada anak, ada isteri. Dia dah ada keluarga lain. Jadi buat apa kita nak risaukan orang yang tak pernah risaukan pasal kita?. Terpulanglah kak kalau akak ada pemikiran yang lain tapi Fisya tetap tak boleh terima abi lagi dan abi takkan pernah masuk ke dalam hidup Fisya lagi!!.”

Aku meninggalkan acara makan malam begitu saja. Setiap perbahasan yang melibatkan nama abi pasti akan membuatkan bayangan masa lalu seakan berputar kembali di dalam benakku bahkan utnuk sekadar mengingatinya pun sudah cukup menyakitkan.

Ummi turun sambil memegang telefon.

          ”Sya, kenapa kamu tiba-tiba telefon ummi pulak ni?.”

Aku baru ingat bahawa telefonku masih tidak ada denganku.

         ”Oh, telefon tu kawan Fisya pinjam. Alahh kalau dia call nanti, ummi jawab jelah.”

Ummi berbicara dengan lelaki yang memegang telefonku saat ini sementara aku pula mengambil pinggan-pinggan lalu membawanya ke sinki untuk dibasuh. Kemudian, meletakkannya ke dalam rak dan mengeringkan tangan.

          “Fisya, bila agaknya kamu nak pergi ambil telefon kamu semula?.” Tanya ummi separuh berteriak dari ruang TV.

         ”Humm Fisya pun tak tahulah ummi.” Jawabku.

         “Pukul 9.30 di taman kota, boleh ke tak?.”

         ”Tak boleh. Fisya ada kuliah. Esok atau lusa baru Fisya boleh pergi ambil.”

Ummi terdiam.

Aku menghampirinya di ruang TV.

       ” Kenapa ummi tak pernah tahu kalau Fisya sebelum ini ada kawan yang bernama Alif?.” Acara perbualannya bersama lelaki itu tadi sudah selesai.

        ”Ouhhh, humm gaya dia tu macam ahli perubatan mungkin co-assistant sama macam Kak Syasya atau mungkin dah jadi seorang doktor. Fisya baru kenal dengan dia dua tiga hari lepas ummi.”

Ummi mengangguk.

       ”Dia sopan sekali kan?. Betul lah orang cakap, kalau pemuda itu harus belajar kerana ilmu akan menghiasi seseorang pemuda dalam berkata-kata.”

Huh biar betik??. Itu semua plastik!. Padahal aslinya, lelaki itu benar-benar menjengkelkan. Aku tertawa.

         ”Hummm puitis sangatlah ummi Sya ni.”

Semua barang yang aku perlukan aku masukkan ke dalam tas. Aku sudah bersedia untuk berangkat keluar setelah pekerjaan di rumah selesai. Hanya satu kelas sahaja hari ini. Jika tidak ingat kalau aku ini sedang berada di akhir semester satu, aku akan lebih memilih untuk menghabiskan waktu menemani ummi mengemas rumah dan menonton program TV kegemarannya.

      ”Ummi, Fisya pergi dulu ya..” Aku mencium tangan ummi.

      ”Assalamualaikum.”

      ” Waalaikumussalam. Hati-hati, lepas habis kuliah, beritahu ummi dulu kalau kamu nak pergi ke mana-mana.” Pinta ummi ketika aku hendak membuka pintu.

       “Beres bos!!.”

Kali ini, aku menyumpah luasnya dunia. Kenapa jarak gerbang utama dengan falkulti itu sangat jauh?. Masalahnya, tidak ada sebarang pengangkutan yang boleh menghantar aku sampai ke depan pintu kelas. Terpaksalah aku berjalan kaki, bukan!. Lebih tepatnya berlari kerana hanya tinggal dua puluh minit lagi sebelum pukul sembilan.

Aku mendadak menjadi atlet lumba lari dengan garis penamatnya berupa pintu dewan. Lagi-lagi bayangan masa lalu menghantui ketika Johan mengikat tali kasutku dulu. Tidak bolehkah aku tidak memikirkan tentang Johan hanya untuk seketika cuma saja?. Lelaki itu sepertinya memiliki kemampuan untuk memanipulasi mindaku sehingga bayangannya muncul di mana-mana.

Aku sampai, bukan di Falkulti Farmasi tempat aku kuliah. Ini baru sampai di Falkulti Matematik, masih ada beberapa falkulti lain yang harus kutempuh dulu. Kurang lebih jaraknya sekitar satu kilometer lagi.

Beribu syukur aku panjatkan kerana Allah memberikan aku menghirup oksigen tanpa perlu dibayar walau satu sen pun. Ia percuma!. Jika setiap oksigen yang kuhirup ini harus dibayar dengan wang, mungkin ketika aku sampai, saat itu juga aku akan pengsan. Aku tidak akan pernah tamatkan pengajian kalau seperti ini caranya.

         ”Pagi sir.” Sapaku ketika melihat Encik Joseph. Dia non muslim jadi aku lebih senang menyapanya seperti itu.

         ”Ah, kebetulan ada kamu Sya. Tolong hantarkan surat-surat ini ke Falkulti Perubatan ya. Despatch tersalah hantar tadi.”

Aku terbatuk-batuk mendengar perkataan ’Falkulti Perubatan’. Encik Joseph malah menyerahkan beberapa surat itu tanpa memberikan waktu kepadaku untuk bicara.

Ada seteru di antara mahasiswa Falkulti Perubatan dan Falkulti Farmasi. Katanya,budak-budak medik ini memandang rendah kepada budak farmasi. Mereka menganggap orang seperti kami ini hanya anak-anak buangan yang tidak lulus pemilihan untuk menjadi seorang doktor padahal kalau ikutkan, kami tidak pernah mengikuti mana-mana pemilihan kedoktoran. Seharusnya berada dalam bidang yang sama itu harus saling bekerjasama namun apa yang terjadi adalah yang sebaliknya. Bukan semua tetapi segelintirnya ada yang begitu.

Aku masuk belajar dalam Falkulti Farmasi saja sudah merasa mencekik ummi dengan kos biaya pengajian apatah lagi jika harus masuk ke dalam Falkulti Perubatan yang kos biaya praktikalnya saja sudah puluhan ribu per semester. Mungkin aku akan membuatkan ummi terkena serangan jantung.

Semua orang punya jalannya sendiri untuk berjaya, jadi sengketa itu tidak perlu aku hiraukan. Namun tetap saja ibarat membunuh diri namanya jika aku harus masuk ke Falkulti Perubatan dengan kot yang berlogo farmasi.

Aku pun masuk ke dalam bangunan serba putih itu. Jika Falkulti Farmasi hanya ada lima tingkat, Falkulti Perubatan ini ketinggiannya dua kali ganda. Rasanya jantungku ini seperti baru habis berlari. Memang aku baru saja habis berlari namun debarnya ini tiba-tiba menjadi dua kali ganda lebih kencang berbanding tadi.

Aku melirik ke kiri dan ke kanan, berusaha mencari orang yang boleh kutanya. Aku seperti orang sesat di sini.

Astaghfirullah!. Semuanya berbahasa Inggeris. Biochemistry Lab, Analys Lab, Pediatric Lab, Anatomy Lab, Phatology Lab, lab macam apa itu?.

Set!.

Brak!!!.

Seseorang yang berlari tiba-tiba melanggarku sambil memegang sesuatu di tangannya. Cairan putih itu menumpahi kot yang kupakai. Entah bagaimana warna cairan kimia tadi berubah menjadi coklat ketika mengenai kain. Surat-surat yang kubawa juga turut jatuh bertaburan.

Sabar Sya. Ini hanya kot makmal, bukan hal yang besar. Astaghfirullah. Sabar….sabar….Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar.

Orang itu malah pergi tanpa meminta maaf sama sekali kepadaku. Aku berbongkok seketika, memunggut kembali surat-surat itu.

Syukurlah dua orang lelaki yang tampak mirip datang membantuku. Aku menggunakan kesempatan itu untuk bertanya kepada mereka.

        ”Alang-alang dah ada kat sini, saya nak tumpang tanya. Ruang dewan ada di mana ye?.”

Mereka berdua saling berpandangan antara satu sama lain sebelum mengamati aku dari hujung kaki sehingga ke hujung kepala. Kot yang kupakai sudah penuh dengan cairan yang baunya begitu aneh.

         ”Di sebelah sana.” Kata salah seorang daripada mereka.

         ”Hah kat mana?.” Aku masih bingung.

        ”Budak farmasi ya?.” Tanya salah seorang darinya.

Aku ketahuan. Apa seteruk itukah penampilan aku sehingga mereka boleh menekanya dengan sebegitu mudah?. Aku tersenyum kekok sambil mengangguk. Rasanya seperti masuk ke dalam kandang harimau. Untunglah dua orang lelaki itu baik dan memberitahu bahawa tempat yang dimaksudkan olehku tadi ada di seberang sana, di tingkat sembilan.

Ya, sembilan. Tidak perlu diulang untuk membuatkan aku terkejut.

Patutlah bayarannya mahal. Falkulti Perubatan dilengkapi dengan lif. Paling tidak, aku tidak perlu lagi menaiki tangga. Aku merenung jam di tangan. Lima minit lagi kuliah aku akan bermula. Aku segera menyerahkan surat-surat itu kepada pensyarah yang paling cepat kutemui.

Allah mungkin sedang tidak berpihak padaku. Ketika aku keluar, seorang wanita yang kuyakin adalah seorang pensyarah memanggilku dan menyerahkan beberapa fail dokumen sambil berkata;

         ”Tolong bawakan ini ke perpustakaan ya.”

        ”Tapi puan…saya bukan-.”

Pensyarah itu meninggalkan aku begitu saja.

Sabar.

Aku berakhir dengan berlari untuk kali kedua. Aku terlambat lima belas minit gara-gara kebingungan mencari perpustakaan di Falkulti Perubatan. Apatah lagi jam kuliah hari ini dilakukan di dewan tingkat lima. Falkulti Farmasi memang dilengkapi dengan lif tetapi kerana ada proses pembaikan, jadinya tingkat lima itu harus dilalui dengan menaiki seratus anak tangga.

Kakiku bergetar, lututku terasa goyang dan mungkin akan patah. Aku mengambil nafas panjang beberapa kali setelah sampai di depan pintu dewan kuliah. Saat masuk, semua orang menatap kecewa padaku. Kenapa dengan renungan mereka?. Kenapa juga dewan boleh sepenuh ini?. Biasanya hanya sekitar lima puluh orang saja.

Seseorang melambaikan tangan ke arahku, Rachel sudah duduk di meja kedua paling belakang. Aku sangat bersyukur kerana pensyarah juga datang lambat. Aku berjalan ke arah Rachel.

         ”Sya, kau terjatuh kat sawah mana ni?.” Dia tertawa melihat keadaanku.

 Aku duduk di sampingnya.

         ”Aku disiram AgNO, jadi coklat macam inilah.” Kataku.

Rakan satu organisasi- Johan, Fuad, Aris, Zahra dan Rara- tidak satu falkulti denganku. Johan dan Fuad masing-masing masuk Falkuti Astronomi Fizik atau Astrologi, entahlah aku pun tak tahu. Dinda dari Falkulti Matematik, Aris dari Falkulti Kejuteraan Automatif, Rara dan Zahra dari Falkulti Sastera.

Aku mengeluarkan buku skrap dengan tulisan Penganalisis Kimia, subjek kuliah untuk hari ini. Kimia dibahagikan kepada tiga jenis kategori iaitu Kimia Organik, Kimia Anorganik dan Penganalisis Kimia. Tiada satu pun yang mudah.

Pembelajaran di dewan kuliah biasanya difokuskan hanya untuk subjek umum khusus untuk menulis. Adapun di kelas biasanya khusus untuk subjek kuliah produktif. Tidak ada yang mencatat. Para mahasiswa menggunakan laptop masing-masing. Pada akhir jam akan selalu ada penilaian dari apa yang ditaip. Sistem ini meniru sistem kuliah luar negara yang sudah berteraskan teknologi tetapi masih baru diterapkan beberapa tahun di Malaysia.

Tunggu. Assignment aku mana?. Jangan cakap aku tertinggal!!. Alamak!!. Ini bukan waktunya untuk bergurau!!.

        “Kau cari apa Sya?.” Tanya Rachel.

        “Astaghfirullah. Aku tak bawa assignment!. Assignment aku tertinggal!.” Jawabku panik. Seingat aku, benda itu sudah aku masukkan.

          “Kau tenang jelah. Encik Kevin takkan masuk, katanya ada pensyarah baru yang akan menggantikannya sebab itulah dewan kuliah penuh hari ini.”

Aku sedikit bernafas lega. Masalahnya Encik Kevin itu termasuk sebagai salah seorang pensyarah killer. Kuletakkan kepalaku di atas meja. Aku sangat penat sampai ingin tertidur. Entah berapa kalori yang kubakar setelah berlari tadi.

Seseorang mengucap salam ketika pintu dewan dibuka. Serentak semua mahasiswa menjawab. Aku meneka pensyarah yang baru itu sudah datang. Aku masih menenggelamkan kepalaku.

          ”Dalam rekod ini, hanya ada 58 orang pelajar. Berlaku peningkatan tiga kali ganda. Suatu kemajuan jika kamu semua mendadak suka pada subjek Kimia.” Kata orang itu.

Aku mengenali dengan jelas bahawa itu memang bukan suara Encik Kevin. Aku mendengar orang-orang tertawa dan aku mulai tertidur.

         ”Saya tak suka Kimia prof tapi saya suka prof.” Cetus seseorang yang tak jauh dari tempat dudukku.

Sorak riuh terdengar dari para mahasiswa yang memenuhi dewan itu.

          ”Ada apa dengan dorang ni?. Cuba nak mengorat pensyarah baru?!.”

        ”Kerana ini adalah Falkulti Farmasi jadi saya mohon sila tinggalkan dewan ini bagi mereka yang bukan mahasiswa Farmasi.” Kata pensyarah itu dengan tegas.

Aku belum melihatnya kerana benar-benar mengantuk.

        ”Perkenalkan diri dulu prof. Nanti kami keluarlah kalau dah puas tengok prof.”

        ”Baiklah, nama saya Alif Syahrizal Bin Ahmad. Kamu semua boleh memanggil saya Encik Alif saja. Mungkin di antara kamu semua, terutama mahasiswa Perubatan telah mengenali saya lebih dari satu semester. Saya adalah penyelaras yang bertanggungjawab bagi pelajar praktikal Anatomi dan Pembedahan Pediatrik.

         “Saya hanya mengajar di dua falkulti iaitu Falkulti Perubatan dan Falkulti Farmasi. Bagi farmasi sendiri, saya hanya mengajar mata pelajaran Penganalisis Kimia dan praktikal. Jadi, untuk mahsiswa di bidang itu boleh mengajukan jam tambahan di luar jam kuliah kamu semua.”

         ”Tapi kalau saya dari Falkulti Matematik macam mana?.” Tanya salah seorang daripada mereka dengan berani.

Kelas semakin bertambah riuh.

        ”Matematik dan Kimia adalah suatu kombinasi yang luar biasa.”

Para mahasiswa tertawa lagi.

       ”Saya rasa sudah cukup. Sekali lagi, bagi mahasiswa yang bukan jurusan Farmasi, silakan untuk meninggalkan dewan.”

Hampir satu per tiga dari ruangan itu keluar setelah menyaksikan pengenalan singkat dari pensyarah baru.

       ”Baiklah, sekadar maklumat. Saya akan mengambil alih pelajaran Penganalisis Kimia mulai dari akhir semester sekarang dan semester dua. Encik Kevin masih belum boleh kembali mengajar….. beliau mendapat kesempatan untuk melanjutkan pengajiannya di Universiti Harvard.”

        ”Peraturan dalam kelas saya tak jauh berbeza dengan kelas Encik Kevin. Pertama, saya tidak akan memberi tolenrasi kepada mahasiswa yang datang lambat, tidak fokus dan tidak membawa tugasan dan yang kedua……” Dia menuliskan sesuatu di papan tulis.

       ”Hanya pada pertemuan pertama, saya memberitahu email saya. Jadi catat baik-baik kerana saya tidak akan memberitahunya lagi. Sebelum mengumpulkan assignment, kamu semua…..”

Suaranya mulai samar, aku merasa seseorang berusaha menggerak-gerakkan tanganku.

         ”Sya, bangun Sya…..jangan tidur.” Bisik Rachel.

Aku terbangun dengan mata yang masih mengumpulkan setengah nyawa lagi. Pandanganku masih samar.

          ”Hishh giliran pensyarah hensem yang datang mengajar, ehhh kau boleh pulak tidur.”

Aku merenung ke arah ruangan sekeliling. Sejak bila pula dewan menjadi kosong seperti ini?. Mungkin hanya menyisakan separuh dari bilangan pelajar yang hadir tadi.

Mataku membulat hebat ketika mendapati sosok lelaki dengan seluar panjang berwarna hitam yang berdiri di depan. Aku yakin seluruh nyawaku sudah terkumpul semua. Itu adalah lelaki yang kelmarin. Aku memandangnya tidak percaya, tanpa sedar aku menggerak-gerakkan tangan Rachel dengan kasar.

        ”Hei, itu ke pensyarahnya?.”

       ”Wahh pensyarah itu memang hebat kerana dia boleh membuatkan seorang Nafisya terpesona!!.”

Aku tidak menghiraukan gurauan Rachel. Aku bukannya terpesona melainkan terkejut besar. Ternyata dunia ini sempit sekali.

          ”………..sebelum mengumpulkan tugas kamu semua, saya akan merekodnya terlebih dahulu. Bagi yang namanya dipanggil, sila hantarkan assignment anda ke depan.”

Aku segera mengambil buku Kimia lalu menutupi wajah bodoh. Beberapa hari yang lalu aku memanggilnya encik, memaksanya mengubati luka dan menyiramkan terlalu banyak alkohol.

Telefonku?. Astaghfirullah. Bagaimana nasibnya sekarang?. Belum lagi assignment. Ya Allah, ini akan lebih menyeramkan dari masalah Johan kelmarin.

         “Aizat Mustafa.” Panggilnya bermula dari huruf A.

        “Arif Shahidan.”

Setiap kali pensyarah baru itu memanggil satu per satu nama mahasiswa, setiap kali itu juga jantungku terasa berdetak melampaui batas.

        “Annatha Rachel.”

Giliran Rachel yang maju.

Ahhhhh bagaimana sekarang?. Semoga Allah menghapuskan huruf N dari dunia ini. Aku gementar tak jelas. Pensyarah itu memanggil beberapa orang pelajar lagi sampai urutan ke-23.

         ”Nadia Rizwana.”

 Aaaaaa…..setelah ini giliran aku. Bagaimana ni?. Bagaimana?. Bagaimana?.

        ”Nafisya Kayla binti Akhbar.”

Aku tak bergerak, mendadak buntu dan dilanda kegugupan.

        ”Nafisya Kayla binti Akhbar.”

Aku semakin merasa tak keruan.

         ”Tidak ada yang bernama Nafisya di sini?.”

Pandangan semua orang tertuju ke arahku.

Buku Kimia semakin kugenggam erat. Dia pasti sudah menemukan posisiku.

        ”Membaca itu bagus tapi kalau bukunya terbalik, saya jadi curiga.”

Apa?. Aku pantas memutarkan buku dan menatap cover depannya. Aihh, saat-saat seperti ini aku masih saja bertindak bodoh.

Semua mentertawakan aku.

Sekarang pandanganku tertuju kepada lelaki yang ada di depan. Dia mempamerkan riak wajah terkejut persis seperti riak wajahku tadi. Jelas pasti, dia juga turut terkejut. Kami bertemu di tempat lain dan posisi yang lain. Dia pensyarah dan aku adalah pelajarnya.

Habislah riwayatku.

Lelaki itu mencuba menormalkan kembali memek wajahnya. Sedetik kemudian, dia kembali bersikap seperti biasa saja. Dia berdeham, memutuskan pandangan semua orang terhadapku.

          ”Sila kumpulkan tugasan kamu semua ke depan.” Katanya sambil merenung kertas yang ada di tangan.

Inilah yang aku takutkan.

        ”Maaf encik. Assignment saya tertinggal.” Kataku gugup. Aku bukan anak pemalas. Aku tidak tahu kenapa assignment itu tidak ada di dalam tas. Entah kenapa aku juga sering datang terlambat meskipun sudah berangkat satu jam sebelumnya. Selalu saja ada halangan yang menghadangku di perjalanan.

        ”Kalau begitu sila tinggalkan kelas dan datang jumpa saya esok atau lusa.”

Aku menghembuskan nafas lesu. Sudah kusangka dia sama kejamnya dengan Encik Kevin. Tidak ada tolenrasi jika tidak menyiapkan tugasan dengan baik. Buku Kimia hendak aku masukkan ke dalam tas tetapi Rachel mengambilnya.

         ”Aku bantu catat untuk kau hari ini.”

Aku hanya tersenyum kecil kemudian berganjak pergi keluar dewan. Sejarah buruk Nafisya akan dimulai lagi. Pensyarah yang tua saja terkadang kejam inikan pula pensyarah muda.

Adakah pensyarah itu sengaja mahu membalas dendam dengan memberiku ancaman pada hari pertama?. Dia tidak tahu jika aku datang ke sini dengan penuh perjuangan. Kalau harus pulang untuk mengambil assignment, aku tak menjamin esok kakiku ini masih boleh berfungsi lagi atau tidak.

Aku berniat mencari buku yang belum kubaca di perpustakaan atau setidaknya mencari bahan bacaan yang bermanfaat untuk hari ini. Sekurang-kurangnya, kedatangan aku ke kampus ini tidak berakhir sia-sia. Aku bertemu dengan Encik Razak di sana.

         ”Kamu sudah berjumpa dengan pensyarah baru itu?. Katanya beliau juga mengajar di Falkulti Farmasi.” Tanya Encik Razak. Kalau abi sudah memiliki anak sebesar aku, khabarnya lelaki yang berkepala botak itu belum sempat dikurnia anak setelah dua puluh tahun menikah.

         ”Oh, pensyarah yang kulitnya sehalus bayi itu kan?.” Ujar kakak-kakak yang sedang menjaga bangunan perpustakaan.

Encik Razak mengangguk.

         ”Ya, dia yang telah membantu kami waktu itu……dunia ini memang sempit kan?.”

Benar, MasyaAllah. Telefon aku?. Semoga dia berada di dalam keadaan yang baik-baik saja.

Aku tidak boleh terlepas waktu solat berjemaah kerana berjalan kaki agar boleh sampai ke bangunan universiti. Satu jam berikutnya, kuhabiskan untuk melanjutkan hafalan di tingkat dua. Menghafal merupakan salah satu caraku melupakan sesuatu. Dengan begitu, otakku hanya penuh dengan ayat-ayat Allah.

Lagi-lagi telingaku ini menangkap suara indah itu, lantunan bacaan Al-Quran, ternyata surah An-Nisa. Semakin lama, aku semakin mengagumi suara ini.

         ”Sasa, assalamualaikum.” Sapa seseorang sambil berlari anak ke arahku. Suara yang sangat kukenali.

         ”Waalaikumussalam Rara.”

         ”Hari ini ada mesyuarat organisasi. Aku dah kirim mesej tapi tak dibalas.”

         ”Mesyuarat organisasi?. Bukan ke acara selanjutnya akan diadakan selepas bulan puasa?.”

         ”Mungkin Aris dah berubah fikiran.”

Aku tak punya waktu untuk mengikuti mesyuarat. Aku masih ada kesibukan lain yang tak boleh aku katakan, ditambah pula pasti ada Johan di sana. Aku tak mahu bertemu dengan dirinya.

        ”Alamak, nampak gayanya aku tak boleh nak join korang semualah. Kau tolong sampaikan maaf aku ni pada Aris ya. Walau apapun keputusan mesyuarat korang nanti, aku akan setuju.”

Lelaki Gila

Akhir-akhir ini aku tidak sempat bertemu Kak Syasya. Dia sibuk di hospital sehinggakan tak sempat untuk pulang ke rumah. Saat aku menanyakan keberadaannya, ummi hanya memberitahu bahawa kakak menyuruhku datang ke hospital tempat dia bekerja pagi ini. Ada hal penting yang harus dibicarakan.

Di sisi lain, aku harus datang seawal pagi untuk mengumpulkan assignment sekaligus bertemu dengan pensyarah muda itu. Aku tidak mahu mendapat nilai markah yang rendah di akhir semester ini. Aku tidak suka penalti. Penalti itu hukuman dan pensyarah akan memberikan tugasan sesuka hatinya tanpa ada sebarang penawaran. Ini lebih terkesan seperti kekejaman dibandingkan dengan hukuman.

Aku memilih untuk lebih optimis. Aku berangkat lebih awal untuk menemui Kak Syasya agar boleh segera pergi ke kampus. Kerana sudah sering datang ke hospital ini, aku tidak perlu susah-susah lagi bertanyakan di mana ruangan Kak Syasya.

Belum sempat aku menginjak ke ruangannya, aku melihat Kak Syasya yang lengkap beruniform dengan rambutnya disanggul rapi, sedang berdebat dengan seseorang. Dia pasti baru keluar dari ruangan bedah. Kacamata yang bertenggek di hidungnya menyebabkan wajahnya kelihatan tampak begitu lelah.

          ”Kak Syasya.” Panggilku.

Lelaki yang berdebat dengannya berlalu setelah melihat kehadiranku. Aku sedikit berlari kecil untuk cepat sampai. Aku tersenyum ke arahnya.

Plak!.

Seketika pipiku memanas. Rasanya pedih mendera begitu cepat. Aku pantas memegang pipi tak percaya. Seseorang, tolong katakan bahawa ini mimpi?. Kakak menamparku!. Itu salah kan?. Dia tidak mungkin menamparku.

Dengan mata yang menatap tajam, Kak Syasya menunjukkan sehelai kertas.

         ”Ini apa?. Kenapa nama dengan tandatangan kau boleh ada kat sini hah??!!.”

Aku merenung kertas itu, tertulis nama Irsyad Latif Muhammad. Dia adalah budak lelaki yang terlibat dalam kemalangan waktu itu.

        ”Jawab kakak!!. Kenapa tandatangan kau boleh ada di atas kertas ni Nafisya??!!.” Suara Kak Syasya semakin meninggi.

Aku terkejut dan sama sekali tidak mengerti kenapa Kak Syasya begitu marah. Pada kertas itu, namaku tertulis sebagai orang yang bertanggungjawab.

       ”Kau tahu, ayahnya Irsyad itu adalah seorang jeneral. Dia menuntut kau atas tindakan cuai yang kau lakukan ke atas anaknya.”

Aku mencerna kata-kata itu. Rasanya sesuatu memberontak keluar dari mataku. Sengaja kutahan kerana aku masih berada di depan Kak Syasya.

         ”Kau tu bukan doktor….kau tak ada hak untuk menyuntik pesakit!. Kuliah satu semester pun tak habis lagi tapi kau dah berlagak pandai. Kenapa kau boleh secuai ini hah?. Harusnya kau fikir panjang dulu sebelum bertindak!!. Jangan macam budak-budaklah Fisya!!. Kau tak fikir ke apa yang akan jadi kedepan hari?. Kau tak fikir ke pasal kuliah kau, kau tak fikir ke pasal orang yang dah susah payah tanggung biaya pengajian kau sampai ke universiti??!!.”

Aku menarik nafas panjang. Jika berkedip, pasti aku akan menangis saat itu juga.

           ”Siapa yang tanggung biaya kuliah Fisya?. Siapa?.”

Kak Syasya diam mendadak.

         “Ummi masih ada tunggakan dengan pihak bank atas pinjaman wang yang dibuatnya untuk membiayai kuliah Kak Syasya dulu kan?. Setiap bulan gaji Kak Syasya, akak gunakan untuk bayar pinjaman bank. Lepas tu, siapa yang biayai pengajian Fisya?. Siapa?.”

Kak Syasya benar-benar tidak mampu menjawab pertanyaanku.

        ”Abi kan?. Kalau macam tu, katakan pada ayahnya Irsyad kalau Fisya memang bukan seorang doktor. Fisya tak takut masuk penjara. Jeneral hanyalah gelaran di dunia lagipun dunia ini juga sudah menjadi penjara buat Fisya. Dengan Fisya dipenjara…….” Nafasku tersekat di kerongkong.

       ”- abi tak perlu susah-susah nak tanggung biaya pengajian Fisya lagi.”

Aku berbalik. Terdengar Kak Syasya memanggilku beberapa kali tetapi aku tidak mempedulikannya. Tamparan itu sama sekali tidak terasa sakit tetapi ketika mengingati kembali kakakku yang menampar, barulah terasa sakit. Pasalnya, aku tidak pernah melihat Kak Syasya semarah itu. Ini adalah kali pertama.

Sepanjang perjalanan menuju ke kampus, aku terus menahan diri untuk tidak menangis agar mataku tidak memerah hebat. Aku harus datang menemui pensyarah itu untuk penalti. Aku memang mendapat biasiswa untuk kuliah tetapi itu hanya 50% sahaja. Dan, sudah sekian lama aku tahu bahawa yang membayar sisa kos pengajian aku selama ini adalah abi.

Hari ini, aku mengulangi kesalahan yang sama, iaitu masuk ke dalam kandang harimau. Sudah kucari lelaki itu seantero Falkulti Farmasi dan ternyata dia ada di Fakulti Perubatan. Di tempat ini pun sama, sudah puluhan kali aku naik turun lif, beberapa kali juga bertanya kepada para mahasiswa tetapi jawapannya selalu berbeza. Ada yang kata di Lab, di dewan atau di kelas.

Untuk kali kedua, langkahku berakhir masuk ke ruangan pensyarah. Jika di Falkulti Farmasi, pensyarah satu meja tetapi di Fakulti Perubatan, satu pensyarah satu ruangan.

        ”Maaf puan. Ruang kerja Encik Alif ada di mana ya?.” Tanyaku kepada pensyarah yang kebetulan baru keluar dari ruangan. Perempuan itu menunjukkan salah sebuah ruangan yang sempat aku lintasi tadi. Aku pun menuju ke sana.

Ya Rabbi. Kenapa semua orang menggoda kesabaranku hari ini?. Aku mengetuk pintu itu cukup lama dengan irama yang lebih keras tetapi tiada respons. Jika saja aku tidak ingat ini adalah bilik pensyarah, sudah kupecahkan pintunya ini. Aku sudah ingin pulang, mencari tempat untuk boleh menangis. Aku ingin menemui Allah dan menceritakan semuanya.

Aku memberanikan diri membuka pintu perlahan-lahan. Kutarik nafas panjang sampai akhirnya pintu itu bergeser. Tampak ruangan yang luas. Terkesan klasik dan elegan. Sosok dengan kacamata bulat sedang menaruh kepala di atas meja dengan beberapa buku tebal sebagai bantal.

Bagus.

Dia tertidur. Aku boleh pulang sekarang. Jika dia bertanya alasannya, akan aku katakan bahawa aku sudah datang tetapi dia tertidur. Aku kembali berusaha menutup pintu itu perlahan mungkin-.

        ”Tunggu saya di perpustakaan, sepuluh minit lagi.”

Harapan terakhirku untuk pulang musnah. Astaghfirullah.

Aku ingin menangis.

Mata Alif terbuka ketika mendengar suara.

         ”Tunggu saya di perpustakaan, sepuluh minit lagi.” Katanya ketika menyedari bahawa sang pemilik telefon pink itu yang membuka ruangannya.

Setelah mencuci muka, Alif mengambil beberapa kertas soalan dan membawa sebatang pen merah di koceknya. Telefonnya berdering.

         ”Waalaikumussalam, ada apa Nay?.” Tanya Alif.

         ”Tentang kes Irsyad itu. Pihak keluarganya menuntut pihak hospital menunjukkan surat pendaftaran. Sepertinya mereka mahu memanjangkan kes ini ke mahkamah.”

Alif terdiam sejenak.

         ”Tolong gantikan nama itu dengan nama saya. Biar saya yang bertanggungjawab di atas segalanya. Letakkan dokumen itu di atas meja saya, biar saya yang tandatangannya nanti.”

Setelah perbualan itu, Alif kembali pada niat utama iaitu penaliti.

Nafisya terlihat menyandar pada kerusi. Kedua-dua matanya lurus menatap langit-langit. Alif berdeham untuk menyedarkan bahawa dia ada di sini. Bukan hanya pada Nafisya, Alif selalu menemui mahasiswa lain di perpustakaan atau di taman. Tidak kisahlah di manapun asalkan mereka tidak hanya terperangkap berdua.

Perpustakaan Falkulti Perubatan adalah salah satu tempat pertemuan yang tepat kerana selalu dipenuhi oleh mahasiswa yang datang untuk sekadar membaca buku atau membuat karya ilmiah. Terkadang beberapa penyelidikan kecil juga bermula di sini.

Gadis itu mengangkat kepala, hidungnya sedikit memerah. Alif menarik kerusi yang terletak di seberang Nafisya kemudian menghulurkan kertas.

        ”Selesaikan dengan baik atau kamu akan terus diberi hukuman sehinggalah nilai kamu baik.”

Nafisya tidak memberontak ataupun mengkritik. Dengan santai, dia mengeluarkan pen dan mula mengisi kertas padahal ancaman Alif itu cukup mengerikan. Sejak semester pertama, gadis itu harus mendapat nilai GPA 3.6 ke atas agar biasiswanya tidak dihentikan.

Alif mengeluarkan telefon dan menghulurkannya kepada Nafisya.

         ”Ada banyak mesej masuk dan beberapa panggilan terutama dari kawan kamu yang bernama Marikh itu.”

Mendengar perkataan Marikh, gadis itu mengepalkan tangan erat-erat. Dia menunduk dalam, titis demi titis air mata membasahi kertas.

Alif menyedari ada yang salah dengan pelajarnya ini.

         ”Nafisya?.” Panggil Alif.

         ”Kamu….nangis?.”

Siapa yang tidak panik ketika orang yang kamu temui tiba-tiba menangis mendadak tanpa sebarang alasan, seolah-olah kamulah yang menyebabkan dia menangis. Begitu juga dengan Alif, ini adalah kali pertama buat dirinya menghadapi perempuan yang menangis apatah lagi sekarang posisinya adalah sebagai pensyarah.

        ”Kamu kenapa?.” Mudah bagi Alif membuat pesakit perempuan berhenti menangis kerana kebanyakan pesakitnya adalah kanak-kanak. Namun ini berbeza, dia bahkan tidak tahu apa yang membuatkan gadis itu menangis.

         ”Sya?. Kamu kenapa?. Saya ada salah cakap ke?.” Alif semakin panik ketika orang-orang di sekitarnya mula memperhatikan.

         ”Kamu boleh cakap pada saya kalau kamu masih belum bersedia untuk menerima penalti. Kamu boleh datang esok saja.”

Kini orang-orang mula membicarakannya. Alif seolah-olah melakukan hal buruk sehingga membuatkan Nafisya menangis seperti itu.

         ”Ya, baiklah. Macam inilah, saya tak akan kenakan penalti ke atas kamu dengan syarat kamu harus berhenti menangis.” Pujuk Alif.

Dalam celah-celahan tangisan, Nafisya mengatakan bahawa dia ingin bersendirian.

         “Okey, saya keluar sekarang tetapi kamu jangan nangis lagi.” Alif meninggalkan perempuan itu sendirian. Di luar, dia bertindak tak keruan, berjalan seperti seorang lelaki yang sedang cemas menunggu sang isteri melahirkan anak.

Beberapa minit kemudian, Nafisya muncul dengan hidung dan mata memerah hebat.

         ”Kamu?.” Kata Alif ketika Nafisya menyerahkan kertas itu.

         ”Kamu dah selesai mengisinya?.” Seharusnya Alif bertanya apa yang membuatkan perempuan itu menangis. Dia tidak faham dengan pemikiran wanita yang menurutnya lebih rumit daripada formula kimia.

          ”Dah encik.” Nafisya mengangguk, tak berani menunjukkan wajah.

          ”Oh, ya…assignment.” Gafis itu mengeluarkan assignment dari dalam tas namun barang-barang lain ikut berjatuhan ketika dia menarik benda itu.

Alif memunggut kertas-kertas itu sementara Nafisya mengambil beberapa sampul berwarna coklat.

         ”Bukannya ini-.” Alif membaca kertas itu seketika.

         ”Ini CV kan?.”

Nafisya mengambil kertas-kertas tersebut dengan cepat.

        ”Itu CV taaruf.” Dia tidak ingin mengatakan bahawa CV tersebut adalah untuk melamar pekerjaan.

         ”Ohhh.” Alif mengangguk. Lelaki itu mengerti bahawa Nafisya tidak mahu ditanya lebih lanjut. Dia mengambil assignment kemudian mengambil kertas soalan yang harus dia periksa. Merasa tidak ada kepentingan lain, Alif berjalan menjauh. Baru dua langkah, dia berbalik semula;

         ”Kalau nilai kamu tidak memadai, nanti saya akan panggil untuk perbaikinya lagi.”

Nafisya mengangguk.

Alif berhenti lagi seolah-olah ada sesuatu yang menahan langkahnya. Dia menoleh pada Nafisya;

       ”Sya…” Suaranya terdengar begitu lembut dan perlahan membuatkan Nafisya sedikit mengangkat kepala kerana mengira Alif sudah berjalan cukup jauh.

           ”Tanda kecintaan Allah pada hamba-Nya adalah dengan mengujinya. Jangan terlalu membenci suatu masalah. La tahzan. Innallaha ma’ana.” Katanya tanpa tersenyum lalu melanjutkan langkah.

Aku memandang buku Big Boof of Analys yang kupinjam dari perpustakaan. Disebabkan berbual dengan Encik Razak, aku jadi tak sempat membaca bahan bacaan waktu itu. Ada sedikit rasa bimbang tentang perkataan Kak Syasya. Aku tidak benar-benar yakin dengan ucapanku pagi tadi. Semua itu seperti mimpi buruk.

Kepalaku pening memikirkan jalan keluar ditambah pula membaca buku ini malah membuatkanku semakin pening.

          ”Nafisya.” Panggil ummi dari arah dapur.

           ”Ya mi.” Aku menutup buku dan bergegas turun.

            ”Jomlah kita makan malam dulu. Kamu belum makan lagi kan dari petang tadi?.”

Dia hanya membawakan dua pinggan untuk kami. Aku menoleh ke arah bilik tidur Kak Syasya. Rumah kami memang dua tingkat tetapi di tingkat atas hanya ada dua bilik. Di bahagian tengah pun sengaja dibiarkan kosong. Mungkin untuk mempermudah ummi kalau mahu memanggilku.

         ”Kak Syasya tak balik lagi ke?.” Tanyaku spontan.

Aku sangat menyayanginya. Perpisahan kami waktu kecil membuatkanku semakin menyayanginya apatah lagi dia adalah tulang belakang keluarga. Itulah kenapa tamparan Kak Syasya begitu membuatku merasa sakit.

          ”Dia banyak kerja agaknya.” Jawab ummi ragu.

Aku tahu Kak Syasya tidak pulang pasti kerana ucapanku. Dia tidak pandai menyembunyikan masalah. Jika dia pulang, dia tidak akan sanggup menceritakan hal itu kepada ummi.

         ”Esok kita pergi melawat abi ya?.”

Aku menarik nafas panjang. Sepertinya semua orang masih boleh menerima lelaki itu. Bagiku, lebih baik bersikap acuh tak acuh daripada berpura-pura baik di depan abi dan keluarganya. Jatuhnya dosaku menjadi dua kali ganda kalau aku berpura-pura.

         “Esok Fisya ada kuliah sampai petang mi.”

        “Kakak kamu pun akan ikut sekali. Kita pergi ke rumah abi malam, masih sempat lagi.”

       ”Fisya masih belum bersedia untuk bertemu dengan abi.” Aku tersenyum nipis kemudian menyambung makan.

Ummi tahu seberapa bencinya aku pada lelaki yang pernah duduk di meja makan ini. Lelaki yang dulu menyuapkan aku makanan sementara ummi pula menyediakan pencuci mulut. Ingatan masa lalu pun muncul seperti filem lama yang diulang tayang.

”Syasya dulu abi!!”

”Fisya dulu ya sayang. Nanti abi suapkan Syasya pula. Gilir-gilir.”

“Fisya dah besar abi. Tengok, Fisya dah lebih tinggi dari abi dengan Kak Syasya.”

“Kakak yang lebih tinggi!!. Kamu kan naik atas kerusi!.”

”Cuba duduk dulu Sya, nanti jatuh. Puteri kesayangan abi pasti tinggi nanti malah akan sama tinggi dengan abi. Sya harus makan banyak-banyak biar princess abi cepat tinggi ya.”

Mendadak rasa sesak itu datang lagi. Aku meletakkan sudu tiba-tiba.

         ”Fisya dah kenyang. Ummi tak payah cuci pinggan. Nanti biar Fisya yang cuci selepas habis solat. Fisya naik ke atas dulu ya.”

Aku pun naik ke atas. Kuambil wuduk kemudian menenangkan fikiran sejenak dengan solat Insyak.

Setelah solat, kudapati telefonku menyala di atas tempat tidur. Rupanya Rachel yang mengirim mesej melalui aplikasi Whatsapp. Dia mengulangi mesej yang sama tiga kali kerana aku tidak membalasnya.Sisanya mesej dari Johan dan perbualan di dalam group.

Rachel

Cuba kau tengok dalam group whatsapp, topiknya sedang trending!. Best!!.

Nafisya

Aku tak ada mood

Rachel

Ini kan topik trending. Tengah hangat macam goreng pisang panas. Ramai yang tengah membawang dalam tu.

# Encik Alif berstatus bujang

# Encik Alif berumur 29 tahun

Rachel

Tak sangka kan, walaupun umurnya dah agak dewasa tapi dia tetap hensem. Cool. Aku yang hensem ini pun terpaksa mengisyitiharkan ketampanan pensyarah tu tau.

Nafisya

Umur tidak pernah menjamin kedewasaan

Rachel

Dewasa hahahahahaah…..dewasa ni ada banyak maksud tau Sya. Kau tengah ada masalah ke?.

Nafisya

Otak kau yang terlebih dewasa. Hidup ni kadang kala kalau tanpa masalah, mesti membosankan kan?.

Rachel

Ya tapi kalau terlalu banyak masalah stress woiii!

Nafisya

Itu terpulang bagaimana cara kita menjalaninya. Kau mungkin akan stress sebab terpaksa hadapi masalah tu sorang-sorang.

Rachel

Kau kan dah ada seorang lelaki yang datang dari planet Marikh. So datanglah masalah sebesar manapun, kau boleh hadap semua benda tu dengan tenang je kan?. Betul tak?.

Nafisya

No, cause I have Allah

Sementara menunggu balasan Whatsapp dari Rachel, aku membuka jendela lebar-lebar kerana Johan kembali membalingkan batu ke arah tingkap bilikku.

Ketika Johan hendak membuka mulut, aku berkata;

          ”Shuttt…aku ada benda penting nak cakap dengan kau!.”

         ”Yang aku punya lagi penting Sya!.”

          ”Ahhh tak kira!. Walau apapun ini yang lebih penting. Ini berkaitan dengan kehidupan di muka bumi.”

          ”Dasar mangsa filem. Humm yelah, apa?. Cakaplah!!.”

Aku mengawasi pintu bilik dengan penuh hati-hati.

         ”Johan.” Kataku perlahan-lahan sambil memasang tangan di dekat mulut.

        ”Jangan bisik-bisik. Aku tak dengar!!!.” Teriaknya.

Dasar, tidak boleh diajak berkompromi sama sekali!.

         ”Benda ni sangat penting. Tak ada orang yang boleh tahu. Rahsia.” Kataku sedikit keras.

Johan mengangguk dengan serius.

        ”Jadi macam ni, aku nak cakap kalau…..kalau…….aku……”

Dia tampak semakin tertanya-tanya.

        “Kalau aku sebenarnya nak amanahkan pada kau untuk menjaga pokok-pokok kaktus aku yang ada kat depan tu. Aku nak tumpang letak pokok tu kat belakang rumah kau. Boleh?.” Aku tersenyum seramah mungkin agar dia mengizinkan.

Johan melepaskan seliparnya dan mengangkatnya.

           ”Nak?. Nak kena??. Mana? cakap dengan aku!. Muka?. Kepala?. Dasar gila kau ni Sya. Aku tengah serius ni!!.”

          ”Hehehe, ummi cakap bilangan kaktusnya dah terlalu banyak di depan. Jadi aku nak pindahkan ke belakang.”

         ”Boleh…..kos biaya sewa lima ratus per jam ya?.”

Aku mempamerkan wajah datar dan hendak menutup jendela.

         ”Aku berguraulah Sya. Boleh. Bebas kau nak letak kat mana, kalau kau nak buat laman kaktus terus pun boleh.” Pujuknya cepat-cepat.

Aku tersenyum puas.

        ”Hah macam itulah. Okey, nanti aku akan pindahkan kaktus tu hujung minggu ni. Okeylah, assalamualaikum.”

        ”Waalaik- Nafisya!!. Aku belum cakap lagi ni!!!.”

Semua membicarakan tentang umur Encik Alif yang tidak sesuai dengan raut wajahnya. Bukankah bagus kalau wajah masih terlihat 17 tahun pada usia 29?. Saat 17 tahun dulu, wajahnya semuda apa?.

Selepas jam kuliah, aku tidak pulang ke rumah. Aku menunggu jarum jam yang pendek menuju ke angka enam. Setidaknya, aku akan pulang ke rumah setelah Mahgrib untuk menghindari ajakan ummi. Ini adalah kali ketiga aku mendengar suara indah itu selepas solat Mahgrib berjemaah. Kalau saja aku mengenali lelaki itu, akan aku suruh dia membacakan 30 juzuk untuk kurakam.

Aku ditemani Rachel yang malas mahu pulang cepat. Dia bersedia menghantarku pulang. Dia menunggu di luar masjid jadi aku terburu-buru turun dari bangunan itu.

Lima belas minit kemudian, aku sudah sampai di rumah. Ketika aku masuk dan mengucapkan salam, ada ramai orang yang kutemui, keluarga Johan dan keluarga-ah, kenapa abi juga ada di sini?.

         ”Waalaikumussalam.” Jawab mereka bersamaan.

Aku bersalam dengan ummi dan ibunya Johan. Aku tersenyum simpul dan hanya mengangkat tangan pada ayah Johan kerana bukan mahram. Aku ingin menghindar dari orang berikutnya tetapi ummi memperhatikan. Tak selesa juga kalau aku tidak menghiraukan abi begitu saja di depan semua orang. Aku merenung wajah dan bersalaman dengan abi tanpa tersenyum.

Ada dua orang lelaki yang sepertinya pernah kulihat. Belum sempat aku memikirkan siapa mereka, seseorang datang dari arah ruang tamu.

         ”Ini Nafisya?. MasyaAllah. Cantik sangat. Dia macam awak ye bang.” Sapa orang yang juga tidak ingin kutemui, isteri kedua abi.

         ”Fisya mirip ummi lah mak cik. Bukan macam abi.”

        “Nafisya.” Tegur ummi.

         ”Ouh ya, kamu bertiga berkenalan dulu. Nafisya itu anak bongsu jadi kamu berdua kena jaga Fisya baik-baik ya.” Kata Mak Cik Mia.

Aku merasa pernah bertemu mereka tetapi tidak ingat di mana.

         ”Saya Fadil dan ini Fadli.” Kata salah seorang daripada mereka.

Dari nama mereka saja sudah dapat kuagak kalau mereka itu adalah pasangan kembar.

           ”Nafisya.” Aku memandang ummi.

           ”Fisya naik ke atas dulu mi.”

Setelah menukarkan pakaian, aku terpaksa turun lagi untuk makan malam bersama kerana ini perintah ummi. Aku duduk di sebelah Kak Syasya. Di depanku ada ibu Johan dan Mak Cik Mia. Abi bahkan duduk di atas kerusinya lagi padahal biasanya kerusi itu dibiarkan saja kosong. Kami makan dalam keheningan.

Seusai makan bersama, abi berkata di depan semua orang.

         ”Kita terus ke inti perbincangan iaitu mengenai niat Johan yang akan melamar puteri abi, Syasya malam ini.”

Tanganku menggeletar. Sebahagian gejala dari fobiaku mulai bekerja. Aku terlatih untuk tidak menangis semenjak Kak Syasya menampar wajahku kelmarin tetapi hatiku belum sekuat itu untuk menerima kenyataan ini.

Melamar?.

Patutlah Johan mengirimkan banyak mesej padaku. Hal penting yang ingin dia bicarakan malam semalam, Astaghfirullah!. Semuanya pasti tentang hari ini. Seharusnya aku mendengarkan dia setidaknya aku mungkin tak akan sesakit ini.

Diam menjadi pilihan yang paling tepat. Siapa yang akan tahu rasa sakitku kecuali Allah. Aku tidak pernah mengatakan hal ini kepada sesiapa pun. Akhir penantian yang benar-benar menakjubkan.

          ”Saya sendiri terkejut mendengar keinginan Johan yang mahu menikahi Syasya. Terlebih, saya takut kalau dia lalai dari tugasnya sebagai suami kerana baru sahaja tamat kuliah.” Ungkap ayah Johan.

        ”In Shaa Allah abi. Amanah abi yang mahukan Johan menjadi suami yang bertanggungjawab akan selalu Johan ingat.” Kata Johan dengan riak wajah yang serius.

Perbualan abi dan ayah Johan berlangsung dengan sangat lama. Aku mendengarkan mereka dengan fikiran kosong.

         ”Bagaimana Syasya?.” Tanya abi.

Kak Syasya tersenyum dan menjawab;

          ”In Shaa Allah, Syasya bersedia abi.”

Hatiku menangis. Bolehkah aku pergi sekarang?. Kalau tidak, buat telingaku ini tidak mendengar, buat mataku ini tidak melihat agar hatiku tidak sesakit ini Ya Allah.

Semua mengucap syukur. Keluargaku tampak bahagia sekali. Ummi tak henti-henti menggenggam tangan Syasya sambil tersenyum. Johan jangan ditanyalah bagaimana bahagianya dia hari ini. Dia bahkan mengangkat ibu jarinya ke arahku,menandakan bahawa misinya itu telah berjaya.

Aku tersenyum, mentertawakan diri sendiri. Sangat menyedihkan. Penutup yang amat menakjubkan. Aku masih tidak melakukan apapun. Kami berpindah ke ruang tamu kecuali para ibu yang masih sibuk berada di dapur.

Ummi menugaskan aku untuk menemani Kak Syasya dalam pembicaraan ini. Hal tersebut membuat goresan luka tercipta semakin dalam. Abi dan ayah Johan sedang membincangkan tarikh pernikahan yang baik. Kak Syasya sudah menamatkan pengajiannya tahun lepas sementara Johan pula akan menamatkan pengajiannya pada akhir semester ini.

Kak Syasya turut serta dalam pecutan. Dia mengambil semester pendek kerana otaknya genius. Itulah kenapa Johan lulus tahun ini dan Kak Syasya lulus tahun lepas.

Tubuhku longlai, lemas sejak tadi. Aku tidak tahu apa yang aku lakukan dan aku fikirkan, semua terasa kosong. Aku tidak menghiraukan Johan yang cuba mengajak bicara.

Azan Insyak terdengar. Semua lelaki diiringi abi pergi solat berjemaah di masjid terdekat. Aku pun turut meminta izin untuk solat.

Tepat di akhir salam, Kak Syasya masuk ke dalam bilik. Dia membawa selembar VC yang entah dari mana.

        “Ini apa?. Siapa yang suruh kau pergi cari kerja?.”

Aku diam. Sebesar apapun usahaku menyembunyikannya, pada akhirnya ia akan terbongkar jua. Ya, aku memang merancang untuk mencari kerja sambilan. Itulah kenapa aku selalu pulang larut malam.

         ”Sebegitu bencinya kau pada abi sampaikan kau tak nak pakai wang dari abi?!.”

         ”Abi itu orang luar. Sampai bila Fisya nak kena terus bergantung harap pada orang luar?.”

        ”Sya!!. Kau!!.”

        ”Ini hari bahagia akak kan?. Fisya tak nak bergaduh dengan akak hari ni.”

Kak Syasya mematung.

Aku meninggalkannya sendirian. Berdebar, hanya akan membuatku semakin sesak. Secara tidak langsung, mereka akan menyakitiku secara bergantian.

Pukul sembilan malam, semua kembali berkumpul. Para lelaki membincangkan tarikh pernikahan. Para perempuan pula membicarakan tentang majlis resepsi dan konsep pernikahan. Syarat nikah itu mudah. Mereka saja yang membuatkannya menjadi rumit. Mungkin ini istimewa kerana Kak Syasya adalah anak sulung dan Johan adalah anak tunggal mereka. Mereka ingin membuat sesuatu yang berbeza untuk pernikahan ini.

Aku hanya mengikuti alur pembicaraan itu. Jika mereka tertawa, aku ikut tertawa. Jika mereka saling mengajukan pendapat, aku hanya diam mendengarkan. Ibunya Johan bertanya tentang warna baju pengantin kepadaku. Kukatakan bahawa semua warna sesuai kerana kulit Kak Syasya putih.

Johan terus akrab dengan Fadli dan Fadil, anak bongsu Mak Cik Mia. Aku masih belum ingat di mana melihat mereka.

Mak Cik Mia membahas tentang isu katering mana yang sesuai kerana ramai tetamu yang bakal diundang dari abi dan ayah Johan. Abi seorang ahli perniagaan sekarang. Dulunya dia seorang doktor tetapi sudah bersara. Ayahnya Johan pula adalah seorang pengusaha dalam bidang travel and tour. Undangan lainnya adalah dari kawan-kawan rapat Kak Syasya di hospital, rakan kuliah Johan dan saudara mara Mak Cik Mia. Mungkin ada lebih dari seribu kad undangan akan diedarkan.

Aku mencari ummi yang sedang mengambil makanan ringan di dapur.

        “Kenapa ummi ambil makanan ringan lagi?. Di depan tu kan dah banyak.”

        ”Tadi Mak Cik Mia cakap kalau anak pertama dia bersama suaminya dulu juga akan datang ke sini. Nah bawa ni.” Ummi menghulurkan dulang dengan gelas berisi minuman bergas kepadaku.

        ”Hantarkan ke depan, biar ummi yang ambilkan keknya.”

Kenapa juga perempuan itu perlu menyusahkan ummiku?.

        ”Tak elok mengumpat orang lain. Membenci seseorang bukan bererti kita harus membenci orang-orang di sekitarnya kan?.”

Aku tersenyum. Ummi seolah-olah dapat membaca fikiranku. Akhirnya aku kembali berjalan menuju ke ruang depan. Sampai pada belok pembatasan ruang tamu dan ruang tengah, aku pantas menarik diri. Mataku hampir tertonjol keluar.

Bagaimana mungkin?. Bagaimana mungkin pensyarah Kimia itu boleh berada di rumahku sekarang?. Sekarang??!!!.

Beberapa kali aku mengerdipkan mata sambil mengucap istigfar. Takutnya ini hanya halusinasi. Mana mungkin Encik Alif boleh berada di sini?. Kalau ya, ini benar-benar bahaya besar. Aku mengintip lagi. Dia memang sedang duduk di depan abi. Aku yakin kelibat yang jatuh di retina mataku ini adalah dia!.

Seorang perempuan masuk ke ruang tengah, mendapatiku berdiri kaku memegang dulang. Mungkin itu perempuan yang dimaksudkan oleh ummi, anak sulung Mak Cik Mia. Dia sempat ingin menyapaku namun aku terburu-buru menuju ke ruang depan. Dia disusuli oleh seorang lelaki yang aku kira adalah suaminya.

Lelaki itu mengamatiku lalu bertanya;

        ”Awak Nafisya?.” Dia sudah berlari menyusul sang isteri sebelum sempat kujawab.

Lebih baik aku tidak ke depan. Aku tidak mahu bertemu dengan pensyarah garang itu apatah lagi kalau dia akhirnya tahu bahawa ini adalah rumahku. Darurat!. Siap sedia namanya!. Aku hendar memutar arah sehingga tiba-tiba seseorang datang melanggarku.

PRANG!!!

Satu gelas lolos dari dulang ini. Aku ternganga kerana airnya tumpah membasahi baju Encik Alif.

Semua orang datang menghampiri kami kerana terkejut.

        ”Maaf…maaaf….maaf encik.”

Kenapa aku selalu cuai sebegini dan berakhir dengan meminta maaf kepada lelaki itu?. Tidak di rumah, tidak di kampus.

Kak Syasya terburu-buru mencari kain. Mak Cik Mia mengambil alih dulang itu agar aku tidak turut basah. Fadil dan Fadli pula memunggut serpihan kaca.

Ummi datang dari arah dapur.

        ”Astaghfirullah!. Nafisya!!” Katanya.

        ”Kecuaian kamu tu nampaknya dah jadi seperti kebiasaan kan?.”

Aku hanya mampu terdiam.

         ”Ini……” ummi sempat hairan dengan keberadaan lelaki yang tidak dikenalinya itu.

         ”Ini Alif, kawan saya ummi.” Ujar seorang lelaki dari arah dapur.

         ”Astaghfirullah, bajunya basah. Gantikan saja baju tu, nanti masuk angin.” Ucap ummi.

        ”Tapi di rumah kita mana ada baju lelaki.” Celah Kak Syasya.

Pakaikan saja dia baju perempuan ( kata batinku).

        ”Biar Johan ambil di rumah. Rasanya ada baju yang muat.”

Mereka sibuk mengurus lelaki itu. Aku menyumpah diri sendiri. Entah mengapa aku merasa sedih tanpa alasan. Aku memutuskan keluar dan duduk di balkoni setelah selesai membantu membereskan pecahan gelas.

Johan mendapati diriku yang sedang duduk termenung sendirian.

         ”Tak payah fikir sangatlah!. Dia tu pensyarah kau kan?. Kalau di rumah, dia takkan berani kenakan penalti pada kau. Jangan risaulah.” Johan tersenyum dengan beberapa helai baju ada di tangannya.

         ”Jom masuk, sejuk kat luar ni.” Dia meninggalkan aku.

Aku duduk cukup lama memandang langit yang begitu indah, limpahan sinar-Nya. Sejenak aku mengelamun lagi. Apakah aku boleh melupakan Johan dan jatuh cinta suatu saat nanti?. Aku merenung tanganku yang masih menggeletar.

        ”Awak Nafisya kan?.”

Aku mendongak dan segera menyembunyikan tangan. Itu adalah Kak Nayla. Kata ummi, dia sedang hamil muda. Aku mengangguk tanpa bersuara.

         ”Kenapa duduk di luar?. Sejuk, nanti masuk angin tau.”

Aku tersenyum nipis.

        “Kenapa akak keluar juga?. Kasihan nanti kalau akak dengan baby dalam perut tu masuk angin.”

Kenapa aku tidak boleh menerima kehadiran keluarga kedua abi?. Kak Nayla begitu baik, Fadli dan Fadil juga baik. Mereka telah menganggap aku ini sebagai adik bongsu yang patut dilindungi. Apatah lagi Mak Cik Mia, dia sampai sanggup membuatkan makanan kesukaan aku untuk dibawa ke sini. Entahlah aku hanya merasa mereka telah mencuri kehadiran seorang ayah.

Hanya itu.

Kak Nayla duduk di sebelahku.

        ”Lah kenapa ni Sya?. Kenapa tangan tu menggeletar?. Berpeluh-peluh lagi.” Dia menyentuh tanganku dengan lembut.

         ”Astaghfirullah, sejuknya. Sya tak apa-apa kan?.”

Aku melihat tangan sendiri yang entah sejak bila menjadi semakin parah.

        ”Ouhh tak ada apalah kak. Memang dah selalu macam ni. Dah terbiasa. Kalau Sya lagi banyak fikir-biasanya dia akan jadi macam inilah.”

Ingin aku sembunyikan tanganku cepat-cepat kerana wajah Kak Nayla berubah menjadi bimbang. Sebenarnya ini hanya fobia berlebihan jika aku merasa tidak tenang.

         ”Tunggu di sini…..akak tahu sesuatu.” Dia masuk memanggil seseorang. Beberapa minit kemudian, Kak Nayla kembali.

Tadaaaaa!!!.

Dia memanggil pensyarahku. Lelaki itu sudah menukar pakaiannya dengan kemeja putih.

        ”Dr. Alif, tolong check. Saya risaukan Nafisya.” Pinta Kak Nayla.

Kenapa dia tidak memanggil suaminya saja?. Kenapa malah memanggil pensyarahku?.

       “Cuba lihat tangan kamu.” Pinta Alif.

Dia membongkok untuk menyamakan ketinggian denganku yang sedang duduk. Sementara itu, Kak Nayla hanya berdiri memperhatikan. Aku menunjukkan kedua-dua tangan dengan sepuluh jari terentang. Dia hanya mengamatinya.

         ”Cuba balik.”

Aku mengikuti arahannya.

        ”Kamu ada sejarah penyakit jantung atau hipotermia?.”

Aku menggeleng cepat.

        ”Bererti kamu fobia.”

Sebenarnya apa pekerjaannya?. Doktor?. Pensyarah? atau Ahli Nujum?.

Aku mengangguk lagi.

       ”Ouhh kalau fobia memang akan selalu macam tu ke?.” Tanya Kak Nayla kepada Encik Alif.

Aku memilih diam.

         ”Ketakutan, rasa cemas atau gugup biasanya merangsang sistem saraf menjadi hiperaktif Nay. Itu disebut sebagai plantar hyperhidrosis.” Dia berdiri.

         ”Itulah sebabnya kenapa tangan dia berpeluh.”

Aku mengecilkan mata saat mendengar itu.

         ”Sebenarnya awak fobia apa Sya?.” Tanya Kak Nayla.

         “Fobia patah hati mungkin……lebih sering menyerang anak remaja.” Jawab Encik Alif.

Kak Nayla tertawa kecil. Mungkin dia menganggap hal itu sekadar gurauan semata-mata padahal apa yang dikatakan oleh Encik Alif tadi adalah benar. Tunggu!. Dia benar!. Dia tahu dari mana kalau aku sedang patah hati?. Jangan-jangan dia membaca memo di dalam telefonku. Astaghfirullah!!.

         “Dahlah, tunggu ya. Akak bawakan kain biar tangan Sya tidak terlalu dingin.”

Encik Alif berkata;

          “Kamu sukakan dia kan?.” Dia melirik ke arah dalam.

          ”Johan.”

Rasanya ingin aku layangkan pasu bunga yang ada di sebelahku ini ke arahnya. Bagaimana kalau ada yang mendengar?. Aku mengecilkan mata menyelidik.

          ”Ada dua orang yang saling mencintai tetapi Allah tidak menyatukan mereka.”

Mataku membulat.

        ”Ada dua orang yang tidak sa-.”

        ”Shuttttt!!!.” Potongku panik.

Aku menyedari bahawa dia membaca draft mesej yang akan aku kirimkan pada Johan, bukan memo. Tetap saja itu ertinya dia tahu perasaanku terhadap Johan.

Dia tertawa melihatku.

         ”Masuklah, hanya pengecut je yang lari dari masalah.”

Hari ini aku ada kuliah tetapi entah bagaimana aku terperangkap lagi. Aku harus mencari Falkulti Seatopalogi yang nama falkultinya baru kali ini kudengar.

Di pintu gerbang universiti, ada seorang ibu yang membawa assignment anaknya yang tertinggal. Anaknya bernama Jaafar dari Falkuti Seatopalogi. Kerana tidak sampai hati, aku akhirnya menawarkan diri untuk menghantarkan assignment itu. Jaafar ada pembentangan hari ini.

Tak aneh mahasiswa takut pada pensyarah tetapi tidak wajar jika mahasiswa terdidik untuk menyuruh ibunya datang ke kampus sendirian apatah lagi berjalan kaki.

          ”Jaafar ya?.” Tanyaku pada lelaki yang berdiri gusar di tempat letak kereta.

Ternyata falkuti itu bersebelahan dengan Falkulti Biofarmaseutikal. Kedua-dua bangunan falkuti itu terletak di bahagian barat, jauh berseberangan dengan Falkulti Farmasi yang terletak di bahagian timur.

         ”Ya, terima kasih awak. Hummm ehh ibu saya ada di mana?.”

         ”Ibu awak tadi saya dah suruh pulang ke rumah. Jadi ini, saya yang tolong hantarkan.”

Jaafar berulang kali mengucapkan terima kasih kepadaku kemudian masuk terburu-buru ke dalam.

Aku sudah sangat terlambat kerana lima belas minit lagi jam kuliah akan berakhir. Kakiku lincah berlari. Aku berdiri di depan pintu kelas sambil mengatur nafas. Setelah membetulkan pakaian, aku hendak mengetuk pintu ruangan. Tiba-tiba pintunya terbuka. Kelibat Encik Alif keluar dengan memegang sebatang pen berwarna merah.

Dia menemukan aku yang sedang mematung tetapi tidak mengatakan apa-apapun. Dia hanya lalu begitu saja. Firasatku tidak sedap kerana dia tidak mengatakan sebarang penalti. Beberapa mahasiswa yang lain turut keluar.

        ”Gila!!. Kau lambat 120 minit Sya!!. Rekod terbaru!!.” Kata Rachel yang sedikit berlari ke arahku.

          ”Tak pelik kan?.” Kataku lemas. Setidaknya aku terlambat kerana membantu orang lain.

Rachel mengeluarkan sesuatu dari dalam tas dan menyerahkannya kepadaku.

         ”Ini assignment kau. Katanya isi assignment ni terlalu umum dan tidak sistematik. Hampir sama dengan yang lain.”

Betapa mendidihnya darahku melihat contengan-contengan dakwat merah pada setiap lembaran.

Melihat reaksiku, Rachel berkata;

       ”Kau santai je….nilai aku pun rendah jugak dan hampir semua orang terpaksa mengulanginya lagi kecuali si genius Alfa, mahasiswa kesayangan pensyarah kita tu. Esok semuanya akan dikumpulkan. Kau pun sama jugak kerana tadi ada ujian. Pukul tujuh katanya wajib ada di sini.

Dugaanku salah besar. Dia memberikan aku penalti yang sangat banyak melalui Rachel.

        ”Aku pernah menerima tugasan yang diulang tapi Encik Kevin tidak pernah menconteng guna pen merah. Dia memang tak pernah nak hargai assignment yang dah susah payah aku siapkan. Main conteng sesuka hati je!!. Astaghfirullah…….dasar pensyarah gila!!.”

Encik Alif benar-benar menyeksaku dengan tugasan yang bertimbun-timbun. Terlalu umum. Itu maknanya aku harus mencari sumber rujukan yang lain.

Aku baru boleh pulang ke rumah sekitar pukul lima setelah waktu kuliah tamat kemudian bertapa di perpustakaan dengan timbunan buku berbahasa Inggeris. Belum menterjemahkan, belum menulis, belum nanti dicetak dan semuanya harus disiapkan dalam waktu satu malam.

Dia belum ada. Pensyarah lain memberitahu bahawa dia akan datang sekitar pukul sebelas. Kalau begitu, kenapa menyuruh aku datang sebelum pukul tujuh?. Aku hanya sempat melelapkan mata satu jam dan pagi-pagi lagi aku dah pergi mencari kedai fotostat.

Okey, aku putuskan untuk menunggu.

Pukul sebelas tepat, aku kembali ke ruangan pensyarah. Dia tetap belum datang juga. Darahku benar-benar mendidih.

Ini sudah pukul 11.15. Aku biasanya meletakkan assignment di atas mejanya lalu pulang tapi bagaimana dengan ujian susulan?.

         “Kalau penting, lebih baik kamu telefon saja Sya.” Saran Encik Razak.

         ”Kenapa?. Kamu tak ada nombor telefonnya?.”

Saat Encik Razak hendak mengeluarkan telefon, aku mencegah;

         ”Nanti dululah Encik Razak. Tak apa, saya boleh tunggu. Mungkin sebentar lagi dia sampailah.” Aku meminta izin untuk keluar.

Aku tidak mempunyai sebarang niat untuk menyimpan nombor telefon Encik Alif. Hanya ada beberapa orang pensyarah saja yang nombor telefon mereka aku simpan.

Sudah hampir ¼ jam aku berdiri. Aku merenung tempat letak kereta dari koridor bangunan tingkat dua, berharap kelibat itu akan muncul dengan lebih cepat. Namun sehelai rambutnya saja tak pernah kunjung tiba. Azan Zohor berkumandang menandakan aku telah membazirkan separuh hariku hanya untuk menunggu pensyarah itu.

Kerana sudah tidak mahu membuang waktu lagi, aku kembali ke ruangan pensyarah, meminta nombor telefon Encik Alif dari Encik Razak.

           ”Hello…..assalamualaikum.”

Yang menjawabnya adalah suara perempuan, lembut sekali. Mungkin kekasihnya. Aku jadi segan untuk berbicara. Ketika kutanyakan keberadaan Encik Alif, perempuan itu berkata;

          ”Beliau masih ada di dalam bilik bedd-.”

          ”Hello.” Terdengar suara lelaki.

          ”Encik, saya Nafisya pelajar jurusan Farmasi. Saya nak hantarkan tugasan tetapi encik tak ada di kampus.” Kataku.

          ”Saya dah cakap kan, kumpulkan. Bukan serahkan kepada saya. Meja saya masih ada di ruangan pejabat pensyarah kan?.” Ucapnya ringan.

Ya, aku tahu mejanya masih ada di ruangan itu. Tidak mungkin akan berpindah ke tempat lain. Perlu perbanyak istigfar ketika menghadapi pensyarah seperti Encik Alif.

Aku mengambil nafas dalam-dalam untuk mempersiapkan mental.

          ”Jadi mana yang lebih baik encik?. Saya dah ada di kampus dan saya juga harus mengikuti ujian susulan yang semalam.” Kataku lembut kerana memang harus bersikap sopan terhadap orang tua.

          ”Letakkan saja assignment tu atas meja saya. Saya tak boleh ke kampus hari ini. Lain kali kamu hubungi saya ketika saya mempunyai waktu lapang.”

Dia ini makhluk jenis apa?. Manalah aku tahu bila agaknya dia ada masa lapang!.

        “Ya, baiklah. Maaf kerana telah mengganggu waktu Encik Alif. Terima kasih…..assalamualaikum.” Kututup panggilannya sebelum bara emosiku kian memuncak. Adakah dia manusia yang memiliki split personality?. Terkadang dia baik, terkadang tidak tapi lebih banyak yang tidak!.

Pelarian Melangit

Tanpa menyibukkan diri, aku sudah sibuk dengan ujian akhir semester. Baru ujian teori yang kujalani, masih ada ujian praktikal yang menanti. Soal ujian teori itu mudah, hanya terdiri dari beberapa soalan tetapi jawapannya boleh sampai tiga buku tebal bergaris.

            “Hoi….nilai Kimia dah dipublish di dalam web.” Kata salah seorang yang berlari dari arah luar.

Pantas kami membuka telefon masing-masing. Aku mencari namaku dan nilaiku tidak tertera. Kolom tersebut malah kosong. Kenapa nilai aku tak ada?. Kenapa dengan pensyarah sewel itu?.

Aku menggembungkan pipi.

Rachel menoleh dengan tatapan bingung.

        ”Waaa rekod baru!!!. Kau dapat berapa?.”

Aku menggeleng, malas menjawab soalan itu.

         ”Nilai kau…..?.” Tanya Rachel curiga.

         “Tak ada.”

         “Apa?!!.” Teriak Rachel membuatkan seisi kelas memandang ke arah kami.

         “Kau nak buat lawak kan?. Takkanlah kau tak ada penilaian langsung!!.”

Rachel saja tidak percaya apatah lagi aku.

         ”Encik Alif lupa kot….maklumlah dia kan dah tua.” Kataku.

        ”Hishhh tak baik kau cakap macam tu. Walau macam manapun dia tetap pensyarah kita. Tua-tua dia pun, ketampanan dia tu boleh mengalahkan beribu lelaki kat dalam kampus kita ni tau! Hah bila kau dah jatuh cinta dengan dia nanti, barulah kau tahu betapa hebatnya penangan seorang Alif Shahrizal.”

Aku tidak mahu memanjangkan perbualan kami berdua mengenai nilai markah. Mungkin penilaian aku memang kosong kerana setelah makan malam ketika lamaran Kak Syasya, hidupku kini menjadi sedikit lemah.

Pernikahan Kak Syasya dilakukan tepat setelah Johan menamatkan pengajiannya. Itu bermakna seminggu lagi setelah aku selesai semester akhir. Mereka mula mempersiapkan semuanya dari sekarang. Mulai dari baju pengantin, sewa dewan dan tentunya kad undangan.

Aku menghindar baik dari ummi mahupun Kak Syasya dengan berpura-pura sibuk di kuliah. Aku juga jarang mengikuti acara organisasi sehingga jarang bertemu dengan Dinda dan Rara. Aku sering berangkat pagi dan pulang tepat sebelum Mahgrib. Waktu selepas kuliah lebih banyak aku habiskan untuk melanjutkan hafalan Al-Quran.

Hari ini aku ada temu janji dengan anak-anak remaja dari persatuan masjid. Ada sedikit perkara yang perlu diubah dalam mesyuarat itu. Aku mahu hadir kerana Johan tidak datang. Dia hendak mencari tempat cetakan untuk menyiapkan design kad undangan perkahwinan.

        “Dahlah, tak payah nak fikirkan sangat Sasa. Rara pun selalu je kena macam tu dengan pensyarah di akhir semester.” Pujuk Rara ketika mukaku ditekuk setelah menceritakan nilai Kimia yang kosong.

        ”Tapi tak patutlah kalau dibiarkan kosong macam tu je sedangkan di Falkulti Matematik meskipun nilainya rendah tetap juga dipamerkan.” Kata Dinda.

         ”Huhh Matematik susah kan, lebih baik Sastera.” Kata Rara.

        ”Kau hanya perlu pergi ke pejabat pensyarah. Minta maaf sekaligus minta tugasan Sya. Tak guna kalau kau nak bergaduh dengan pensyarah tu. Kau tak payah nak sedih-sedih sangatlah lagipun kita kan kuliah di kampus negeri, nilai rendah pun masih ada peluang lagi untuk dapatkan kerja.” Komen Aris.

        ”Masalahnya sekarang Fisya itu kan pelajar yang dapat biasiswa. Kalau asyik dapat nilai rendah mesti biasiswanya akan dihentikan.” Tambah Fuad.

        ”Tapi kalau minta perbaikan, kenapa perlu mengikuti ujian susulan?. Sedangkan Allah sendiri tidak pernah menguji seseorang hambaNya di luar kemampuannya.”

Mereka sedang membicarakan nasibku. Masalah nilai Kimia yang kosong benar-benar menjengkelkan.

          ”Prinsip pensyarah berbeza. Pensyarah itu akan selalu memberikan tugasan di luar batas kemampuan pelajar.” Sahut Aris.

Pada tiga pertemuan pertama, kesanku memang cukup buruk tetapi aku tidak pernah terlambat lagi setelahnya.

         ”Jangan terlalu membenci sesuatu Sya. Nanti berjodoh kau dengan pensyarah hensem tu.” Kata Dinda.

           ”Jodoh?. Dengan pensyarah Kimia yang garang tu?. Huhhh tolonglah!!!.” Komen Aris.

Aku tertawa melihat reaksi Aris.

         ”Hahahahaha betul tu. Kesian siapa yang jadi isteri dia, setiap hari naik darah.”

          ”Huhh jangan terkena pada diri sendiri sudahlah Sya, baru kau tahu rasa nanti.” Ujar Fuad.

           ”Ketika kamu merasa jatuh maka bangkitlah. Ketika kamu merasa bangkit maka bersujudlah. Turn to Allah before you return to Allah…..itu rumusan jitu untuk menjalani hidup.”

             “Wuuuuuuuuuuhhh.”

Rara, Dinda, Zahra dan aku bertepuk tangan.

           “I’m proud of you Ad.” Puji Aris.

           “Terima kasih…..terima kasih.” Fuad bergaya ala selebriti.

 Kami pun tertawa bersama.

            ”Dah, sekarang ni tak payah bahas pasal pensyarah lagi. Alang-alang, apa tujuan kita berkumpul di sini?.”

Aris bertutur;

        ”Semua diundang, yang hadir cuma kita je. Jadi macam inilah, apa kata kalau kita letak nama baru bagi organisasi ni. Aku dah ada namanya. Apa kata kalau kita letakkan nama Kurma. Macam mana?. Korang setuju tak?.”

Dinda mengerutkan keningnya.

       ”Kurma?. Kenapa kurma?.”

       ”Kumpulan Remaja Masjid…..kan bila disingkatkan menjadi Kurma. Bagus tak?.”

       ”Boleh juga tu tapi bukan semuanya pelajar kat sini terdiri dari remaja.” Jawab Fuad sambil mengeluarkan sesuatu dari tas.

        ”Setuju.” Ujarku.

        ”Kalau kumpulan orang tua masjid kan tak sedap didengar pulak. Rara ikut je.”

        ”Aku pun.” Ucap Zahra.

        ”Kerana kebanyakan di antara kita adalah orang-orang yang aneh, nama organisasi juga harus aneh kan?. Setelah nama projek amal kita yang dulu bunyinya macam bahasa Latin, apa salahnya kalau sekarang kita beralih pula kepada Kurma. Hah kan lagi bagus kalau korang semua tambahkan estrak di depannya?.”

         ”Idea bagus!!!.” Aku memuncungkan bibirku ke arah Dinda.

          ”Ah, kau ni tak boleh nak serius langsung lah Sya.”

Aku ketawa terkekeh-kekeh.

          ”Aku ikut je. Namanya baguslah. Rara suka. Zahra, kau pulak macam mana?.”

         “Ehh kenapa pulak aku?. Kalau korang semua setuju, aku pun setujulah.” Balas Zahra santai. Dia yang paling diam di antara kami.

         ”Yelah….aku setuju.” Dinda mengambil keputusan berdasarkan pungutan suara majoriti.

          ”Okey…deal!!!.” Aris mengeluarkan beberapa helai kertas dari begnya.

          ”Ini untuk kau Sya. Ehhh kau nak buat apa dengan data keanggotaan?.”

Aku meminta Aris untuk membawa salinan fotostat kertas-kertas itu.

             ”Aku perlukan benda ni untuk buat pendaftaran.”

              ”Daftar apa?.” Tanya Fuad.

              ”Kuliah ke luar negara.”

Anggota Kurma menatapku sambil berteriak;

               ”Hah?!!.”

               ”Luar negara?. Seriuslah Sya?!!. Habis kuliah kau kat sini macam mana?.” Tanya Zahra terkejut.

             ”Bukan ke kau paling tak suka bahasa Inggeris ke?. Habis tu nak buat apa dengan data keanggotaan ni?.”

             ”Memanglah aku tak suka tapi Rasullullah S.A.W. sendiri berpesan ; Carilah Ilmu Sehingga Ke Negeri China. Sedikit kemajuan buat seorang Nafisya yang akan mula mencintai bahasa Inggeris. Kriterianya harus aktif sekurang-kurangnya dalam tiga jenis kelab atau organisasi universiti. Taekwando dah, ini dah, itu dah…..hummm alah tak apa, nanti aku boleh bincang dengan Encik Razak.” Jelasku.

           ”Biasiswa ada disediakan untuk semua jenis falkulti, tak kira jurusan apapun.”

          “Kenapa tiba-tiba je ni Sya?.” Tanya Dinda.

Ingin sekali aku menjawab;

             ”Kerana Johan juga akan berkahwin dengan kakak aku secara tiba-tiba.” Namun aku kurungkan saja kerana mereka belum tahu tentang itu.

             ”Okey, bestfriend till jannah, doakan aku agar lulus dalam pemilihan. Aminnn.”

             ”Amin…” Jawab mereka serentak.

Kerana aku seorang pengecut maka aku akan lari dari rasa sakitku.

          ”Nah, bahagian kedua dalam mesyuarat kita pada hari ini adalah mengenai event yang selanjutnya akan diadakan pada bulan Ramadhan tapi kalau tak salah, kita sepatutnya dah kena mulakan mencari dana dari sekarang.” Tutur Aris.

            ”Ulang tahun universiti kan bakal diadakan sama dengan majlis konvokesyen, itu peluang besar buat kita mengumpulkan dana. Ramai pensyarah dan orang-orang kenamaan yang akan datang.” Cadang Fuad.

 Saat ini kami sedang bermesyuarat di pinggir warung yang berdekatan dengan kampus sambil menunggu mee rebus yang telah dipesan. Ia tertulis;

          ”Mee Rebus Pak Mat.”

             ”Tepat sekali kerana acara yang diterima hanyalah acara pentas seni jadi kita akan memperkenalkan persembahan nasyid. Tentunya yang bakal menyanyikan lagu itu tidak lain tidak bukan adalah……Fisya.”

            ”Apa???.”

Ya Allah, sejak bila pulak Aris pandai-pandai mengambil keputusan seperti itu?. Sejak bila pulak aku pandai menyanyi?. Haruskah aku bertindak bodoh setiap akhir tahun?. Saat perpisahan di sekolah menengah, aku menjadi Ratu Kebaya sebagai simbolik membudayakan warisan bangsa Melayu sekaligus sebagai penghargaan untuk pengetua sekolah yang bakal bersara tidak lama lagi. Saat perpisahan itu, aku juga diharuskan untuk berpidato dalam bahasa Inggeris dan ini?. Aku disuruh menyanyi?. Itu namanya cari nahas!.

          ”Tak setuju!!!.” Bantahku secepat yang boleh.

          ”Setuju!!!.” Kata Dinda penuh semangat.

          ”Rara ikut je.”

Hishhh minah ni!!!. Kau terlalu baik Rara tapi sungguh ini bukan waktu yang tepat untuk menyokong aku.

Aku seperti merasa senjata makan tuan. Tadi aku memujuk Dinda agar menerima keputusan Aris dan sekarang aku pula yang terjebak.

           ”Keputusan akhir ada pada Fuad.” Aris memandang Fuad yang belum memberikan suara.

          ”Bagaimana?.”

         ”Ya, aku setuju.”

Aku semakin kecewa.

        ”Mana boleh macam tu!!. Johan kan tak ada. Harusnya keputusan ada di tangan Johan!!.” Protesku. Aku akan meminta Johan agar menolaknya kerana jelas dia akan mendengarkan aku.

          ”Johan setuju.” Ungkap Aris.

         ”Ampunkan hambaMu ini Ya Rahman. Jangan buat aku semakin kecewa!!. Aku sudah terlalu banyak kecewa disebabkan perbuatan pensyarah Kimia….” Aku menjatuhkan kepala di atas meja. Andai ada mangkuk mee rebus di sana, pasti kepalaku sudah berlumuran sup hangat.

           ”Lagipun kau kan sendiri yang cakap pada Rara yang walau apapun keputusan ketua, kau pasti akan setuju.” Aris meneguk air kelapa tanpa rasa bersalah.

Benar, berhati-hatilah dengan ucapan. Perkataanku dua minggu lalu saja masih diingati oleh Aris apatah lagi malaikat yang mencatatnya. Di samping itu, perkataan juga adalah suatu doa kan?. Sekarang ia benar-benar menjadi kenyataan.

          ”Rara dah agak dah Sasa mesti terpilih disebabkan itulah Rara telah pergi berjumpa dengan Johan terlebih dahulu, bertanya padanya dan dia setuju. Tenang jelah, suara Sasa kan merdu.” Ujar Rara.

        ”Terima kasih Rara, kau memang berjasa dalam hal sebegitu.”

        ”Kerana semuanya dah bersetuju, apa kata kalau sekarang ni kita pilih lagu nasyidnya.”

Haruskah aku berpantun atau membuat stand up comedy nanti?.

        “Sudahlah!!! Bubar!!!. Bubar…..mesyuaratnya dah selesai!!. Aku tak sanggup. Rara, berhenti memprovokasi semua orang!!.”

Rara tertawa.

          “Yelah, kita berhenti kerana Rara dah lapar….itu…mee rebus pun dah sampai.”

Seorang pelajar sekolah menengah datang membawa dulang yang berisi mee rebus. Dia terlalu muda untuk menjadi pekerja di kedai mee rebus ini. Pelayan yang bernama Zaki itu adalah anak kedua pemilik kedai ini. Dia akan menamatkan pengajiannya di peringkat STPM tidak lama lagi.

          ”Silakan makan mee rebusnya kak, abang.” Ujar Zaki.

          ”Hai Kak Fisya, kenapa hari ni muka Kak Fisya masam je?.”

Zaki memang mengenaliku. Dia pernah bertanya tentang mata pelajaran Matematik kepadaku.

             ”Kerana telah dianiayai oleh kawan-kawan akak ni Ki.” Aku menatap ke arah mereka.

Dinda tertawa.

             ”Berdoalah agar pensyarah Kimia kau yang hensem tu takkan marah-marahkan kau lagi lepas ni. Doa orang teraniaya itu dimakbulkan oleh Allah tau.”

Seseorang bersuara dengan iringan bunyi derapan langkah kaki berjalan, agak terburu-buru.

            ”Woi, Sya!!.”

Jika Rara menyebutku Sasa dan Johan menggelarku Frozen kecil, Rachel pula lebih gemar memanggilku dengan panggilan woi.

            ”Mantappp!!!. Lepak-lepak tak ajak aku. Puas aku cari kau ke masjid, kantin ehh alih-alih kau pulak ada kat sini.” Dia melihatku memegang mangkuk mee rebus.

          ”Duduklah. Oh ya, aku nak kenalkan kau dengan kawan-kawan aku.”

Fuad menghulurkan tangan yang kemudian disambut oleh Rachel. Aku memandang mereka terkejut.

          “Fuad.”

         “Rachel.”

Fuad tersentak menarik tangan.

         “Astaghfirullah!!.” Dia segera mengusap kening dengan matanya yang membulat. Tangan kasarnya sudah ternodai.

Rachel pun berkenalan dengan kawan-kawanku yang lain.

           ”Zaki, mee rebus satu. Macam biasa ya.”

          “Beres Kak Nath.”

Aku merenung reaksi Rachel yang mengambil tempat duduk di sebelahku.

          ”Ehhh kenapa Kak Nath?. Kau kenal ke dengan Zaki?.”

          ”Annatha, di mana salahnya kalau aku dipanggil sebagai Kak Nath?. Aku selalu je main futsal dengan Zaki dan kawan-kawannya, kelmarin kami baru habis tournament.”

Sepertinya kelainan pada Rachel semakin parah.

         “Sedang adakan mesyuarat organisasi ke?. Humm kalau macam tu, aku pindah meja.”

Aku menarik hujung baju T sehingga menyebabkan Rachel kembali terduduk. Dia mengenakan seluar jeans dan baju T berwarna hitam. Rambutnya terpacak di atas daun telinga. Patutlah tadi Fuad sempat tertipu dengan penampilan Rachel.

        ”Duduk jelah lagipun manalah tahu kalau lepas ni kau dapat hidayah untuk jadi perempuan yang sejati.” Kataku.

Semua tertawa mendengar ucapanku.

         ”Tolonglah Sya….aku sekarang ni memang dah jadi perempuan yang sejati kot.”

Zaki kembali menghantarkan semangkuk mee rebus.

           ”Terima kasih Zak.”

           ”Kau suka futsal ke?.” Tanya Aris seolah-olah Rachel itu benar-benar lelaki.

           ”Dia tu suka futsal, suka taekwando. Yang paling dia tak suka adalah lelaki dan dia paling takut dengan sos tomato.” Jelasku.

          “Aku normal. Aku normal Sya. Tengoklah nanti, esok aku bawak pakwe aku datang sini.”

Mereka tertawa lagi mendengar pertengkaran kami.

Aku tahu Rachel itu normal. Cara pakaiannya saja yang bermasalah. Aku tidak tahu apa yang telah membuatkan sahabatku seperti ini. Dia seolah-olah tidak memiliki persoalan sepanjang hidupnya.

          ”Pakai macam jantan tapi dengan sos tomato pun takut!!.” Usik Fuad di celah-celahan ketawa.

            ”Sos tomato tu kan macam darah. Aku pun nampaknya macam dah salah masuk jurusan. Korang tahu tikus?. Hah, cuba korang bayangkan darah tikus tu macam mana?, itulah sos tomato.”

Rara hampir muntah saat mendengarkannya, Zahra terhenti. Dinda mengurungkan niat untuk menelan mee rebus.

Aku menyiku Rachel. Bagi kami pelajar Farmasi, tikus-tikus makmal tidak lagi menjadi suatu masalah. Mereka bagaikan kawan kecil yang harus dikorbankan setiap bulan dalam pembelajaran farmakologi bahkan aku menamakan semua tikus itu ’Si Putih’.

           ”Ehemm, malam ni Chelsea akan bertanding.” Fuad mencairkan suasana, entah dia ingin merasa muntah entah tidak.

           “Hah betul tu!!. Vs Manchester United.” Sambung Rachel.

            “Mak aiii, biar betik. Kau memang minat tengok bola jugak ke?.” Tanya Fuad.

            ”Dah berapa kali aku nak cakap yang aku ni sebenarnya normal. Aku sukakan lelaki apatah lagi bola.”

Kami tertawa lagi.

Aku memandang mereka satu per satu. Baru kusedari, aku lebih banyak tertawa hari ini. Aku merasa bahagia sekali. Aku manusia yang miskin syukur, hanya mengingati masalah bukan tentang apa yang telah Dia beri.

Terima kasih Ya Allah, salah satu nikmat-Mu yang selalu lupa kusyukuri iaitu kawan-kawan yang baik dan beriman. Memang, akan selalu ada orang yang membuatku bersedih dan akan selalu ada Allah yang membuatku ketawa.

           ”Jangan terlalu leka sangat menonton bola, nanti boleh terlepas waktu qiamullai.” Nasihatku.

           ”Hah betul tu!!.” Bela Dinda.

Giliran seperti ini, Dinda baru mahu membelaku.

          ”Qiamullai tu apa?.” Rachel bersuara lagi.

           “Ibadah yang dilakukan pada malam hari contohnya macam Tahajud.” Jawab Zahra.

            “Aku pun selalu je qiamullai tapi lepas habis menonton Manchester United dengan my buddy.” Sahut Fuad.

          “Rara cuba teka, kalau macam tu maknanya kau selalu lewatkan waktu solat Subuh lah kan?. Betul tak??.”

Kami tertawa lagi.

          “Solat Subuhlah sangat.” Tambahku. Solat Subuh. Ketika azan berkumandang, kebanyakan orang telinganya ditutup oleh syaitan sehingga lebih memilih untuk menarik selimut berbanding mengambil wuduk.

Keluar masuk Falkulti Perubatan tidak lagi membuatkanku merasa asing, begitu juga dengan pelajar Farmasi yang lain kerana mereka sama-sama memiliki urusan dengan Encik Alif.

Pagi ini, aku harus menemui lelaki itu dan menyelesaikan semuanya. Terutama, tentang nilaiku yang kosong.

         ”Nafisya.” Seorang lelaki memanggil kemudian berjalan di sebelahku.

Aku seperti tahu wajahnya. Rasanya sering kali melihat orang ini. Aku baru ingat. Dia adalah si genius Alfa, ketua angkatan sekaligus menjadi satu-satunya perwakilan mahasiswa farmasi yang menjadi salah seorang anggota Badan Eksekutif Mahasiswa.

           ”Alfa kan?.”

          ”Ya, awak nak jumpa dengan Encik Alif jugak ke?. Kalau macam tu, jomlah kita pergi sekali. Lagipun saya tak biasa sangat dengan tempat ni.”

          ”Awak ada urusan apa nak jumpa dengan Encik Alif?.” Tanyaku.

         “Saya nak minta penjelasan…..soalnya saya pernah melakukan satu kesilapan dulu.”

Dia masih meremehkan Alfa sedangkan nilainya dalam kelas begitu sempurna.

Sekarang, kami berdiri di depan meja lelaki berkacamata paling menyakitkan hati. Di atas meja ada buku yang terbuka.

           “Nilai kamu bagus Alfa. Saya rasa kamu tidak perlu diberikan penalti.” Kata Encik Alif.

           ”Dan kamu…..” Dia mengambil nafas bosan saat melihat aku.

Apakah nilaiku sebegitu buruk sampaikan memek wajahnya tidak menarik untuk dilihat?.

         ”Daripada kamu asyik sibuk memikirkan masalah peribadi, lebih baik kamu fikirkan apa risikonya kalau kamu tak lulus dalam ujian saya. Kalau kamu tak sanggup lebih baik kamu tarik diri sekarang.”

Ini bagaikan satu ancaman bahawa biasiswaku akan diberhentikan. Urusan peribadi?. Adakah Johan?.

Mungkin emosinya sedang memburuk. Ah, sudahlah!!. Tak perlu difikirkan. Aku mengikuti saranan Aris, diam saja dan minta maaf.

         ”Maaf Encik Alif.” Kataku melirih.

Alfa merenungku.

         ”Sebagai tugasan akhir, kamu buat satu paper tentang material yang saya ajar selama ini. Buat semula assignment kerana saya tahu ini adalah hasil kerja Rachel. Kirimkan ke email saya sebelum jam lapan malam.” Dia menatap reaksiku yang kurang selesa.

          ”Kenapa?. Keberatan?.”

Ingin aku jawab;

          ”Sangat….sangat….keberatan.”

Tetapi aku ingin masalah ini segera selesai.

         ”Tidak Encik Alif. Saya bukanlah pelajar pengecut yang selalu lari dari masalah.”

Shak!!!. Itu adalah kata-kata yang pernah dia ucapkan dulu kepadaku.

            ”Habis tu kenapa diam?. Jangan cakap kalau kamu tak tahu email saya.”

Aku mengigit bibir bawah. Itulah masalahnya. Selama ini, dia meminta tugasan dalam bentuk cetak. Syukurlah Alfa ada memberikan aku isyarat bahawa dia tahu email Encik Alif.

         “Saya tahu Encik Alif.” Jawabku.

Dia pun membiarkan kami keluar.

Aku akan bertapa lagi malam ini. Ambil saja sudut positifnya. Akan selalu ada hikmah dalam setiap masalah. Dengan mengerjakan tugasan ini, aku tidak akan terlewat untuk menunaikan solat Tahajud.

Dua Hari Kemudian……

Setelah semuanya dikumpulkan, aku mengikuti ujian yang berikutnya. Aku akan pastikan nilaiku dalam semua mata pelajaran akan lulus dengan cemerlang. Ujian ini menjadi ujian yang paling mengerikan sepanjang sejarah hidupku. Aku berharap mendapat biasiswa program volunteer yang boleh menjadi batu loncatan untuk aku melanjutkan pengajian ke luar negara.

Andai saja di Allepo ada universiti, aku juga mahu ke sana. Aku ingin mengajar kanak-kanak sekolah rendah dan melakukan penyelidikan kecil-kecilan. Syarat menjadi sukarelawan di lokasi perang hanya satu iaitu tidak takut mati.

         ”Dah?.” Tanya Rachel yang setia menunggu aku di luar.

Aku mengangguk dengan wajah yang sedikit tidak percaya diri. Sesuai dengan perkataan kawan-kawan, aku sama sekali tidak suka dengan bahasa Inggeris. Tuntutan kuliah yang memaksa aku untuk belajar bahasa tersebut.

Kita mempunyai bahasa sendiri iaitu Bahasa Melayu. Jika bahasa Inggeris boleh menjadi bahasa antarabangsa, kenapa kita tidak memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa juga?.

         ”Tak payah fikirkan sangat. Kau kan dah habis ikhtiar, sekarang ni apa yang perlu kau buat adalah ta-…”

          ”Tawakal.”

          ”Hah, itulah maksud aku. Aku dah nak balik ni.” Rachel tidak masuk kuliah kerana sakit tetapi dia tetap ingin menemani aku.

          ”Lepas ni kau nak pergi mana Sya?.”

          ”Jom ikut aku pergi lepak dengan kawan-kawan aku. Lagipun ada kad undangan untuk kau nanti.” Pelawaku.

           ”Kad undangan?. Undangan siapa?. Kau?. Ehhh kejap, kau dah nak kahwin ke?.” Rachel tampak benar-benar terkejut.

        ”Bukan!!. Eeee apalah kau ni. Satu semester pun tak habis lagi!. Bukan aku tapi kakak aku. Dia nak kahwin dengan lelaki yang satu sekolah dengan dia. Lelaki yang pernah aku cerita pada kau dulu, ingat lagi tak?.”

         ”Ouhhh hah!. Ingat!. Aku ingat!. Lelaki yang kau kenal sejak dari kecil tu kan?. Yang kau panggil Mahkluk Marikh?. Tunggu….ehhh jap. Dia nak kahwin dengan kakak kau?.”

          ”Dahlah, jangan banyak tanya!!.  Jom!!.” Aku menariknya untuk pergi.

Kami kembali berkumpul di kedai mee rebus. Sebenarnya kami berjanji untuk bertemu pada pukul satu tengah hari setelah menunaikan solat Zohor di masjid tambahan pula ada pengajian mingguan tetapi kerana harus mengikuti ujian itu terlebih dahulu makanya aku datang satu per empat jam lebih lewat dari yang sepatutnya. Rachel tidak mahu duduk semeja denganku kerana berasa kurang selesa.

           ”Hummm sekarang kita nak adakan mesyuarat untuk memilih lagu yang sesuai untuk kau Sya.”

Aku membaca kertas itu.

         ”Nasihat aku, lebih baik kita pilih lagu yang telah dipilih oleh Zahra, Mikhraj Cinta.” Kata Fuad.

         ”Hummm lebih baik lagu Muhasabah Cinta. Rara suka liriknya.”

         ”Korang semua ni dah kenapa hah?.” Tanyaku.

Mereka merenungku bingung.

Seorang lelaki datang menghantarkan aku segelas air yang kupesan tadi. Sekarang baru pukul satu, mungkin Zaki belum pulang dari sekolah.

         ”Kenapa apanya?.” Tanya Dinda.

          ”Kenapa semua tajuknya perlu ada perkataan Cinta?. Muhasabah Cinta….Mikhraj Cinta….jangan-jangan korang semua nak suruh aku menyanyi dalam majlis kahwin agaknya!.”

Fuad tersentak terbatuk-batuk.

Sepertinya dugaanku benar atau dia yang sebenarnya ada keinginan yang membuak-buak untuk menikah.

        ”Dahlah, pilih je!!. Nak membebel pulak. Sya, kalau kau tak nak lagu yang ada cinta-cinta ni, kau nyanyikan je lagu Kun Anta. Cuba kau tengok covernya dalam You Tube, ada yang dorang pakai ukulele.” Kata Fuad.

Menyanyi pun tak mampu inikan pula nak mainkan ukulele.

Aris kembali menanyakan kepastian itu. Dia tidak mahu memberikanku waktu untuk berfikir.

           ”Aku pilih yang ini jelah. Satu Rindu.” Kataku.

Telefonku berdering. Nama Kak Syasya terpampang di sana. Hairan sekali. Kenapa dia menghubungi aku padahal kami sedang perang dingin sejak akhir-akhir ini.

          ”Assalamualaikum kak, ada apa kak?.” Aku menjauh dari meja yang aku tempati tadi.

          ”Waalaikumussalam Sya. Kau dah balik kuliah ke belum?.”

           ”Kenapa?.”

           ” Tak ada apa-apa. Akak sekarang ada di butik. Pekerjanya tiba-tiba terpaksa keluar sekejap sebab ada urusan penting, akak sorang-sorang je kat sini. Akak takutlah. Kau datang sini temankan akak sekejap boleh tak?. Kau tahu kan Khazanah Buotique?. Datanglah ke sini Sya…..temankan akak. Bukannya jauh pun dari kampus kau tu.”

Aku mendengus;

         ”Akak telefonlah Johan. Dia pasti akan temankan akak. Sya tengah ada urusan penting ni.”

         “Ya, dia memang nak datang tapi mungkin lambat sikit. Lagipun kami kan belum halal lagi Sya. Temankan akak ya, please Sya.”

Jaraknya memang dekat. Hanya berjalan kaki saja pun aku boleh sampai ke sana tetapi bertemu dengan Johan?. Apatah lagi ada Kak Syasya di sana tapi kasihan juga kakakku itu.

          ”Yelah, Fisya otw ke sana.” Aku memutuskan sambungannya secara sepihak.

         “Tunggu dulu!!.” Seruku saat melihat mereka semua sudah bersiap sedia untuk pulang.

           “Ini amanah dari Johan.” Aku mengeluarkan semua kad undangan yang sudah tertulis dengan nama mereka masing-masing.

           “Hah?!!. Johan Rafizi??!!.” Teriak Zahra.

Baru kali ini aku melihat Zahra sebegitu.

         ”Ehh kenapa dengan Syasya?. Bukan ke Syasya tu kakak kau?.” Tanya Rara dengan polosnya.

        ”Sudahlah. Tak payah nak adakan sesi soal jawab pulak kat sini. Datang tau. Awas kalau korang semua tak datang!. Cetak kad undangan ni mahal tau!!. Siapa yang tak datang akan kena denda!!.” Aku berpura-pura bahagia. Tidak, aku benar-benar bahagia sekarang. Aku hanya kehilangan Johan bukan Allah.

          ”Ehemmm yelah Sya. Hah sekarang ni macam mana?. Kau nak tumpang aku tak?.” Tanya Fuad kerana yang lain memandangku seperti akulah orang yang paling menyedihkan.

         ”Humm tak kot sebab aku nak pergi ke butik dulu.”

Fuad beralih pula ke arah Rachel.

          “Kau nak ikut sekali tak?.”

          ”Boleh jugak….kau balik ke barat, aku balik ke timur.”

Kami semua sedang berdiri di pinggir jalan sekarang.

          ”Amboi…berlagak nauu. Kau datang dengan kereta hari ni?….hummm kenapa kau tak ajak je semua budak-budak falkulti ni tumpang naik kereta kau?. Huhh, lesen pun tak ada!!.” Ejekku.

Fuad tertawa sambil menghidupkan enjin kereta.

         ”Okeylah, kalau macam tu aku balik dululah. Assalamualaikum.” Di belakangnya ada dua bidadari, Dinda dan Rara.

          ”Hati-hati!!.” Teriak Rachel.

            ”Zahra macam mana?.” Tanyaku.

Rumah Zahra searah dengan rumah Rachel.

            “Maaf, aku tak boleh tumpangkan Zahra, Rachel pun sama. Hari ini aku terpaksa menjadi orang yang paling sombong. Aku tak boleh mengajak sesiapa pun.” Kata Aris yang memang menunggang motor ke kampus.

Rachel tertawa.

         ”Ada juga ye yang terpaksa jadi sombong?. Aku hormati agama kau Ris yang tidak membolehkan lelaki dan perempuan itu berdua-duaan. Walaupun aku macam ni, aku tetap seorang perempuan.”

        ”Ya, perempuan dua alam. Okeylah, aku balik dulu. Korang semua nak balik tu hati-hati tau. Kalau ada apa-apa, telefon je aku tapi jangan risau sebab aku memang takkan angkat pun call korang semua.”

         ”Huuuuuuu dasar!!!.” Kataku.

         ”Kau selamat Zah. Kalau ada penjahat, suruh dorang pergi dulu sebab dorang kan ahli taekwando.” Usik Aris.

Rachel bergumam tetapi terdengar oleh kami.

           ”Aku rasa macam aku ni dah jadi bodyguard korang pulak.”

Akhirnya Rachel dan Zahra menemaniku berjalan sehingga ke hujung persimpangan, kawasan pusat bandar. Di sana ada banyak deretan bangunan kedai dan pasar raya. Ada juga masjid, aku teringat akan kemalangan waktu itu.

Ketika sampai di butik, Zahra memilih untuk menaiki bas sementara Rachel pula harus berjalan lagi. Kami berpisah tepat di persimpangan jalan.

          ”Hah, baguslah kau dah datang Sya.” Sambut Kak Syasya ketika melihat aku membuka pintu butik itu.

Aku melihat ada pelanggan lain yang datang. Ini adalah butik besar. Tentu saja ada pelayan dan pelanggannya juga ramai.

           ”Ehhh….ehhh maafkan saya ye. Ini ada dua orang gadis yang manis-manis, cantik-cantik belaka. Boleh saya tahu, yang mana bakal pengantinnya?. Yang nak pesan gaun ni yang mana satu?.”

Kak Syasya memegang tanganku erat. Aku ingin tertawa tetapi sekuat hati aku menahan, takut orang itu akan tersinggung.

          ”Saya…saya bang ehhh kakak.” Kak Syasya kebingungan.

           ”Panggil abang je. Maaflah sebab dah terbawak-bawak dengan perangai lama, cara bercakap pun dah semulajadi macam ni. Inipun dah cuba-cuba nak berubah.” Kata lelaki lembut itu.

            “Hah baguslah bang kalau abang ada niat nak berhijrah.” Celahku.

Orang ini terbalik dengan Rachel.

Ciri-ciri akhir zaman!.

         ”Gaunnya perlu dicuba dulu ye. Meh sini abang tunjukkan bilik persalinan baju.”

         ”Ye bang, nanti biar adik saya yang cuba gaun tu.”

          ”Ehhh kenapa pulak Fisya yang kena cuba?.” Aku memandang hairan Kak Syasya.

          ”Alahhh kau jelah yang cuba. Kalau akak yang pakai nanti, akak tak boleh tengok gaunnya itu sesuai ke tidak lagipun ukuran badan kau kan sama dengan akak.”

Aduh, aku tahu Kak Syasya berbohong. Dia sangat takut dengan spiesis seperti abang tadi.

           ”Dahlah, pergilah masuk!!.”

Aku mengikuti ke mana lelaki lembut itu pergi.

          ”Kasutnya sekali ya Sya!!.” Kak Syasya malah duduk santai di atas kerusi menunggu.

Gaun putih itu sudah melekat di tubuhku. Aku melihat pantulan bayangan sendiri di cermin. Indah. Ini yang namanya baju pengantin. Aku tersenyum mengingati kembali kenangan saat aku mencuba sebuah gaun.

”Nanti dah besar Fisya nak jadi model gaun!!.” Aku menyelar mereka kerana tidak ikut berbicara sejak tadi.

”Jangan!!. Kau kan hodoh!!. Kerja kau asyik nak menangis je!!.” Johan mentertawakan aku.

”Hishhhh!!!. Tengoklah nanti!!!. Fisya akan jadi cantik macam Cinderella. Pakai gaun biru dan kelihatan cantik bila besar nanti!!. Johan mesti tergila-gilakan Fisya!!.”

Johan malah semakin tertawa, tidak mahu berhenti. Itu hanyalah bentuk pembelaan. Aku tidak mahu menggunakan gaun tetapi aku tidak suka melihat Johan yang hanya mahu berbicara dengan Kak Syasya.

”Okey. Lepas tu, nanti akan datang seorang putera raja yang bertemu dengan kau ketika pesta menari, kau pun tak sengaja melanggar dia dan lepas tu kau pun tertinggal sebelah kasut kau…”

” Johannnnnnnnnn!!!.”

Mereka mentertawakan aku.

Setelah meletakkan kenderaannya, Alif masuk ke dalam sebuah butik besar dua tingkat. Dia hendak mengambil sesuatu. Anak pertama Pak Mat, pemandu peribadi Alif yang tidak lama lagi akan menamatkan pengajiannya di semester akhir ini dan adiknya, Zaki yang bakal menghadapi ujian SPTM pada tahun ini. Disebabkan itu, Alif memesan kot yang sesuai untuk Pak Mat bagi menghadiri majlis konvokesyen tersebut.

            ”Syasya?.” Dia terkejut saat bertemu dengan rakan sekerjanya di hospital.

            ”Dr. Alif?.”

             ”Awak buat apa kat sini?.”

             ”Saya sedang melihat baju pengantin.”

Alif mengangguk faham.

            ”Sorang je ke?. Mana Johan?.” Dia sudah mengenali Johan kerana menghadiri acara lamaran Syasya pada waktu itu.

            ”Dia ada urusan sekejap. Hummm doktor sendiri buat apa datang ke sini?.” Tanya Syasya kembali.

            ”Ouhhh saya nak ambil kot yang telah saya tempah.”

            ”Ouhh ya saya terlupa. Saya nak ucapkan terima kasih kerana doktor sudi menggantikan nama orang yang telah bertanggungjawab ke atas Irsyad waktu itu.”

            ”Ohh, Nafisya memang datang ke hospital waktu itu bersama saya, menghantarkan Irsyad.”

Sementara itu, Nafisya yang terperangkap dengan penata gaya sedang mencuba sepatu tinggi berwarna putih.

           ”Hijrah itu memang susah bang tapi yang lebih susah kalau kita nak istiqomah. Kita boleh berubah jadi baik tetapi sukar untuk terus menerus istiqomah berbuat baik. Dan juga…. yelah bang, selain istiqomah, yang susah itu adalah hijrah cinta.”

Lelaki itu membereskan ikatan pita yang akan ditampal di bahagian sepatu. Sedari tadi perempuan yang menyediakan kasut untuk Nafisya hanya duduk sambil mengangguk.

          ”Yelah dik, abang pun sebenarnya ingin insaf dan hijrah. Abang dah tak mahu ingat lagi tentang masa-masa jahilliah abang dulu. Yang macam perempuan padahal abang ini dah ditakdirkan untuk menjadi lelaki. Mungkin kerana abang ini anak sulung ya?.”

          ”Adik abang ramai, semuanya masih kecil lagi dan waktu itu abang susah nak dapatkan pekerjaan. Akhirnya abang putuskan untuk menjadi perempuan dan menjual diri….ya beginilah perubahannya. Tetapi dalam hijrah itu akan selalu ada cintalah dik. Abang selalu follow PU Azman dalam Instagram.”

Nafisya dan perempuan itu ketawa.

          ”Belum terlambat untuk abang berubah.”

Ini pengalaman pertama Nafisya tidak janggal berbicara terang-terangan dengan lelaki kerana abang ini penampilannya seperti seorang perempuan. Abang ini juga sangat jaguh mengenakan make-up berkat dari masa lalunya.

          ”Tunggu sekejap ya dik. Abang nak ambilkan bouquet bunganya dulu.”

          ”Nak kena pakai bunganya sekali ke bang?. Astagfirullah!!. Kak Syasya itu memang…… hishhh siapa yang sebenarnya nak kahwin ni?. Aku ke dia?.”

Setelah mengambil bouquet bunga, lelaki itu menghampiri Syasya terlebih dahulu.

           ”Dik, mempelai lelaki dah datang ke?. Tak nak cuba dulu ke kot nya macam mana?. Muat ke tidak sebab kalau tak muat, abang nak adjustlah ukuran baju tu nanti.”

          “Hummm agaknya sekejap lagi dia sampailah. Ohh ya, tolong berikan ini dan suruh Nafisya pakai ye bang.” Syasya menyerahkan sebentuk cincin.

Lelaki itu merenung ke arah Alif.

         ”Ehhh Encik Hensem. Encik Hensem datang nak ambil tempahan baju kot tu ehh?. Tadi Puan Ayu dah telefon saya beritahu yang Encik Hensem nak datang ke sini. Hah, jomlah sekarang ni ikut saya.” Ajaknya, Puan Ayu itu adalah pemilik butik ini.

Alif mengikuti lelaki itu. Dia juga harus mencuba kot yang ditempah. Kebetulan, Pak Mat mempunyai ukuran tubuh yang sama dengannya.

          “Ini dia Encik Hensem. Semoga saja Encik Hensem akan sukakan design saya yang baru ini.”

Alif masuk ke dalam bilik persalinan yang terletak bersebelahan dengan bilik persalinan wanita. Pada dasarnya, dia memang tidak gemar mengenakan kot. Dia lebih suka mengenakan kemeja yang dilipat bahagian lengannya sampai ke siku dipadu pula dengan seluar panjang berwarna putih atau hitam. Dia memiliki banyak kot yang digantung di dalam almari tetapi sengaja memesan yang baru untuk majlis istimewa Pak Mat.

Kot baru tersebut kelihatan sedikit ketat di bahagian lengan. Saat keluar, lelaki itu tadi telah tiada. Memang ramai pelayan di sini yang majoritinya adalah perempuan tetapi Alif lebih selesa dengan pelayan yang satu itu tadi. Dia pun berjalan menuju bahagian hadapan mencari pengurus butik itu.

Nafisya merenung cincin yang pernah ditunjukkan Johan sebelumnya. Melihatnya saja membuatkan Nafisya ingat akan hari itu apatah lagi jika harus memakainya. Sesekali rasa sesak itu kembali, namun Nafisya kembali menangkisnya. Dia berniat pergi menemui Syasya ketika abang tadi memberitahu bahawa semuanya telah selesai.

Nafisya hanya menggenggam cincin itu sementara tangan satunya lagi memegang buoquet bunga mawar merah palsu. Dia hanya mengenakan gaun dan hijab untuk majlis akad nikah sedangkan gaun resepsi masih belum selesai dipilih. Wajahnya sama sekali tidak ditata rias dengan make up.

Perempuan itu berfikir bahawa sepatunya terlalu tinggi. Adakah sang kakak tidak akan lenguh saat harus berdiri nanti?. Dia berjalan berhati-hati sambil mengangkat sedikit gaun yang menyentuh lantai kerana bimbang gaunnya akan terpijak dan terkoyak.

Bruk!!!.

Hampir saja hujung sepatu Nafisya menyentuh lantai, anak tangga pertama menuju ke tingkat bawah. Lelaki yang melintasinya sambil melirik jam tangan pantas menarik siku gadis itu.

Nafisya menjatuhkan bouquet bunga dan sesuatu yang terdengar bergemerincing. Kedua-dua tangannya menyentuh bahu lelaki itu. Jantungnya berdebar hebat ketika tanpa sengaja Nafisya mengangkat kepala untuk melihat sang pemilik tangan. Allah mentakdirkan hati kedua-dua insan itu berdetak lebih cepat ketika kedua pasang mata saling bertemu tanpa sengaja.

       ”Na-fi-sya.” Tubir mata Alif melebar melihat wajah yang ditemukannya. Sesaat dia terdiam dan tidak berkedip kerana teringat pandangan pertama itu dari Allah.

Mereka sama-sama mengucap istighfar sebelum akhirnya saling menjauhkan diri.

Nafisya benar-benar terlihat salah tingkah.

        ”Alamak cincin Kak Syasya!!. Mana cincin Kak Syasya??.” Dia berusaha menormalkan suasana. Ini kejadian memalukan ketiga di depan sang pensyarah. Sungguh poyo muncul di depan pesnyarah dengan gaun seperti ini, getusnya.

           ”Biar saya bantu cari.” Alif berusaha menyedarkan diri sendiri bahawa ini hanyalah hal biasa.

           ”Ada apa Sya?.” Tanya Syasya. Terdengar bunyi tapak kaki menaiki tangga.

           ”Cincinnya jatuh kak. Tadi Fisya cuma pegang tapi belum dipakai.”

Semenjak makan malam pada waktu itu, Alif jadi tahu kalau Nafisya ternyata adalah adik Syasya, anak bongsu dari Dr. Akhbar. Permasalahan keluarga mereka belum sepenuhnya dia fahami.

          ”Nah, dah jumpa.” Alif kembali membawa cincin.

          “Sya, maafkan saya ter-.” Johan merenung perempuan dengan gaun itu sejenak.

 Hening.

             ”Wauuuu MasyaAllah. Kau salah pakai ke Sya?.” Johan berdiri di sebelah Syasya.

             ”Gaunnya cantik sangat tapi Nafisya tak.” Usiknya lagi.

             ”Hah itukan kak?. Nafisya dah cakap dah!!. Humm dahlah, Fisya nak tukar baju!!.”

             ”Alahhh kau tak payah nak dengarlah apa yang Johan cakapkan tu, cantiklah. Percayalah, kakak tengok kau cantik sangat bila pakai gaun ni. Betul kan doktor?.”

Alif kebingungan saat mendengar pertanyaan yang diajukan dari Syasya, semuanya terlalu tiba-tiba. Jantungnya belum kembali normal sejak dari tadi.

           ”Hummm.” Balasnya perlahan sambil sedikit mengangguk.

Penampilan Alif dan Nafisya sangat sepadan. Alif memakai kemeja putih dan kot sementara Nafisya pula bergaun putih.

Abang tadi kembali dengan beberapa kot di tangan sambil diikuti oleh pelayan wanita lain.

         ”Encik Hensem, maaf ya. Ini sebenarnya untuk Encik Johan. Saya salah pilih tadi lagipun warnanya hampir sama.”

Alif terburu-buru melepaskan kot itu.

       “Biar saya cuba di rumah. Aaah errr Syasya, Johan….saya terpaksa pergi sekarang. Jumpa lagi, assalamualaikum.” Dia pergi begitu saja.

         ”Kak, Fisya tukar sekarang ye?. Tak selesa!!. Panas!!.”

         ”Hei, inikan ruangan ber-AC!!.”

Sampai di rumah, Alif menemukan Mak Cik Timah sedang menyiram pokok bunga, Pak Mat mencuci kereta dan Zaki yang mengurus tanaman. Alif turun dari keretanya sambil membawa bungkusan berisikan kot.

            ”Mak cik, mak cik cantik sangat hari ni.”

Perkataan Alif berjaya menarik perhatian Pak Mat dan Zaki.

Mak Cik Timah mengerutkan keningnya.

          ”Tuan sihat ke?.”

         ”Astaghfirullah!. Itulah tapi kenapa rasanya biasa saja?. Ke saya ni memang betul-betul dah tak sihat?. Mak cik!!. Saya dah gilaaaa!!.” Alif pun masuk, mengambil segelas air putih lalu meneguknya cepat setelah duduk di meja makan.

Dia memikirkan apa yang salah dengannya. Kenapa jantungnya menjadi semakin sering berdebar?. Apatah lagi ketika melihat pelajarnya mengenakan gaun pengantin. Harusnya itu wajar bukan?. Malah sangat wajar.

          ”Tuan, kenapa tuan asyik renung je gelas tu?.” Tanya Zaki yang masuk sambil membawa dulang.

Alif hanya menggeleng.

           ”Tuan dah jatuh cinta ehh?.”

Pada dasarnya, sejak hari pertama Alif dan Nafisya bertemu, Allah sudah membuat hati kedua hamba-Nya bergetar merasakan hangatnya cinta di dalam kalbu. Namun mereka tidak menyedari itu kerana menganggap bahawa debaran itu akibat kepanikan insiden kemalangan.

Itu tidak benar, fikirnya. Membayangkan wanita bukan mahram sangatlah tidak benar. Namun Nafisya tidak boleh angkat kaki dari fikiran Alif.

          ”Hahahah, betul lah ni. Tuan dah jatuh cinta.”

Sang pensyarah menggeleng-gelengkan kepala, berharap Nafisya boleh keluar dari otaknya.

           ”Pandai-pandailah awak ni. Awak tu sekolah lagi, jangan campur hal orang dewasa.”

           “Kak Fisya?.”

Alif terkejut.

           ”Ke….kenapa Nafisya?.”

           ”Ouhh maknanya tuan dah kenal dengan Kak Fisya?.” Tanya Zaki hairan.

           ”Ya….ya.” Jawab Alif gugup padahal Nafisya tidak ada di sini.

           “Hah itukan. Kebetulan lagi!. Tadi sebenarnya Zaki nak kenalkan tuan dengan Kak Fisya. Menurut Zaki, Kak Fisya itu sepadan dengan tuan. Manalah tahu kalau tuan ada niat nak cari jodoh. Siapa tahu mungkin Kak Fisya adalah jodoh tuan.”

Alif mengambil nafas panjang. Perkara jodoh tidak pernah terlintas di fikirannya apatah lagi dengan pelajarnya sendiri.

         “Tak mungkin Ki. Takkanlah saya nak jatuh cinta dengan pelajar saya sendiri?. Lagipun Kak Nafisya itu masih belajar, masih muda. Dia juga ada seorang kakak yang jauh lebih muda dari saya.”

         “Lah kenapa pulak tuan?. Rasulullah S.A.W. sendiri mengahwini Aisyah yang jauh lebih muda darinya. Kalau soal jodoh, ia tidak pernah memandang perbezaan usia tuan cuma memandang beza jantina saja.”

Alif tertawa kecil.

             “Sudahlah….awak pun masih sekolah lagi tapi dah pandai cakap pasal cinta. Macam dah ada pengalaman je.” Dia berganjak dari kerusi.

             “Yer, tuan saja yang tak pandai dalam urusan cinta. Cinta itu tak boleh dipelajari macam tuan baca buku. Setiap orang mempunyai definisi yang berbeza tentang cinta.”

          “Ayuhlah, cuba fikirkan tawaran dari aku, Lif.”

Kahfa dan Alif baru saja keluar dari bilik bedah. Mereka mengulangi perdebatan yang sama.

           ”Jadi waktu itu, kau dengan Nayla sengaja ajak aku datang ke rumah. Alasannya biar aku bertemu dengan Encik Akhbar padahal sebenarnya biar bertemu dengan Nafisya kan?. Itupun setelah korang berdua tahu kalau telefon itu ternyata yang Nafisya punya. Betul kan?.”

           ”Bukan macam itulah!. Aku sendiri pun tak tahu kalau ternyata telefon itu adalah kepunyaan Nafisya. Lagipun tak ada salahnya kan kalau kau mencuba?. Kalau kau masih tak yakin, cubalah kau buat solat Istikharah.”

          ”Dia masih muda Khafa. Terlalu muda. Cubalah kau fikir logik sikit!”

          ”Ini adalah keputusan yang paling logik sekali. Dah tu, kenapa kalau dia masih muda?. Lagipun tak ada dalam mana-mana undang-undang yang melarang seorang pensyarah menikahi pelajarnya sendiri kan?.”

Ada apa dengan semua orang hari ini?. Pembicaraannya asyik berputar tentang cinta, asmara dan perkahwinan membuatkan Alif merasa penat. Adakah kerana dia mengatakan jantungnya berdebar-debar?.

         “Apa pulak kata kawan-kawan Nafisya nanti kalau aku betul-betul melamar dia?.”

        “Kau pernah cakap pada aku yang hidup ini tak perlu fikirkan pandangan mahkluk, lebih penting pandangan Allah terhadap kita. Kau mengelak semua itu kerana kau merasa seorang pensyarah tidak patut jatuh cinta dengan pelajarnya sendiri kan?.”

          “Kau tahu dari mana kalau aku jatuh cinta?. Jangan buat sebarang hipotesis tanpa buktilah!.” Elak Alif cuba membantah.

           “Aku tahu dari kelakuan kau sejak akhir-akhir ini. Buat apa kau gantikan nama Nafisya dengan nama kau? sebagai orang yang bertanggungjawab di atas pesakit yang bernama Irsyad tu?. Semua itu kau tak boleh sembunyikan dari akulah Lif.”

Sejak awal Nafisya memang mengusik fikiran lelaki itu. Dia mencuba mengelak kerana posisinya sebagai pensyarah.

         ”Dengarkan aku. Tidak ada penyelesaian lain selain dari menikahi orang yang kita cinta atau kau nak terus-menerus zina fikiran?.” Tegas Kahfa.

Perkataan Kahfa benar. Mungkin Alif menyimpan hati pada Nafisya tetapi gadis itu mencintai lelaki lain.

Alif menarik rambut depannya dengan kasar. Lelaki itu ragu dengan fikirannya untuk melamar Nafisya. Layakkah seorang pensyarah melakukan hal tersebut?.

Dia sangat tertarik untuk mengenal lebih jauh perempuan yang mulai mempengaruhi kehidupannya. Bahkan dia sengaja membuat Nafisya kesal agar perasaan terpikatnya sedikit berkurang.

         ”Fikirkan baik-baik atau kau bakal menyesal. Istikharah.”

Aku keluar bilik.

            ”Ummi, Kak Syasya, bising tau!!!. Fisya jadi tak boleh nak fokus!!.” Keluhku sambil mengambil segelas air kosong. Aku harus fokus mempersiapkan diri untuk menghadapi ujian praktikal esok.

          ”Maaf….maaf….cerita ni kelakar kan mi?.” Ujar Kak Syasya.

         ”Gagal fokus tiba-tiba jadi laparlah pulak. Emmm cerita apa yang kelakar sangat tu?.”

 Kak Syasya dan Ummi Aisyah saling bertukar pandangan.

            “Cerita ummi dengan bakal pengantin.”

Aku mengangguk.

            ”Siapa yang masak sayurnya?.” Aku melihat tompokan daun hijau di tangan Kak Syasya.

            ”Jangan cakap kalau Kak Syasya yang nak masak!!. Jangan tau!!. Bakal pengantin tak boleh masak!!!. Tak kira walau apapun jangan masak. Sini biar Fisya yang masak.” Aku mengambil alih sayuran yang telah siap dipotong-potong ini.

          ”Ada ke ummi peraturan yang mengatakan bakal pengantin itu tak boleh masak?.”

Ummi tertawa lagi.

           ”Dulu waktu Mak Cik Ana sakit, ingat tak ummi pernah tinggalkan kamu berdua dengan Fisya?. Waktu itu kalau tak silap ummi masa pertama kali kamu masuk ke kuliah.”

Kak Syasya mengangguk.

          ”Nafisya cakap kamu masak sayur tu rasanya manis. Banyak gula.”

          ”Fisyaaaaaaaaaa!!.”

Aku cepat-cepat berlari sambil tertawa.

Saat aku kembali, ummi sudah masuk ke dalam bilik.

          ”Fisya ada benda sikit nak cakap dengan akak.”

Aku mengambil nafas.

         ”Akak dah tak marahkan Fisya lagi kan?.”

Kak Syasya berhenti dari kegiatannya merenung skrin telefon ketika menyedari bahawa aku berbicara serius.

           ”Bukannya kau tak suka ke kalau akak cakap pasal abi?.”

           ”Ya betul tapi yang ingin Fisya bahaskan sekarang bukan tentang abi tapi tentang masalah Irsyad dan mencari kerja sambilan.”

           ”Kakak minta maaf untuk semuanya. Apa yang akak lakukan di hospital tempoh hari, akak tak sengaja. Niat akak murni kerana akak risaukan kau Fisya. Kalau kau tak nak cakap pasal abi, kakak tak akan cakap pasal dia lagi dah lepas ni. Kalau kau nak cari kerja sambilan pun, kakak tak akan larang kau lagi. Kau nak kan maafkan akak?.”

Aku memandang Kak Syasya tak percaya. Apa yang mempengaruhinya sehingga berubah drastik seperti ini?. Aku tersenyum dan mengangguk. Wajar jika Kak Syasya bimbang. Dia merasa bertanggungjawab ke atas diriku kerana dia adalah anak sulung, tambahan pula status ummi yang bergelar ibu tunggal.

           ”Fisya pun nak minta maaf kalau Fisya selalu buatkan akak marah. Lepas tu macam mana dengan masalah Irsyad?.”

          ”Ouhh pasal hal tu, semuanya dah selesai. Nama orang yang bertanggungjawab ke atas Irsyad telah ditukarkan kepada nama Dr. Alif dan dia setuju.”

Untung aku belum memulai acara makanku kerana mahu menunggu sayur bayamnya menjadi lebih sedikit dingin. Kalau tidak, aku akan terbatuk-batuk sekarang.

           ”Ke…keee….kenapa Encik Alif nak gantikan nama Fisya dengan nama dia?.”

           ”Dia cakap kau juga adalah tanggungjawab dia. Dia nak balas budi kau balik. Katanya, hutang dia dengan kau dah selesai.”

Seketika perkataanku dulu muncul dalam fikiran.

”Nah!. Lap sendiri lukanya. Saya cuma mahu membalas budi. Adil kan?.

Semua pasti kerana waktu itu.

Setelah makan malam, aku kembali masuk ke dalam bilik. Kugunakan bantal untuk menutup wajah. Buku-buku berselerakan di atas katil dan meja. Meskipun ummi dan Kak Syasya sudah tertidur, aku tetap tidak boleh fokus.

Apa yang salah?. Apa yang membuatku seperti ini?. Aku berdiri dan meloncat-loncat tak jelas.

Tidak mungkin aku sedang berdebar-debar tanpa alasan. Aku tidak normal seperti biasanya. Aku sama sekali tidak sedang memikirkan Johan dan Kak Syasya, masalah di kuliah ataupun abi.

Encik Alif.

Bagaimana mungkin namanya boleh muncul dalam senarai fikiranku?. Astaghfirullah!. Dia bukan mahram!.

Kenapa aku harus melanggarnya tadi sampaikan tak sedar menggenggam kedua-dua bahunya?. Ya mungkin kerana itu.

Aku merenung pantulan bayanganku sendiri di cermin. Tidak!. Pipiku memerah lagi!. Pasti aku sudah gila!. Benar-benar gila sehinggakan lelaki itu muncul memenuhi otakku.

Aku keluar dari Lab Farmakologi setelah kegiatan korban tikus selesai. Kami baru saja melakukan penyelidikan percubaan ubat yang disuntikkan kepada tikus putih. Aku berlari menghampiri seseorang ketika melintasi tangga.

         ”Racheelllllll!!!.” Teriakku, memeluk leher gadis itu dari belakang sambil mencubit pipinya.

Rachel tersentak, memasukkan kertas yang digenggam itu ke dalam saku seluarnya. Dia jarang masuk akhir-akhir ini.

Ramai orang merenung kami. Aku sudah terbiasa. Gosip mengenai kami yang dianggap lesbian sudah lama tersebar luas ke seluruh pelusok kampus, seantero Falkulti Farmasi. Nyatanya tidak seperti itu. Rachel adalah sahabat terbaikku walaupun kami berbeza keyakinan.

         ”Sakit tau tak Sya!!.” Katanya sambil melepaskan tanganku.

        ”Kenapa kau tak masuk?. Kau pergi mana hah?. Kau tak takut ke nanti kena penalti?.”

Kami berjalan beriringan menuju ke tingkat bawah. Aku masih mengenakan kot praktikal yang mirip dengan kot Kak Syasya ketika sedang bertugas di hospital. Tas sengaja aku tinggalkan di dalam dewan sementara aku hanya memegang buku.

          ”Baru balik dari kampung. Kau tahu kan, sindrom malas Rachel macam mana kalau sudah terbayangkan tilam?.” Dia sudah sedikit tertawa.

         “Sya, aku nak tengok nota catatan selama satu minggu ni. Aku dah banyak sangat ketinggalan.”

        “Catatan subjek apa?.”

        “Hummm Biologi, Farmakologi…pendek kata semuanyalah. Yang hari ini subjek apa?. Hah, Kimia…meh sini aku nak pinjam.”

Aku menghulurkan benda yang berwarna merah jambu itu kepada Rachel meskipun tidak terlalu feminin, aku suka warna merah muda dan warna-warna yang membuatkan sesebuah benda itu terlihat comel.

Rachel sudah memegangnya tetapi kutarik lagi. Aku baru teringat bahawa aku tidak pernah mencatat apapun selama empat kali terakhir pertemuan itu. Aku malah menulis nama Johan terus menerus pada setiap lembaran kertas kosong.

         ”Tak boleh, nanti-nantilah aku bagi kau pinjam.”

         ”Kenapa?.” Tanya Rachel tidak mengerti.

Aku bingung mencari alasan dan tidak menemukan jawapan yang tepat.

             ”Jangan-jangan kau ada simpan rahsia ehh?. Meh sini aku nak tengok!!.”

Dia berusaha merebut buku catatan itu dari tanganku. Kami saling berebut buku nota sambil menuruni anak tangga. Bukan hanya penampilan, kekuatan Rachel juga seperti lelaki. Ditambah pula dia turut mengikuti latihan taekwando.

          ”Sya!!. Tengok!!!.”

Perempuan seperti Rachel itu bukan harus dijauhi justeru didekati dan diajak pada kebaikan. Ingatkan bahawa apa yang dilakukannya itu salah. Kudratnya sebagai perempuan, bukan sebagai lelaki.

           ”Jangan!!!.” Kataku sambil menariknya kuat-kuat.

           ”Kau simpan surat cinta untuk Encik Alif ehh?.”

           “Mustahil!!.”

Dia hampir berjaya merebutnya tetapi aku menariknya dengan sepenuh tenaga dan-

Bang!!

Buku notaku terlempar melalui pegangan tangga. Kami serentak memandang ke tingkat bawah.

         ”Auuuww.” Kataku perlahan.

Lelaki di bawah sana memegang kepalanya setelah terkena buku yang agak tebal itu. Semoga saja dia tidak mengalami amnesia mendadak.

Dia, Encik Alif, mengambil buku notaku dan membukanya. Dia pun mendongak ke atas membuatkan aku dan Rachel menarik diri.

Terdengar langkah kakinya di anak tangga. Tanganku gementar kerana jantungku mulai tidak normal lagi. Aku pasti akan ketahuan.

Rachel memandangku dengan reaksi wajah seolah-olah mengatakan;

           ”Habislah!!.”

            ”Ma…maaa….maaf encik.” Kataku gugup saat Encik Alif menyerahkan buku nota itu tanpa berbicara sepatah pun.

Wajahnya tampak datar dan dingin, sama sekali tidak senyum. Benar-benar seperti kaktus yang kering di tanah gersang. Baguslah. Dengan begitu, jantungku merasa sedikit lebih baik. Apakah mungkin aku kagum padanya?. Tolong bezakan rasa kagum dengan cinta. Dia memang patut dikagumi.

Ya, ini hanya rasa kagum Nafisya. Hanya rasa kagum.

          ”Rachel, temui saya di pejabat sekarang.” Kata Encik Alif lalu beredar pergi.

          ”Selamat menempuhi penalti. Lima puluh soalan.” Bisikku.

Rachel mengecilkan anak matanya sambil ternganga.

            ”Nafisya, kamu juga temui saya.”

           ”Mampos!!.” Bisik Rachel sambil menjelirkan lidahnya ke arahku.

Kenapa aku turut dipanggil?. Aku tidak mempunyai sebarang urusan dengan lelaki itu. Ah, dia tidak tahu kehadirannya hanya membuatku terus berdebar-debar. Ya, sudahlah. Kenapa aku perlu takut?. Lagipun dia hanyalah seorang pensyarah.

Aku dan Rachel sudah berdiri di depan meja Encik Alif.

Dia mengeluarkan buku yang sangat tebal bertuliskan Big Book Of Analys. Aku pernah meminjam buku itu.

           “Untuk penalti kamu, sila salin material pembelajaran saya ke dalam bentuk rangkuman minima tiga lembar portfolio. Tulis tangan.” Ujar Encik Alif menyerahkan buku itu.

Aku tertawa kecil. Buku itu berbahasa Inggeris dan Rachel harus menterjemahkan ia terlebih dahulu agar boleh merangkumnya.

Kini sang pensyarah beralih padaku.

            ”Kenapa kamu meminta kemas kini perincian untuk semester satu?.”

Rachel memandangku.

            “Untuk syarat biasiswa ke luar negara. Penilaian untuk semuanya bagi semester satu, katanya sebagai lampiran sokongan.”

             “Apa?!.”

Kenapa reaksi Encik Alif terkejut seperti itu?.

Dia menormalkan kembali riak wajahnya.

            “Maksud saya kenapa?.”

            “Kerana sekarang saya pengecut dan saya mahu lari dari masalah.”

Sejak pagi ummi sudah berulang kali mengingatkan aku bahawa aku harus pulang lebih awal hari ini kerana esok akan diadakan majlis kesyukuran kecil-kecilan di rumah yang akan dihadiri oleh anak yatim dan jiran terdekat. Ummi meminta aku untuk membantunya menyediakan makanan ringan seperti puding, donat dan cup cake.

Namun di sinilah aku sekarang, di tingkat dua masjid universiti. Aku menunggu hujan reda.

Rachel tidak menemaniku hari ini. Dia tidak mengikuti kelas kuliah yang berikutnya. Aku memaksanya pulang saat dia berkata bahawa ibunya bersendirian di rumah. Di samping itu, dia juga bekerja sambilan dan hari ini bahagiannya untuk shift malam.

Ada yang pernah mengatakan bahawa waktu terluang itu boleh melalaikan seseorang. Maka dari itu, aku memilih untuk membuka Al Quran. Hafalanku sudah sampai juz ke-20. Tentu lebih baik jika hafalannya terus bertambah.

Suara lantunan ayat Al Quran yang kusukai kini dapat kudengar dari tingkat bawah. Aku merasa semakin tenang dan selesa berdiam diri di sini. Sudah lama aku mengagumi suara yang entah milik siapa. Ya Allah, aku merasa iri kerana ada lelaki yang membaca surah-Mu dengan begitu indah. Suatu saat nanti aku akan minta pada lelaki itu untuk membacakan surah Ar-Rahman.

Ada panggilan masuk dari Rachel. Jika perempuan itu menelefon, pasti ada hal yang sangat penting untuk dibicarakan.

           ”Nama ayah kau Akhbar kan?.”

Pertanyaannya membuatkan aku membayangkan wajah abi.

          “Ada apa?.”

           “Tadi ada seorang pelanggan ni, namanya Akhbar. Ubat-ubatnya banyak. Sebenarnya ayah kau sakit apa hah?.”

           ”Akhbar apa?. Nama Akhbar kan banyak!.” Balasku memastikan. Aku tahu kalau abi menghidap penyakit diabetis.

          ”Akhbar bin Hussein, sebab itulah aku tanya.”

Ketika Rachel membacakan alamatnya, barulah aku percaya bahawa itu abi.

        ”Hummm dia beli ubat apa?.”

        ”Ubat diabetis dengan ubat hipertensi. Banyak pulak tu.”

Aku teringat saat makan malam ketika majlis merisik Kak Syasya. Abi sama sekali tidak menyentuh sayuran hijau. Apakah mungkin abi mempunyai hipertensi?. Mendadak perasaanku menjadi buruk. Segaris rasa bimbang muncul.

           ”Kirimkan aku foto resit ubat melalui whatsapp sekarang.” Pintaku.

          ”Naf-.”

Pip.

Aku memutuskan panggilan secara sepihak dan terburu-buru pergi padahal hujan masih belum reda. Telefonku menyala. Aku segera membaca bahagian atas resit itu. Klinik Al-Malik. Benar dugaanku.

“Nampaknya abi menghidapi penyakit serius kerana dia membawa keputusan X-Tray ke hospital.”

Kata-kata Kak Syasya membuatkan fikiranku semakin kacau. Kini aku berada di sebuah klinik besar yang tertulis Al-Malik. Aku bertanya kepada petugas yang ada di depan.

           ”Maafkan saya, bolehkah saya nak tengok rekod kesihatan pesakit ini?.”

           ”Maaf cik, rekod kesihatan pesakit hanya boleh dilihat oleh anggota keluarganya sahaja.” Bantah petugas itu halus.

Aku tidak membawa sebarang barang yang dapat menjamin bahawa aku ini adalah sebahagian dari keluarganya. Aku teringat akan resit ubat itu. Aku memeriksa mesej yang masuk dari Rachel dan foto itu sudah ada.

          ”Begini puan, saya adalah ahli farmasi dan kebetulan saya mendapat resit dari klinik ini. Saya ingin melakukan pengesahan bahawa resit ubat ini adalah benar. Masalahnya, ubat hipertensi dicampur dengan ubat diabetis di sini.”

Petugas itu mengamati foto kemudian meminjamnya sebentar untuk menghubungi nombor yang tertera pada resit.

           ”Selamat malam doktor. Ada pengesahan untuk anda, dari ahli farmasi luar. Adakah benar doktor ada memberikan resit untuk Tuan Akhbar bin Hussein?.”

Maafkan aku Ya Allah. Aku berbohong hanya untuk tahu apa yang terjadi pada abi.

           ”Masalahnya ubat di sini dicampurkan dengan ubat hipertensi doktor.”

           ”Ouhh baik, akan saya sampaikan kepada dia.”

Setelah mematikan panggilan dan mengembalikan telefonku, petugas itu berkata;

            ”Resit ini benar cik. Memang ubat ini adalah untuk hipertensi dan diabetis. Doktor kata pesakitnya mengalami komplikasi.”

Deg!!.

Kakiku terkulai lemas. Rasanya kepalaku disiram ais sampaikan tidak mampu lagi untuk mencerna kata-kata dari petugas klinik itu tadi. Komplikasi?. Abi menghidap diabetis dan hipertensi secara bersamaan.

Dua perawatan penyakit itu bersifat antagonis. Jika abi mengubati hipertensinya, diabetisnya akan semakin parah. Jika abi mengubati diabetisnya, tekanan darahnya akan semakin tinggi. Jarang ada yang sembuh dari kes komplikasi seperti ini apatah lagi pada umur abi sekarang.

Sejak bila?. Sejak bila abi memiliki dua penyakit ini?. Aku berjalan longlai menuju ke kerusi menunggu. Tubuhku lemah. Aku melihat resit itu lagi. Astaghfirullah, banyak sekali ubat yang harus dia ambil.

”Nama Fisya, Nafisya Kayla. Bukan Nafisya Kayla binti Akhbar!!.”

”Kalau akak nak terima abi lagi, ya silakan tapi jangan paksa Fisya buat apa yang Fisya benci!!.”

”Dia dah ada keluarga, ada isteri dan ada anak. Buat apa kita perlu risaukan orang yang tak pernah pedulikan kita?.

”Sebegitu bencinya kau pada abi sampaikan tak nak terima wang dari abi?.”

”Abi itu orang luar. Sampai bila Fisya harus bergantung harap pada orang luar?.”

”Membenci seseorang bukan bererti kita harus membenci orang di sekitarnya kan?.”

”Fisya mirip umilah, bukan abi.”

Rakaman kederhakaanku selama ini terbayang di benak. Air mataku semakin banyak. Hatiku luluh. Aku tidak pernah mengajaknya berbicara bahkan untuk sekadar memanggilnya sebagai abi juga tidak pernah aku lakukan. Aku selalu menghindar jika bertemu dengannya. Mendengar namanya saja sudah membuatku muak. Hal yang kulakukan itu berbalik menusukku hari ini. Aku menangis memeluk lutut di atas kerusi menunggu.

Rasanya menghakimi diriku saja tidak cukup. Allah benar-benar membuat mataku buta dan telingaku tuli. Aku hanya melihat satu kesalahan abi tanpa boleh melihat 99 kebaikannya.

Tangisku semakin dalam ketika aku tak peduli jika dia sakit. Ke mana aku selama ini?. Hanya memikirkan rasa sakit kerana patah hati tanpa menyedari bahawa diriku sendiri yang menyakiti orang lain. Aku menenggelamkan wajah di antara kedua tangan. Menangis dan menjerit tanpa suara.

Dua jam aku berada di klinik dan baru pulang setelah tangisku boleh sedikit mereda.

           ”Kau baru balik Sya?. Ini dah pukul berapa?. Ummi sampai tertidur tunggu kau balik.” Kata Kak Syasya kesal, namun berusaha untuk tetap lemah lembut.

Aku tahu sekarang hampir pukul sebelas setengah malam-kali pertama aku pulang selarut ini. Masalahnya aku tidak boleh pulang ke rumah dalam keadaan mataku memerah.

Sejak tadi telefonku tidak berhenti berdering. Ada panggilan masuk bergantian dari Kak Syasya dan ummi. Sikapku yang membuatkan mereka bimbang itu memang salah tetapi aku benar-benar memerlukan waktu untuk bersendirian.

          ”Hummm dahlah, cepat masuk. Nanti kau masuk angin pulak.”

          “Kak……”

Kak Syasya menoleh dengan tatapan hairan kerana suaraku mendadak berubah.

          “Ada apa?.”

          “Kak Syasya tahu abi sakit apa?.”

Kak Syasya terlihat semakin hairan.

            “Sejak bila pulak kau sibuk nak tanya pasal abi?. Ouhh pasal diabetisnya?. Kakak tahu. Kenapa?.”

Aku menggeleng perlahan. Rupanya Kak Syasya tidak tahu tentang komplikasi penyakit abi.

Entah kerana ini adalah hari konvokesyen Johan entah memang tidak boleh tidur, sejak pukul dua pagi lagi aku sudah terjaga. Aku terus menerus memikirkan keadaan abi. Satu daftar baru dalam doa, sepertiga malamku iaitu kesihatan abi.

           “Fisya!!! Cepat!!!.” Teriak Kak Syasya dari bawah.

Aku mempercepatkan tindakan aku mengenakan hijab. Ketika majlis konvokesyennya dulu pun Kak Syasya datang lewat ehh bila tiba majlis konvokesyen Johan, tak sabar-sabar pulak dia nak pergi sampaikan aku nak pakai tudung pun tak senang. Kak Syasya sudah mula memakai tudung setelah menerima lamaran dari Johan. Itu yang membuatku bahagia.

           ”Apa?.” Tanyaku ketika ummi dan Kak Syasya memandangku dengan mulut yang ternganga.

          ”Humm tak ada apa-apa. Hah jomlah, keluarga abi dah lama tunggu kita.”

Di luar, aku melihat kereta putih milik abi. Seingatku dulu kereta itu berwarna hitam. Abi membawa dua kereta. Yang satu khusus untuk keluargaku, yang akan dipandu oleh Fadil.

          “Kau sepatutnya pakai kasut yang akak belikan tu.” Ujar Kak Syasya ketika berjalan keluar.

           ”Humm eloklah lepas tu jatuh tergolek.” Aku melihat sepatu Kak Syasya yang tumitnya terlalu tinggi. Tidak ada satu pun dari koleksinya yang bertumit rendah.

           ”Okey, para bidadari syurga. Sekarang siapa yang mahu pergi dengan putera raja yang kacak ini?.” Tanya Fadil yang berjaya mengundang tawa ibunya dan ummi.

Abi menghampiri kami sambil membawa sebuah dokumen berwarna biru.

          ”Abang, failnya tertinggal?.” Tanya Mak Cik Mia spontan.

 Abi tersenyum. Aku benci senyuman itu. Kenapa masih boleh tersenyum sedangkan tubuhnya tidak berada dalam keadaan baik?.

        “Ya, abi akan hantarkan dokumen ini dulu ke pejabat. Ada meeting….selepas itu barulah abi boleh menghantar kamu semua.”

Kereta yang dipandu oleh Fadil hanya mampu memuatkan empat orang penumpang sahaja sementara Kak Nayla pula akan dijemput di pertengahan jalan nanti.

           ”Humm yelah, kalau macam tu biar Syas-.”

           “Fisya akan menyusul abi. Kak Syasya sepatutnya dah kena ada di kampus sebelum majlis konvokesyen dimulakan.”

Ummi merenungku ketika aku mengatakan bahawa aku akan menaiki kereta abi.

Sejak kereta itu melaju, aku tidak tahu harus bersikap seperti apa, abi harus ke pejabatnya dahulu barulah selepas itu kami boleh pergi ke kampus.

Abi memberhentikan keretanya di tempat letak kenderaan.

         ”Kamu nak ikut masuk?.”

         ”Atau abi boleh suruh Fadil datang jemput kamu di sini.”

          ”Tak apalah, biar Fisya tunggu dalam kereta je.”

          ”Dalam kereta ni lemas, tak selesa nanti. Lebih baik kamu ikut abi masuk ke dalam dan tunggu abi di dalam bilik pejabat.”

Aku menolaknya lagi.

         ”Humm kalau macam tu tak apalah, nanti kalau ada apa-apa, hubungi abi ya.”

Aku ingin menangis. Aku tidak pernah menyimpan nombor telefonnya.

Dia masuk ke dalam bangunan syarikat yang maju dalam bidang hartanah itu.

Aku hanya menunggu sekitar lima belas minit. Abi muncul lebih cepat dari waktu yang dijadualkannya. Abi adalah pemilik perusahaan ini. Dia menduduki posisi sebagai pengarah urusan dan syarikatnya mempunyai nama tersendiri dalam pasaran saham. Namun abi tidak pernah menggunakan kereta mewah. Kereta klasik ini masih menjadi kegemarannya. Kereta ini berbentuk seperi katak dengan hiasan lafaz Allah sebagai gantungannya.

           ”Pakai seat belt.” Katanya ketika kereta itu meninggalkan tempat parking.

Tiga puluh minit kemudian, kami memasuki kampus. Melalui tingkap kereta, aku merenung ke arah orang ramai yang terlihat sibuk di luar sana.

Maaf, Fisya sayang abi. Aku tak berani mengatakan hal ini secara langsung. Apatah lagi bila suasana tiba-tiba menjadi hening.

         ”Kalau Fisya dah tamatkan pengajian nanti…” Ucapku.

         ”Abi nak tak datang ke majlis konvokesyen Fisya?.” Suaraku gementar. Oh, Tidak!!. Jangan menangis sekarang Nafisya!!.

Abi sampaikan hampir menekan pedal brek secara mendadak.

         ”Tentu….tentu abi akan datang kalau kamu dah tamat kuliah nanti. Abi akan pastikan yang abi adalah orang pertama yang akan datang ke majlis konvokesyen kamu. Ummi kamu pasti akan membawa sejambak bunga mawar khas untuk kamu.” Katanya sambil tersenyum.

Aku boleh mendengar nada bahagia dari suaranya. Bahkan dia masih mengingati bahawa aku begitu sukakan bunga mawar. Aku semakin ingin menangis. Betapa kejamnya diri aku selama ini.

Sepanjang perjalanan menuju ke dewan utama, aku hanya merenung ke luar tingkap. Ketika sampai, aku tiba-tiba teringatkan sesuatu. Harusnya aku hadir pada hari ini. Astaghfirullah!!. Aku lupa!!. Aris pasti akan membunuh aku kalau sampai dia tahu aku terlambat!!.

         ”Abi, Fisya masuk dulu ya. Fisya lupa kalau hari ini Fisya ada hal penting.” Aku masuk dan berlari ke belakang pentas. Biasanya ramai panitia di sana. Syukurlah Alfa menjadi panitia juga. Lelaki itu membulatkan mata seperti terpana ketika melihatku. Dia menghampiri aku di belakang pentas.

         ”Kenapa Sya?.”

Aku mengambil nafas sebanyak yang mungkin. Tidak kuliah, tidak konvokesyen, aku selalu berakhir dengan berlari.

          ”Nama saya dipanggil?.” Tanyaku dengan suara yang tercungap-cungap.

          “Ouhh itu.” Dia merenung kertas susunan acaranya.

          “Di sini digantikan dengan nama Rara dari Falkulti Sastera.”

Aku menarik nafas lega. Semua pelajar lelaki mengenakan kemeja biru dengan kot hitam sementara pelajar perempuan pula berkebaya biru. Aku harus menghindari makhluk yang memakai kot hari ini.

Patutlah hari ini Kak Syasya memilih untuk memakai gaun biru muda. Rupanya agar terlihat serasi dengan Johan. Di ruangan itu, kami berpecah. Aku mencari-cari keberadaan Rara yang mengenakan baju berwarna hijau muda.

Setelah berbagai macam sambutan diadakan, para pelajar dipanggil satu per satu dengan gelaran baru. Mereka maju ke depan dan bersalaman dengan dekan.

Beberapa orang yang kukenal sudah menunggu di bahagian kanan dewan besar ini. Rachel tampak bergabung dengan kawan-kawan yang lain. Aku menghampiri mereka.

Aris berlarian kecil mendekat. Aku tersentak bersembunyi di balik tubuh Zahra.

          ”Nafisyaaaa!!!.” Panggilnya dengan riak wajah marah.

          ”Maafkan aku Ris. Maaf!!.” Kataku sambil memutari Fuad dan Rachel kerana Aris terus mengejarku.

        ”Sini kau Sya!!. Awas!!. Aku boleh mati berdiri menunggu di pintu masuk tadi. Aku dah cakap kan jangan datang lambat!!. Jangan datang lambat!!.”

         ”Serius, aku betul-betul lupa. Betul, aku tak tipu. Maaf Ris, maaf sangat-sangat…aku ikut abi tadi….”

Seseorang datang menghampiri kami dan Aris berhenti memburuku.

         ”Ini dia pelajar yang bakal menggenggam segulung ijazah.” Kata Fuad saat melihat Johan.

        ”Johan tolong aku….. Aris cakap, dia nak kerat-kerat badan aku.” Aku bersembunyi di belakang Johan.

         ”Mana?.” Tagih Johan sambil menghulurkan tangan kepadaku.

Aku mengerutkan dahi.

          ”Apa?.”

          ”Jambangan bunga Sya. Hari ini kan hari konvo aku.”

Aku menggaru-garukan tudung.

          ”Jangan cakap kalau kau terlupa pulak. Sahabat macam apa kau ni sampaikan majlis konvo aku pun kau boleh lupa.” Johan berpura-pura marah.

Aku terkekeh.

          ”Aku tak lupalah, ada je tapi tertinggal. Masih ada di kedai bunga.”

           ”Eeeeee itu maknanya kau belum beli.” Celah Dinda yang turut tertawa.

Rachel juga tertawa. Ketika yang lain memakai baju kurung agar terlihat anggun, dia malah berkemeja batik dan berseluar jeans hitam.

Gadis tomboy itu menyiku aku perlahan.

          ”Semalam kau pergi mana?. Klinik?.” Bisiknya.

Aku hanya mengangguk.

          ”Agak-agak kalau Johan dah kahwin esok, siapa pula yang bakal menyusul di antara kita?.” Tanya Aris.

Aku pantas menunjuk ke arah Fuad yang berdiri di hadapanku.

         ”Ehhh kenapa pulak aku Sya?.”

         ”Dari kelmarin lagi kau asyik berikan hint je.”

Fuad cuba memburu aku.

Kami kembali tertawa.

           “Ummi cari kau tadi.” Ujar Johan.

           ”Kau nak balik sekali tak?.”

Aku baru saja datang, sudah diajak pulang.

        ”Nanti aku balik dengan-.” Mataku menangkap sosok Kak Nayla dan Abang Khafa.

       ”Ehhh sekejap. Itukan Kak Nayla!!.”

Aku berlari meninggalkan kawan-kawan.

Bersamaan dengan itu, Fuad menarik Johan agar menjauh.

          ”Aku ada hal penting nak cakap dengan kau bro.” Kata Fuad ketika mereka sudah berada jauh dari tempat sebelumnya.

          ”Hal apa?.”

Johan kelihatan sedikit bingung dengan pertanyaan dari Fuad yang menurutnya tidak memerlukan jawapan. Johan dan Fuad menamatkan pengajian hari ini dan sudah sejak dari hari pertama orientasi lagi mereka sudah saling mengenali.

         ”Aku nak tanya, kau tak pernah cintakan Nafisya?.”

Pertanyaan itu berjaya membuka hal paling dalam yang pernah Johan kuburkan. Pertanyaan yang selalu diajukan oleh sang ibu.

         ”Apa ni bro?. Memang tak lah!!. Sebab itulah aku nak kahwin dengan kakaknya. Aku cintakan Syasya.”

        ”Ya aku tahu tapi masalahnya….baiklah Jo, aku bercakap dengan kau sebagai lelaki yang normal. Nafisya itu perempuan idaman dan kalau aku berada di posisi kau yang berkawan dengan dia sejak dari kecil sudah pasti aku akan menikahi dia. Kau takkanlah tak pernah rasa perasaan macam tu walau sekali pun?. Takkanlah tak ada walau sedikit pun rasa suka terhadap Nafisya?. Jangan sampai kau menyesal nanti bro.”

        ”Taklah!!. Ahhh dahlah, aku nak balik.” Johan memicit hidungnya sambil berjalan pergi. Dia memang seperti itu kalau hatinya tidak sinonim dengan apa yang dia katakan.

Berita perkahwinan di antara Johan dan Syasya telah membuatkan kawan-kawannya terkejut. Terlebih itu dengan Syasya bukan Nafisya. Johan belum bersedia. Dia hanya berpura-pura bersedia. Termasuk pernikahannya bersama Syasya. Dia tiba-tiba memikirkan untuk cepat menikah ketika Nafisya mulai menjauh seolah-olah tidak perlukan kehadiran lelaki itu.

Johan berfikir Nafisya mempunyai orang lain untuk bergantung harap sehinggakan kehadirannya tidak bererti. Jadi dengan tiba-tiba Johan mengutarakan keinginannya untuk berkahwin kepada sang ayah.

Apakah Johan benar-benar mencintai Syasya?. Ya, dia sangat mencintai bakal isterinya itu bahkan sejak dari berumur sepuluh tahun, Johan ingin menikahi Syasya tetapi tidak sekarang.

Lalu apakah selama ini Johan menaruh hati pada Nafisya?. Dia tidak tahu. Jika cinta berlabuh dengan sendirinya, Johan tidak tahu di mana pelabuhan hatinya. Kehadiran Nafisya membuatkannya goyah akan siapa yang lelaki itu cintai. Kejadian ini mulai dirasainya ketika mereka selalu bertiga.

Rumah kayu yang dibangunkan di atas pohon itu sengaja dipasangkan pintu oleh ayah Johan kerana kalau siang hari Nafisya suka sangat tidur di sana. Walaupun Syasya sudah kembali ke rumah,  Nafisya tetap tidak mahu tidur di dalam biliknya. Hasilnya, Nafisya tidur di rumah pohon sementara Johan pula bermain layang-layang.

Suatu hari ketika musim hujan mulai menyapa, mereka bermain bersama. Menjelang siang, Nafisya tertidur lagi di rumah pohon itu. Tak ada kata bosan dalam hidupnya mengunjungi tempat itu. Kalau Ummi Aisyah ada, dia pasti sudah naik dan membawa Nafisya untuk tidur di rumah. Tetapi kerana hari itu Ummi Aisyah keluar jadinya Nafisya tertidur di sana.

Kerana bosan dengan mainan Barbie, Syasya masuk ke dalam rumah. Dia mengambil blouse, bedak dan lipstick dari bilik tidur umminya. Di depan rumah, Syasya berpura-pura membuka salon dan menata rias wajahnya sendiri.

Cantik, batin Johan. Saat itulah dia memutuskan untuk menjatuhkan hati pada Syasya. Dia tersenyum ketika Syasya menggunakan lipstick untuk membuatkan pipinya memerah.

Ketika asyik memperhatikan Syasya yang sebaya dengannya, Johan berlari tiba-tiba kerana mendengar Nafisya menangis. Kanak-kanak itu terjelupuk jatuh ketika mahu turun ke bawah dan lututnya berdarah. Ini mungkin disebabkan hujan yang membuatkan tangganya licin.

Kerana saat itu tidak ada orang dewasa di rumah Johan, dia menumbuk daun-daun kecil lalu meletakkannya tepat di bahagian luka sambil meniup-niup perlahan. Kanak-kanak yang tiga tahun lebih muda darinya itu tidak mahu berhenti menangis.

Nafisya memang cengeng, batin Johan. Tanpa sedar, dia tersenyum lagi. Nafisya itu memang cengeng tetapi Johan suka kalau wajah Nafisya memerah, kelihatan seperti tomato yang ditanam ke dalam bekas-bekas kecil.

Kejadian ketika Nafisya mencuba gaun pernikahan Syasya membuatkan Johan tertanya-tanya, apakah dirinya pernah menyukai Nafisya atau tidak.

“Hahahahah Nafisya macam badut!!.”

“Hikss…..hikssss….hiksss Johan jahaattttttt!!.Ummiiiiiiii!!!.”

Nafisya didandan oleh Syasya. Kanak-kanak itu mengenakan gaun ulang tahun Syasya tahun lepas yang tampak longgar di tubuh montelnya.

“Cantiklah. Kalau Johan cakap hodoh maknanya Syasya gagal jadi juru make-up.”

Johan berusaha untuk tidak tertawa lagi. Dia menyanjung hasil make-up kanak-kanak perempuan berusia sebelas tahun.

  “Ya….ya…cantiklah.”

“Awas tau!. Nanti kalau Fisya dah besar, lepas Johan tengok Fisya pakai gaun mesti mata Johan takkan berkedip tengok Fisya. Betapa cantiknya Fisya.”

“Hahahahahahah…yelah…terpulang…itu kan nanti bukan sekarang….hahahahaha.”

Nafisya memuncung. Wajahnya memerah lagi.

Johan memang mencintai Syasya tetapi dia rela meninggalkan Syasya untuk Nafisya yang menangis. Johan memang memuji Nafisya untuk membuatkan Syasya gembira tetapi dia berkata jujur agar pipi Nafisya semakin memerah. Jadi siapa yang sebenarnya dicintai oleh Johan?.

Nafisya menghampiri kakak seayahnya sambil tersenyum manis.

         “Kak Nayla.”

Satu orang yang dipanggil tetapi empat orang yang melirik ke arah Nafisya. Ada Alif juga di sana.

          ”Aku pergi ambilkan minuman dulu.” Kata Alif meminta diri.

          ”Sya, kenalkan ini kawan abang, namanya Ali.” Kahfa memperkenalkan orang di sebelahnya.

Nafisya tidak asing dengan lelaki itu.

         ”Dah kenal lah. Abang Ali ini abangnya Rara kan?.”

Lelaki itu mengangguk. Dia juga tidak asing dengan Nafisya kerana Rara sering mengajak Nafisya datang ke rumah.

          ”Kak Nayla, ada sesuatu yang Fisya nak berikan pada akak.”

Nafisya mengeluarkan pakaian bayi dari tas tangannya. Tampak pakaian bayi yang lengkap dengan seluar, baju, stokin dan topi.

          ”Fisya beli di Baby Shop. Comel, Fisya beli untuk baby akak.”

Johan melintas menuju pintu keluar dewan.

           “Johan!.” Panggil Nafisya.

Lelaki itu memicit hidung, menatap Nafisya sekilas lalu pergi begitu saja.

Nafisya mematung bingung.

          “Malam ini majlisnya jadi kan?. Kenapa Fisya tak balik lagi?.” Tanya Khafa.

Benar, Nafisya harus pulang cepat, membantu ibunya menyediakan makanan untuk majlis kesyukuran dan makan malam.

         ”Hummm baiklah, Fisya balik dulu.”

Gadis itu berlalu setelah mengucap salam. Fikirannya terpusat pada Johan. Dia merasa tidak sedap hati. Johan tidak pernah memicit hidungnya seperti itu. Adakah dia marah kerana Fisya mengakuinya sebagai abang ipar di depan kawan-kawan?. Fikir Nafisya.

Ketika sampai di tempat letak kenderaan, Nafisya boleh melihat bayang-bayang Johan yang berjalan ke arah kereta. Gadis itu sedikit berlari. Hanya ada Fadil di sana.

           ”Ehhh bang, dah nak balik?.” Sapa Fadil ke arah Johan.

Johan hanya tersenyum kecil menghidupkan enjin kereta. Dia masih memicit hidung.

         ”Johan!!!.” Panggil Nafisya menghampiri tingkap kereta, sementara Johan pula duduk di bahagian tempat pemandu.

         “Fadil, aku serahkan anak kunci pada kau ye.” Johan melemparkan kunci kereta ke arah Fadil.

         ”Johan kau kenapa?.” Tanya Nafisya sedikit jengkel kerana lelaki itu seolah-olah cuba menghindari darinya. Jika Nafisya tidak suka terhadap sesuatu, dia akan terang-terangan menunjukkannya.

Johan menoleh sejenak. Dia melepaskan tangan dari hidungnya yang kini memerah hebat.

         ”Aku nak cari Syasya dulu, aku nak balik dengan dia.” Katanya halus sambil tersenyum.

Antara Kita

Malam ini adalah malam istimewa. Kurang satu hari lagi atau esok Kak Syasya akan berkahwin dengan Johan. Ummi mengadakan majlis khatam Al Quran. Dia mengundang jiran tetangga dari kawasan terdekat dan juga beberapa orang tahfiz dari rumah anak yatim. Majlis sebagai tanda kesyukuran juga untuk Johan yang berjaya menamatkan pengajiannya dengan cemerlang. Majlis ini dipimpin oleh Pak Cik Fajar, ayahnya Johan.

Cinta memang mengubah segalanya termasuk Kak Syasya. Semoga Allah membuatkannya istiqomah. Kak Syasya, ummi dan aku sama-sama mengenakan jubah biru gelap dengan tudung panjang berwarna biru langit. Kak Syasya tampak sangat cantik membuatkan Johan harus benar-benar menjaga pandangannya.

Aku gembira kerana abi tidak berhenti senyum hari ini. Aku mulai mengubah semuanya walaupun tak banyak. Keluarga Mama Mia juga datang, lengkap dengan Fadli dan Fadil. Sementara itu, Abang Khafa belum datang kerana ada keperluan lain.

Setelah pengajian selesai, majlis ditutup dengan jamuan. Kami makan bersama masakan hasil air tangan ummi, Mama Mia dan ibunya Johan. Oh ya, sekarang aku sudah mula membiasakan diri memanggil Mak Cik Mia sebagai Mama Mia.

Aku jadi teringatkan Arsya, bayi kecil di Rumah Anak Yatim Al-Kasih.

         ”Siapa yang nak puding?.” Tawarku meniru gaya ummi.

Mereka berhamburan menghampiriku.

         ”Ambil ini.” Aku bahagikan satu per satu puding itu sehingga ke bahagian terakhir, puding coklat.

        “Ini yang kakak punya…..kalau awak ambil yang strawberri boleh?.”

Kanak-kanak itu terdiam dan hendak menangis.

        ”Macam mana kalau satu juzuk untuk satu puding. Cepat, kakak nak dengar.”

        “Tapi hafalan saya baru juz 30 kak.”

Aku tertawa kecil lalu mengusap rambut kanak-kanak itu.

        ”Ini ambil nanti sambung hafalannya ya.” Aku menaruh dulang.

Mama Mia menyapa;

         ”Sya, kamu dah makan?.”

Aku tersenyum.

          ”Fisya belum lapar ma.”

Mama Mia tersenyum;

          ”Makan tidak semestinya harus menunggu lapar. Jomlah makan, mama temankan.”

Aku berniat berubah. Aku tidak mahu membenci abi dan keluarga barunya. Aku juga ingin terlepas dari filofobia yang menyeksaku- saat jatuh cinta mendadak, tangan gementar dan berpeluh tak jelas.

Waktu aku sampai di dapur, Kak Nayla nampaknya sedang duduk.

         ”Kak Nayla, dah makan ke belum?. Kalau belum, biar Fisya yang dukung Fathir.”

        ”Kan Fisya nak makan. Tak apalah, Fisya makanlah dulu.” Kata Mama Mia.

         “Ya Sya, pergilah makan dulu.” Sambung Kak Nayla.

Fathir ini adalah anak jiran tetangga yang rumahnya terletak di sebelah kanan rumahku. Tetangga sebelah kiri sudah pasti keluarga Johan.

         “Fisya tak lapar. Serius. Tadi di dewan, Fisya dah banyak sangat makan makanan ringan. Humm sekarang ni Fisya nak minum air jambu je. Sinilah kak, biar Fisya je yang dukung.”

Aku mengambil alih Fathir dari pangkuan Kak Nayla. Aku tidak sanggup melihatnya terus mendukung Fathir padahal perutnya sedang berisi. Kak Nayla berganjak dari tempat duduknya.

          ”Alolololo…..adik Fathir.” Sambut Kak Syasya yang ingin mendukung Fathir.

           ”Bakal pengantin tak boleh dukung bayi.” Kataku.

           ” Lahhh betul ke?.”

Aku mengangguk;

         ”Yelah lebih-lebih lagi bayi lelaki, nanti bakal suaminya cemburu.”

Semua tertawa mendengarnya. Mama Mia dan Kak Nayla juga menyusulku menuju ke ruang tamu.

Aku hairan dengan posisi duduk kami. Abi duduk di kerusi utama lalu di sebelahnya ada Encik Alif ditemani Abang Kahfa. Biasanya Mama Mia atau ayah Johan yang duduk di sebelah abi.

Itu wajar. Mungkin Encik Alif dan abi akan membicarakan tentang bisnes.

         ”Fisya, biar mama yang dukung. Ini habiskan dulu jus jambu kamu.” Fathir beralih pula ke tangan Mama Mia.

        ”Hah, semuanya pun dah ada di sini. Ada hal penting yang ingin Kahfa sampaikan di depan keluarga terutama abi.”

Aku meneguk jus jambuku. Pasti mengenai Kak Nayla yang akan melahirkan anak secara bedah.

         ”Jadi begini, kedatangan Alif ke sini sebenarnya disertai dengan niat baik. Ada hal yang ingin dia katakan kepada abi. Mungkin lebih baik jika Alif sendiri yang mengatakan hal tersebut.”

Aku meneguk lagi jus jambuku.

          ”Saya ingin melamar puteri pak cik.”

Byur!!!

Aku tersedak sehingga rasanya jus jambu itu turut keluar dari hidung. Kerongkongku terasa tersumbat sehingga aku terbatuk-batuk. Mama Mia menepuk-nepuk bahuku perlahan.

Jus yang masih ada di dalam mulutku memberontak keluar. Tanpa sedar, aku menyemburnya ke arah wajah Johan. Jus tersebut juga membasahi wajahnya.

Fadli dan Fadil menahan diri untuk tidak tertawa. Johan memandang kesal kepadaku. Tidak biasanya dia menunjukkan reaksi seperti itu. Biasanya dia langsung tertawa atau setidaknya mengejekku. Dia memang sedikit aneh sejak pulang dari majlis konvokesyen tadi.

Aku mengacaukan suasana serius yang telah Abang Kahfa bentuk. Mereka tertawa menyaksikan kegugupan aku. Aku sendiri belum sepenuhnya sedar.

Jantungku berdetak kencang kerana ini adalah kali pertama aku dilamar. Melamar puteri pak cik?. Puteri abi hanya ada tiga. Tidak mungkin Kak Syasya dan Kak Nayla.

Encik Alif melamar aku?. Aku??. Aku tidak salah dengar??!!. Seseorang tolong tampar aku sekarang dan katakan kalau ini bukan mimpi!!. Mataku berkedip beberapa kali tetapi tidak ada yang berubah. Kelmarin dia begitu garang padaku dan sekarang, dia mengatakan hal yang tak masuk akal!.

Ini realiti kan?.

Abi mencuba mengembalikan perbualan.

           ”Itulah Nafisya, dia penuh dengan sejuta kejutan dan sejuta kebahagiaan. Kalau boleh pak cik tahu, apa yang membuatkan Alif mahu melamar Nafisya?.”

          ”Kahfa kata, memikirkan perempuan yang bukan mahram itu termasuk dalam zina fikiran. Parahnya, puteri pak cik tidak boleh angkat kaki dari fikiran saya. Islam memuliakan wanita dengan pernikahan. Jadi saya fikir, satu-satunya jalan keluar untuk saya adalah dengan menikahi Nafisya.”

Aku terdiam. Sebahagian dari diriku merasa bahagia, satu per empat lagi tidak bahagia, sisanya merasa aneh. Sejak bila dia mengubah haluan yang tiba-tiba ingin melamarku?. Bukankah dia tahu aku menyukai orang lain?. Bahkan orang itu hadir di sini. Orang itu sedang menghilang untuk mencuci wajah dan membersihkan noda pakaiannya.

         ”Alhamdulillah, pak cik sangat gembira mendengarnya. Tapi pak cik tak boleh beri jawapan sekarang atau memberikan keizinan apapun. Semuanya tergantung kepada Nafisya sendiri untuk membuat keputusan kerana dia yang akan menjalaninya. Bagaimana Nafisya?.”

Aku bingung, gugup, jantungku hampir tercabut dan berpeluh. Menikah?. Dengan pensyarahku sendiri?. Haruskah begitu?. Kebimbangan melandaku begitu hebat. Bukan perkara umur, melainkan perasaan. Aku tak yakin mencintai Encik Alif kerana ini hanya rasa kagum. Aku boleh saja belajar mencintainya setelah berkahwin namun bagaimana kalau aku tak mampu melupakan Johan?.

Ya Allah bagaimana sekarang?. Lagipun aku sudah menyediakan passport, tiket sudah ada di tanganku, hanya tinggal pergi, jalan keluar untuk melupakan Johan telah kudapatkan. Namun kenapa dia tiba-tiba datang melamarku dengan begitu yakin?.

Tanganku mulai gementar dan berpeluh lagi.

        ”Sya?.” Ummi menyedarkan aku.

Aku memandang ke arah abi.

        ”Errrr….errrrr…. Fisya….sebenarnya….Nafisya belum cakap kalau……Nafisya mengambil program biasiswa di luar negara abi. Fisya harus ke Bosnia esok lusa.”

Ummi sangat terkejut. Dia pantas mengucap istighfar. Johan yang baru saja kembali dari tandas terdiam. Sejak Johan memutuskan untuk menikahi kakakku, hubungan kami jadi sedikit renggang. Jadi, aku jarang menceritakan apapun padanya. Mungkin semua orang merasa telah dibohongi.

Kak Syasya diam. Tidak ada yang merespons. Katakanlah sesuatu, marahi aku kalau aku memang salah. Jangan berdiam seperti ini!!.

Awalnya akan aku katakan esok hari. Dengan begitu, aku tidak harus melihat mereka seperti ini.

         ”Kenapa kamu tak pernah beritahu pada ummi tentang hal ni Sya?. Pergi ke luar negara bukanlah hal yang mudah.”

Aku tahu. Bagaimana mungkin aku boleh mengatakan semuanya jika mereka sangat bahagia dan sibuk dengan perkahwinan Kak Syasya?. Apatah lagi tinggal di negara yang majoritinya non-Muslim. Sudah pasti hidup di sana agak sukar tetapi melupakan Johan jauh lebih sukar bagiku.

       ”Fisya minta maaf ummi, abi. Fisya nak cakap tapi takut kalau ummi dengan abi tak akan izinkan Fisya pergi. Disebabkan itu……Fisya cuba mencari waktu yang tepat.”

Abi memandangku masih dengan tatapan hangat. Aku tahu pasti aku telah membuatnya marah.

         “Maafkan Fisya abi….” Ucapku perlahan.

Abi tidak terlihat marah ataupun terkejut lagi. Dia kembali bersikap tenang.

         ”Nafisya…..Alif ini pensyarah kamu kan?.”

Aku mengangguk perlahan.

         ”Sebenarnya abi sedikit kecewa dengan kamu. Hal penting macam ini pun abi terpaksa tahu dari Alif, bukan dari anak abi sendiri.”

Jadi…..abi sudah tahu tentang hal ini?.

          ”Abi tak boleh melarang kamu untuk pergi. Lagipun kamu sudah cukup dewasa Sya. Kamu dah tahu mana yang baik untuk kamu. Yang penting bagi abi adalah kebahagiaan Sya. Jadi abi serahkan semuanya kepada kamu. Kalau kamu mahu melanjutkan pengajian ke Eropah, abi izinkan dengan syarat ummi kamu juga harus mengizinkannya.”

Aku memandang ummi yang sudah tentu tidak rela jika aku pergi ke Eropah. Redha Allah itu ada pada orang tuaku. Jika ummi berkata tidak, aku juga tidak akan pergi. Aku lebih menyayangi ummi berbanding biasiswa itu.

            ”Ummi akan mengizinkan kamu untuk pergi tapi dengan syarat, kamu harus menerima lamaran Encik Alif. Dengan begitu, ummi berasa lebih tenang mahu melepaskan kamu Nafisya.”

Tidak mungkin!!. Menerima?!!.

Menikah dengan Encik Alif membuatku berfikir dua kali. Dia tahu aku mencintai Johan. Jika aku menjawab ‘ya’, sama sahaja seperti aku menyakitinya. Dia pasti menyangka perkahwinan ini hanya agar aku boleh ke luar negara dan melupakan Johan. Dia akan menganggap bahawa dirinya hanyalah sebagai alat untuk aku melepaskan diri dari Johan.

Tidak!!. Tidak mungkin!!. Aku tidak boleh pentingkan diri, menyakiti orang lain demi kepentingan diri. Cukuplah aku menyakiti abi. Jangan libatkan orang lain dalam masalah ini. Aku tidak mahu Encik Alif berfikir seperti itu tentangku. Tetapi jika aku menolak, itu ertinya aku harus tinggal di sini dan melihat Johan dan Kak Syasya terus-menerus. Tambahan pula, abi dan ummi terlihat begitu berharap agar aku menerimanya.

Bagaimana Ya Allah?. Aku mengusap wajahku sejenak, menutup dengan kedua-dua tangan dan bercerita kepada Yang Maha Mengatur. Dia Maha Mengetahui mana yang terbaik untukku.

         ”Fisya perlukan waktu.” Ucapku melirih. Aku tidak berani memandang sesiapapun. Semoga saja Encik Alif mengerti dengan keputusan yang kuambil bahawa aku tidak bermaksud menggantungnya.

Lalu kenapa dengan diriku?. Kenapa aku merasa sedih setelah meminta waktu?. Hati ini terlalu takut untuk menyakiti orang lain. Atau perasaan kagumku telah bertukar menjadi perasaan lain?.

         ”Kamu berangkat esok lusa kan?. Itu ertinya kamu harus memberikan jawapan paling lewat petang esok.” Kata abi.

          ”Bagaimana Alif?. Alif mahu menunggu jawapan Nafisya?.”

Keluarga besarku mengucap syukur tepat setelah mendengar jawapan positif dari Encik Alif. Malam itu tetap dilanjutkan seolah-olah tidak terjadi apa-apa di antara aku dan Encik Alif. Lelaki itu berbincang mengenai hal bisnes dengan abi dan Abang Kahfa. Adapun yang lain membahasnya esok pagi.

Perasaanku tidak sedap. Aku tidak fokus mengikuti perbualan mereka. Aku berpura-pura ingin mengambil minuman.

Aku merenung jam dinding yang tergantung di rumah. Ini sudah larut malam. Kalau aku katakan aku mengantuk, apakah mereka akan percaya?.

        ”Minum ais?. Di cuaca yang sejuk macam ni?.” Komen seseorang yang kutemui sedang duduk di kerusi tengah. Entah Fadil entah Fadli, aku tidak boleh membezakannya.

          ”Saya dah lama nak tanya hal ni.” Ujarku.

          ”Apakah kita pernah berjumpa sebelum ini?.”

          ”Falkulti Perubatan.” Jawab salah seorang daripada mereka.

          ”Awak mencari pensyarah sambil membawa surat-surat.”

Aku mengangguk kerana berjaya mengingatinya. Aku ingin mendinginkan fikiran sejenak.

           ”Minum ais tak baik untuk kesihatan Dik Fisya.” Kata kembar kedua.

Orang yang lebih awal menyapaku menyikunya.

          ”Tarikh lahir kita cuma beza tiga hari je dengan dia. Jangan panggil dia adik. Kita pulak yang nampak tua nanti.”

             ”Tapi kata abi, dia anak bongsu Dil.”

             “Jangan panggil aku Dil. Nama aku Fadil, bukan Dila!”

              “Kalau aku panggil Fad nanti mama dengan ummi bingung nak panggil kita apa.” Jawab orang yang ternyata Fadli.

Pertengkaran mereka kelakar, sayangnya aku tidak mempunyai minat untuk ketawa.

             ”Kami baru saja melihat portal web bagi pendaftaran biasiswa. Awak hebat juga ya kerana berjaya melepasi pemilihan.” Fadil cuba mengalihkan topik perbualan.

Aku tidak banyak bicara.

           ”Kalau ada yang tanya, katakan saja Fisya ada di atas ya.” Pintaku.

Mereka mengangguk serentak.

Di bilik, aku mengoyakkan kertas tiket itu lalu melemparkannya keluar. Kenapa ummi harus mengajukan syarat seperti itu?. Dua pilihan yang sangat berat.

Malam ini menjadi malam paling rumit kedua bagiku. Untuk kali kedua, fikiranku dipenuhi oleh lelaki lain selain Johan. Bagaimana perasaan Encik Alif sekarang?. Apakah dia merasakan aku menggantungnya?. Apakah dia terbebani dengan jawapanku tadi?.

Aku boleh mendengar bahawa para tetamu akan segera pulang. Telefonku berdering. Ada panggilan masuk dari seseorang yang tidak diketahui.

            ”Assalamualaikum nak.” Aku tahu suara itu adalah suara abi.

            ”Waalaikumussalam abi.” Balasku sopan.

            ”Kamu tak akan turun ke bawah?. Abi dah nak balik ni….cuba lihat ke jendela depan.”

Aku menurut. Abi tampak sedang berdiri sendirian di sebelah keretanya sambil memegang telefon. Dia melambaikan tangan yang kubalas dengan senyuman palsu.

           ”Hari yang berat ya?. Kamu pasti perlukan waktu untuk menyendiri.”

          ”Tak adalah abi. Fisya pernah melalui hari yang lebih berat dari hari ini…..waktu Fisya tidak bersama abi.”

           ”Maaf ya Fisya. Disebabkan abi, Fisya gagal mengambil biasiswa. Ummi kamu bimbang kalau kamu pergi bersendirian….makanya dia meminta kamu agar menerima lamaran Alif. Tapi nanti biar abi cuba pujuk ummi kamu lagi. Kamu istikharah ya nak. Minta pertolongan dari Allah. Pasti Allah akan memberikan yang terbaik buat Fisya. Sekali lagi, abi minta maaf.”

         ”Jangan minta maaf. Tolong abi. Fisya yang paling banyak salah di sini abi.” Kataku melirih. Kami saling merenung.

          ”Jangan lupa minum ubat tepat waktunya bi….Fisya sayang abi.” Kuputus sambungannya.

Akhirnya aku mengatakannya. Hujung mataku memanas. Rasanya ingin menangis lagi tapi aku sudah lelah. Kepalaku terasa pening kerana terlalu banyak menangis.

Aku mendengar deruan enjin kereta berbunyi. Rumah pun kembali hening. Aku menyangka ummi dan Kak Syasya sudah tidur, ternyata tidak. Ummi masuk ke dalam bilik, mendapatiku yang sedang berbaring dan menutup seluruh tubuh dengan selimut.

Aku membuka selimut dan menampakkan wajahku.

          ”Kamu marahkan ummi ya?.” Tanya ummi melirih.

Aku bangun dan duduk. Satu-satunya orang yang tidak ingin kulihat senyumannya luntur adalah ummi.

       ”Sejak bila Fisya pandai marahkan ummi?.” Aku mencuba untuk tersenyum dan terlihat baik-baik saja.

         ”Tapi kamu kelihatan sedih…..kenapa?. Maaf, ummi tak boleh nak lepaskan kamu pergi ke sana sendirian Sya. Ummi tahu, tempat pilihanmu itu adalah salah satu tempat yang paling ramai muslimnya di Eropah tetapi ummi tetap risau kalau kamu tinggal bersendirian di sana.”

         ”Fisya faham mi.”

Tapi Fisya mungkin tidak mampu membuatkan ummi mengerti kalau Fisya sebenarnya belum kuat untuk melihat Kak Syasya berkahwin dengan Johan. Fisya tidak boleh tinggal di sini lagi dan belum bersedia untuk berkahwin.

          ”Sia-sia kan kalau Fisya pergi tetapi ummi tidak ikhlas. Semuanya tidak akan berkat.”

Ummi tersenyum sambil mengusap kepalaku.

            ”Maknanya kamu sedih kerana bimbang dengan jawapan yang harus kamu katakan kepada Alif?.”

Aku terdiam dan menanyakan hal yang sama pada diriku sendiri.

Ummi memelukku sebentar kemudian menyuruh tidur. Ketika dia hendak berganjak pergi, aku menanyakan sesuatu yang sudah sekian lama kupendam;

         ”Kenapa ummi berpisah dengan abi?.”

Ummi menoleh dan duduk kembali. Dia tampak terbebani dengan pertanyaanku. Setelah mengambil nafas perlahan-lahan, dia menjawab;

          ”Kerana itu yang terbaik.”

          ”Tidak ada penceraian yang baik. Cerai itu adalah sesuatu yang dibenci oleh Allah.”

Dia tersenyum dan mengusap ubun kepalaku.

         ”Dulu abi ada saudara kembar sama seperti Fadil dan Fadli. Kembarnya itu bernama Tarmizi, suaminya Mama Mia. Saat itu, ummi dengan Mama Mia sama-sama mengandung. Mama Mia mengandungkan Fadil dan Fadli dan ummi mengandungkan kamu. Pak cik kamu meninggal dunia akibat kemalangan setelah koma selama lapan bulan.”

         ”Ketika dia sempat sedar, dia mengamanahkan abi supaya menikahi Mama Mia tetapi Mama Mia tidak mahu berpoligami. Mama Mia kata, dia tidak mahu berkahwin dengan abi kerana berkongsi itu adalah suatu hal yang sangat menyakitkan. Di sisi lain,ummi tahu siapa yang lebih memerlukan abi kerana Mama Mia mengandungkan anak kembar.”

         ”Sewaktu kamu kecil, saat ummi sering bergaduh dengan abi, ummi meminta abi agar menceraikan ummi dan menikahi Mama Mia tetapi abi tak mahu. Kami sering berperang mulut. Akhirnya abi pergi dari rumah dengan membawa Syasya. Dia tidak mungkin membawa kamu kerana kamu masih kecil……masih memerlukan ummi.”

            ”Kami saling bertahan dalam ego masing-masing. Selepas tiga tahun kemudian, abi kamu menerima tuntutan cerai dari ummi.”

           ”Kenapa ummi merelakan abi kalau ternyata ummi masih mempunyai perasaan terhadap abi?.”

           ”Kerana ummi tahu kalau ummi akan tetap menjadi satu-satunya perempuan yang ada di hati abi kamu Sya. Manusia itu mempunyai dua bahagian dalam kehidupannya, bahagian kebahagiaan dan bahagian kesedihan. Semua itu datang secara bergantian. Tidak ada seorang manusia pun yang hidupnya terus-menerus merasa bahagia atau terus-menerus sedih. Hanya bagaimana dia melibatkan Allah dalam setiap bahagian kehidupannya.”

Ikrar Perpisahan

Mataku sudah seperti panda. Akhir-akhir ini mataku cepat sekali lelah. Mungkin kerana sering tidur lewat malam. Kelmarin saja aku tidur pukul dua belas tengah malam dan terbangun pukul dua pagi. Kerana tidak biasa tidur, akhirnya aku memutuskan untuk menunaikan solat Tahajud sekaligus Istikharah.

Aku tidak mendapatkan jawapan apapun. Aku tidak memimpikan apapun. Jawapan solat Istikharah memang tidak selalunya melalui mimpi. Aku hanya tinggal menjalani maka itulah jawapan terbaiknya. Aku sudah mengambil keputusan terbaik.

Eropah dan Encik Alif sama-sama sebagai persinggahan semata-mata. Aku tidak akan pergi ke Eropah. Aku akan tetap tinggal di sini dan menahan semuanya. Aku juga tidak akan menerima lamaran Encik Alif. Aku lebih memilih membiarkan diri sendiri tenggelam dalam rasa sakit daripada harus mengheret orang lain untuk turut merasakannya.

Ini yang terbaik. Aku yakin, jika dia memang jodohku, Allah pasti akan mempersatukan kami.

Sambil menunggu Subuh, kuhabiskan waktu untuk bertadarus. Aku memahami bahawa tidak ada kata ’sia-sia’ untuk apa yang ditakdirkan oleh Allah. Aku telah dengan bodohnya memutuskan mengambil biasiswa ke luar negara tanpa tahu adakah aku boleh hidup di sana tanpa ummi.

Awal pagi lagi, ibu Johan sudah datang ke rumah dan memberikan beberapa alat untuk menata rias Kak Syasya. Aku menukarkan pakaian dengan baju yang sedondon dengan tema keluarga. Sekarang majlis akad nikah, sementara esok pula adalah majlis resepsi. Majlis ini akan diadakan di rumah dan hanya dihadiri oleh keluarga rapat.

Menakjubkan. Rumah sudah dipenuhi orang ramai yang tampak sibuk. Semua ruangan telah dihias sedemikian rupa. Di ruang tamu, hanya ada satu meja besar dan permaidani.

Aku menemui Kak Syasya di bilik tidurnya. Ada Kak Ana yang datang dari Jakarta dan abang lembut yang pernah kutemui ketika berada di butik pengantin bersama pembantunya.

Aku menyambut Kak Ana dengan pelukan.

              ”Acecece si bongsu ni bila pulak nak menyusul kakaknya?. Dah ada calon ke belum?.”

Aku hanya membalas pertanyaan Kak Ana dengan senyuman nipis. Dia tidak tahu bahawa semalam ada seseorang yang telah datang melamarku.

Apa reaksi Encik Alif setelah tahu jawapanku?. Dia pasti akan kecewa apatah lagi setelah aku meminta waktu untuk menjawab. Pintu bilik Kak Syasya terbuka lagi.

Ummi muncul dengan pakaian yang hampir sama denganku.

          ”Jom turun, majlisnya dah nak mula.”

         “Kak Syasya kan belum siap lagi.” Kataku.

         ”Kakak kamu akan turun selepas proses akadnya selesai. Ummi tunggu di bawah. Cepat ya.”

          ”Jom Sya.” Pelawa Kak Ana. Dia menarik aku tanpa bertanya apakah aku mahu melihat proses ijab kabul itu atau tidak.

Ini suasana yang tidak pernah ingin aku lihat. Aku duduk bersebelahan dengan Kak Ana. Di depan meja, abi dan Johan saling duduk bertentangan ditemani oleh Fadil dan Fadli. Ramai orang di tempat ini membuatku semakin sesak.

Ketika ayah Johan membacakan doa khas pernikahan, fikiranku tidak fokus walau sedikit pun. Aku melihat tanganku. Tidak!. Jangan sekarang!!!……aku mohon jangan sekarang. Fobiaku muncul lagi. Tanganku mendingin gementar dan aku berpeluh tak jelas.

          ”Aku terima nikahnya Syasya Kayla binti Akhbar-.”

Semua terhenti.

          ”Johan, itu nama penuh Nafisya. Nama penuh Syasya itu adalah Syasya Salsabila binti Akhbar bukan Kayla Akhbar.”

Aku merasa Johan menoleh ke arahku, membuatkan aku memalingkan pandangan.

           ”Dia gugup abi….mungkin sebab panas.” Kata Abang Kahfa.

Hampir semua saksi tertawa kecil.

Ayuhlah Nafisya, kau pasti boleh. Jangan menangis lagi!. Jangan!!.

          ”Aku terima nikahnya Syasya Salsabila binti Akhbar dengan mas kahwin yang tersebut dibayar tunai.”

Aku menyembunyikan wajah. Sekali aku berkedip maka butir air mata itu akan jatuh.

          ”Bagaimana saksi?. Sah?.”

          ”SAH!!.”

Selamat tinggal Johan. Terima kasih kerana telah mengakhiri penantianku.

            “Fisya pergi ke bilik air sekejap ye kak.” Ujarku ketika aku diminta ummi untuk menemani Kak Syasya.

          “Janganlah!! akak sendirian kat sini, kalau Johan datang nanti macam mana?.”

Aku tersenyum sambil mengusap pipinya geram.

          ”Kan dah sah?.”

Dia tersenyum bahagia dengan pipi yang sedikit memerah.

Aku menutup pintu bilik air. Senyumku memudar dan tubuhku merosot. Aku menyalakan lampu bilik air. Semua yang kutahan akhirnya keluar. Semoga tangisku tersamarkan suara gemercik air.

Kenapa semuanya begitu sakit?. Aku harus benar-benar melupakan lelaki itu sekarang. Dia sudah menjadi milik orang lain. Dia bukan Mahkluk Marikhku lagi. Tidak akan ada lagi Frozen Kecil.

Ya Allah, aku tahu hati ini tak mungkin serapuh kaca. Maka, kuatkanlah hatiku menjadi seteguh batu.

Aku mencuci wajah. Ketika keluar, Johan sedang menggenggam kedua-dua tangan Kak Syasya sambil duduk di sebelahnya. Mereka lupa keberadaanku di dalam bilik air. Mungkin aku terlalu lama di dalam.

          ”Hey, Fisya masih kecil tau tak!.”

Kak Syasya hampir melempar bouquet bunga mawarnya ke arahku.

        “Ehhh kenapa pulak?. Kami bukannya ada buat apa-apapun.”

Aku tertawa melihat reaksi malu-malunya.

         “Tak nak berkenalan dengan aku ke abang ipar?.” Usikku tersenyum, senyum penuh luka.

Johan menoleh sebentar lalu tersenyum nipis.

        ”Korang berdua mesti nak luangkan masa bersama kan?. Okeylah, Fisya keluar dulu ya. Jangan lupa masih ada majlis resepsi selepas ini.” Aku memberikan isyarat senyuman teraneh ke arah kakakku.

Pipi Kak Syasya memerah hebat.

           ”Sekejap Sya.” Kak Syasya melepaskan tangan Johan dan memberikan selembar kertas.

Aku ingatkan itu adalah kertas transaksi pembayaran dari bank.

         ”Inikan tiket….”

          ”Kau koyakkan tiket penerbangan ni kan semalam?. Kalau kau koyakkan benda ni, macam mana kau nak naik pesawat pergi ke Bosnia Sya?.”

Kenapa Kak Syasya memberikan aku tiket?.

          ”Ummi dah izinkan kau pergi tanpa perlu terima lamarannya Dr. Alif.” Kak Syasya tersenyum.

Terlambat kak, Fisya dah terlanjur sakit tetapi ini lebih baik daripada Fisya terus ada di sini kan?.

Aku tersenyum bahagia mendapat kejutan itu. Sekarang pilihan menjadi dua, pergi atau tidak pergi. Aku memeluknya, mengucapkan terima kasih sekaligus ucapan tahniah di atas perkahwinan mereka. Lagi-lagi aku merasa Johan cuba menghindar dari aku. Dia memalingkan wajah. Sudahlah, tidak elok berburuk sangka.

Kututup pintu bilik itu dengan helaan nafas panjang. Patutlah Allah membuatkan ikhlas sebagai ibadah yang paling sukar kerana ternyata begitu sukar untuk melakukannya. Aku jadi ingin tahu bagaimana perasaan ummi ketika mengikhlaskan abi untuk orang lain. Otakku memaksa tetapi tidak selari dengan hati ini.

Selama beberapa saat, aku membantu ummi menjamu para tetamu yang lebih memilih untuk datang hari ini berbanding esok.

        ”Abi ke mana mi?.” Aku tidak melihat kelibatnya di ruang mana pun sejak dari tadi. Aku hendak menyampaikan jawapanku. Ayahnya Johan pun tidak terlihat bersama abi.

         ”Ummi tak tahu. Cuba kamu tanyakan pada Mama Mia sambil itu tolong ambilkan gelas yang ada dalam rak kat hujung dapur tu ya.”

Aku mengangguk.

         ”Mama nampak abi tak?.” Tanyaku kepada Mama Mia.

Kak Nayla yang menjawab;

         ”Tadi abi kata pada akak yang dia ada urusan penting di pejabat. Urgent katanya. Sebab itulah sebaik saja selesai majlis akad nikah, abi terus pergi ke sana.”

Urusan pejabat?. Ketika majlis terpenting seperti ini?. Tidak biasanya.

Mama Mia mengangguk petanda bahawa dia sudah tahu.

Disebabkan penasaran, aku menghubunginya tetapi tidak dijawab.

         ”Ma, abi telefon.” Kak Nayla menyerahkan telefonnya kepada Mama Mia.

        ”Apa?. Takkanlah tak boleh ditunda bang?. Majlis resepsi kan esok. Abang boleh pergi selepas majlis Syasya selesai kan?.”

       ”Tapi…..mesti Syasya akan menunda majlis tu kalau abang tak ada kat sini.”

       ”Nanti saya cuba tanyakan kepada Kak Aisyah. Lagipun kenapa tiba-tiba je abang kena pergi ke luar negara?. Mendadak pulak tu.”

Aku menghampiri Mama Mia dengan dulang yang terisi gelas seperti yang diminta oleh ummi tadi.

         ”Kenapa ma?.” Tanyaku spontan.

         ”Ini, abi kamu. Katanya dia dapat projek besar yang selama ini diimpikannya dan perniagaannya ada di Brunei jadi dia harus ke sana. Tak boleh ditunda lagi kerana pihak sana yang menentukan tarikh mesyuarat itu. Nanti mama tanyakan pada ummi kamu dulu ya- sini, biar mama saja yang bawakan ke depan.”

Akhirnya aku mendapatkan apa yang aku inginkan. Aku boleh pergi dan ummi sudah mengizinkan. Ada sesuatu yang mengganjal. Aku harus memberikan jawapan kepada abi hari ini. Selewat-lewatnya petang ini tetapi aku tidak boleh bertemu abi dan tidak boleh menghubunginya. Aku tidak mahu menggantung Encik Alif terlalu lama. Harusnya dia sudah tahu jawapanku.

Aku memaklumkan kepada Encik Razak bahawa aku akan mengambil biasiswa itu. Sijil-sijil dan dokumen yang diperlukan akan aku kirimkan melalui email secepatnya.

Kak Syasya sudah keluar dari rumah Johan pagi-pagi lagi. Dia mengenakan pijama tidur baru. Benar kata Mama Mia, Kak Syasya lebih memilih untuk menunda majlis resepsi. Makanya, majlis tersebut akan ditunda selepas tiga hari.

         ”Kau dengan abi sama je. Selalu pergi pada waktu yang kurang tepat.”

Aku menarik bagasi kecilku keluar rumah.

        ”Ehhh bukan ke akak yang tempahkan tiket penerbangan Fisya hari ni?. Eeee dah kahwin pun masih nak merajuk lagi.”

Kenapa Kak Syasya keluar sendirian?. Ke mana suaminya?.

Tidak mahu mengucapkan selamat tinggal kepadaku?. Menghubungiku pun tidak padahal dia tahu aku akan berangkat pagi ini. Aku akan melupakan dia bukan bererti dia berhenti dari menjadi sahabatku kan?. Dia semakin aneh sekarang.

Ummi memelukku erat. Dia berkata kenapa harus melepaskan puterinya bersamaan, membuatku ingin menangis lagi. Aku tahu ummi belum bersedia untuk melepaskan aku pergi. Aku membalas pelukannya erat. Aku akan merindukan aroma khas ceri dari tubuhnya. Aku melarang mereka menghantar dan menyuruh mereka beristirehat saja. Pasti semalam, seharian mereka kelelahan.

Dalam teksi, aku merenung jam di tangan. Baru pukul lapan pagi. Masih ada satu jam lagi sebelum sampai ke lapangan terbang. Abi juga akan pergi hari ini. Pesawat abi berangkat pada pukul sembilan pagi. Pasti dia ada di pejabat sekarang. Aku juga belum mengucapkan selamat tinggal padanya. Bahkan, dia tidak membalas mesejku yang memberitahunya bahawa aku telah mendapat izin dari ummi.

Aku memutuskan untuk singgah ke syarikat abi sebelum berangkat pergi ke lapangan terbang. Kebetulan jalannya sehala. Di sana, ramai kakitangan yang sudah datang. Aku menuju ke bahagian kaunter pertanyaan.

         “Bukankah hari ini anak perempuannya akan melangsungkan majlis resepsi?. Katanya, dia tidak boleh datang ke pejabat hari ini disebabkan majlis perkahwinan itu.” Ujar perempuan cantik yang ada di depanku.

Firasatku memburuk.

        ”Kalau begitu, boleh tak kalau saya nak jumpa dengan setiausahanya?.”

        ”Encik Akhbar telah memberikan cuti tiga hari kepada setiausahanya.”

 Abi ke mana?.

         “Maaf nurse, tumpang tanya. Biasanya pesakit di sini dirujuk ke hospital mana ya?.”

Aku tidak ke lapangan terbang sebaliknya pergi ke klinik. Aku memiliki firasat bahawa abi datang ke sini. Telefonnya tidak aktif. Ketika aku menghubungi Mama Mia, dia kata abi telah berangkat. Beg pakaiannya telah dibawa oleh pemandu peribadi. Fikiranku semakin kalut.

          ”Ini alamat hospitalnya cik.”

Aku terburu-buru pergi setelah mengatakan terima kasih. Encik Razak menghubungiku. Aku tidak mempunyai waktu untuk menjawab. Aku sudah tidak pedulikan biasiswa itu. Hal terpenting sekarang adalah keberadaan abi dan keadaan kesihatannya.

Dari Google Maps, aku tahu bahawa lokasi hospital itu cukup jauh dari sini. Aku pergi ke stesen bas untuk memesan tiket dengan membawa beg pakaian. Aku sampai sekitar satu jam kemudian.

        ”Maafkan saya, di sini ada tak lelaki yang bernama Akhbar bin Hussein?.”

Jururawat itu meminta aku untuk menunggu sebentar. Dia memeriksa data di dalam komputer. Aku menyedari hospital ini tiga kali lebih besar berbanding hospital tempat Kak Syasya bekerja.

         ”Akhbar bin Hussein, 57 tahun?.”

Aku mengangguk.

        ”Ada cik. Pesakit mendapat rujukan dari klinik Al-Malik. Petang semalam baru pesakit dipindahkan ke sini.”

Aku semakin yakin bahawa itu abi.

        ”Boleh saya tahu di mana wadnya berada?.” Kataku cepat.

        “Pesakit sedang dirawat di wad HCU….hanya keluarga yang terdekat saja dibenarkan masuk.”

Aku mulai panik. Di ruangan HCU (High Care Unit), tahap intensifnya satu tingkat di bawah tahap ICU, ertinya perlu penjagaan penuh terhadap kesihatan pesakit.

Aku terburu-buru mengeluarkan sesuatu.

        ”Ini passport saya. Saya anaknya. Tolong beritahu di mana wad ayah saya nurse.”

Dia mengambil passport lalu memeriksanya melalui komputer.

        ”Wadnya ada di tingkat 11, sebelah kanan, nombor 1107”.

Aku menemukan ruangannya dengan cepat. Jantungku seperti jatuh ke dasar perut bumi ketika melihat beberapa wayar melilit tubuhnya.

Sebuah alat menyala di sampingnya. Darah itu bergerak memenuhi wayar-wayar besar, mengalir melalui benda itu. Kututup pintunya perlahan. Semua orang menyangka bahawa dia sedang berada di dalam pesawat dan dalam keadaan baik-baik saja.

Air mataku sudah bercucuran sejak tadi. Oh, Ya Allah. Apa yang akan terjadi?.

Aku duduk dan menggenggam tangannya yang kini sudah tidak sekuat dulu. Tangan itu pernah menjagaku dulu. Aku sudah menangis bahkan sejak berada di dalam kereta, fikiranku melayang memikirkan hal-hal buruk. Esakan tangisku membuatkan abi terbangun.

         ”Nafisya.” Katanya lemah. Dia mencuba untuk bangun.

        ”Abi tak perlu bangun.” Cegahku sambil cepat-cepat mengusap kedua mata.

        ”Sayang, kenapa kamu ada di sini?.” Dia berkata dengan sangat perlahan, membuatkan alat bantuan pernafasannya menguap.

       ”Fisya yang harusnya tanya kenapa abi ada di sini?. Kenapa abi tak pernah cakap yang abi sakit?. ”

Aku tahu, selama ini aku membohongi diri sendiri dengan mengatakan bahawa aku tidak menyayanginya tetapi rasanya tidak adil jika abi membohongiku seperti ini.

Dia berusaha melepaskan alat bantuan pernafasan tetapi aku menahannya. Aku tahu alat yang berputar mengalirkan darah itu adalah dialiser. Fungsinya untuk menyaring darah.

         ”Kamu ke sini dengan siapa?. Kamu harus pergi Sya. Nanti kamu akan ketinggalan pesawat.”

Rupanya dia telah membaca mesejku.

        “Apa yang abi dapat dari semua kebohongan ini?.”

       ”Kebahagiaan anak-anak abi lebih penting dari apapun.”

       ”Kesihatan abi lebih penting dari apapun buat Fisya.”

Suaraku gementar. Aku menghela nafas mendengar jawapan abi tadi. Melihat dia berbaring seperti ini membuatku sesak, kerongkongku seperti dicekik.

Dia mengusap kedua pipi dengan tangan yang tertusuk jarum infusi.

        ”Abi tak boleh banyak bergerak.”

        ”Kamu tak boleh banyak menangis.”

Aku semakin sedar betapa derhakanya aku selama ini.

Abi menyuruh aku merahsiakan hal ini daripada keluarga termasuk ummi. Esok dia akan pulang dan menghadiri majlis resepsi Kak Syasya. Dia hanya ditahan di sini sehingga habis menjalani perawatan.

Aku menginap semalaman menemani abi yang terbaring lemah. Sesekali jururawat masuk ke dalam ruangan untuk memeriksa keadaan abi.

Menjelang Subuh, keadaan abi mulai membaik. Dia boleh solat Subuh sambil duduk dan dipindahkan ke ruangan wad biasa. Alat bantuan pernafasannya juga sudah boleh dilepas.

Ummi menghubungiku dan menanyakan keadaanku di Eropah. Awalnya aku tidak ingin berbohong tetapi perkataan jujurku akan menunda semuanya. Aku hanya harus menunggu sampai esok. Setelah itu, aku boleh pulang bersama abi. Kukatakan bahawa aku baik-baik saja dan sudah sampai. Abi yang memintaku untuk berkata seperti itu.

         ”Tak apa ke abi kalau kita keluar pagi-pagi buta macam ni?. Nanti kalau terserempak dengan doktor, Fisya pulak yang kena marah. Lagipun untuk apa abi nak keluar?. Kan lebih baik kalau abi berehat je dalam bilik.” Omelku sambil menolak kerusi roda.

         ”Abi boleh terkena migrain kalau asyik terbaring je atas katil. Tak ada apa-apa lagipun abi cuma duduk, kamu yang berjalan.”

Aku tertawa kecil. Tadi sebelum abi bangun, aku menghubungi Encik Razak untuk mengatakan bahawa aku membatalkan keberangkatan ke Eropah. Dia sedikit kecewa. Aku mendapat ceramah panjang dari Encik Razak. Katanya, aku tidak mempunyai pendirian tetap.

Mengenai jawapan untuk Encik Alif, aku belum mengatakan apapun kepada abi. Tak mungkin kubahas masalah itu saat abi sedang sakit.

        ”Abi cuci darah ya?.” Aku meneka hal ini saat melihat mesin dialisis di ruangannya.

Abi hanya tersenyum. Sejak kelmarin dia selalu seperti itu, tidak mahu membahas tentang penyakitnya.

        “Abi dah cakap kan yang abi baik-baik saja. Biasanya selepas tiga hari abi akan kembali pulih jadi kamu tak perlulah risaukan abi.”

Memang ada sedikit kemajuan. Dia tidak sepucat kelmarin tetapi tetap saja aku semakin cemas. Abi menghidapi diabetis, hipertensi dan sekarang kerosakan ginjal.

            “Kamu tahu dari mana kalau abi sakit?. Dan dari mana kamu boleh tahu kalau abi ada di sini?.”

          ”Dari kawan Fisya yang bekerja di farmasi. Abi ada pergi beli ubat di farmasi kan?.”

          ”Jadi kamu ada kawan lelaki selain dari Johan ya?.”

          ”Dia perempuan abi, namanya Rachel.” Sahutku, tersenyum kecil. Berapa orang lagi yang harus tertipu dengan penampilan Rachel?.

Aku tidak membawa abi keluar dari hospital padahal di luar, landskap tamannya cukup indah. Masalahnya, cuaca masih dingin, jadi aku hanya mengajak abi untuk mengelilingi bangunan hospital.

      ”Bagaimana dengan kuliah kamu nak?.”

      ”Baik, Fisya nak ucapkan terima kasih kepada abi kerana abi sudi membayar kos pengajian Fisya.”

Dia menoleh mendengar pertuturanku.

        ”Dari mana Fisya tahu?.”

         ”Harusnya kalau abi mahu bekerjasama dengan Kak Syasya untuk bayar kos pengajian Fisya, bayar melalui akaun bank Kak Syasya kerana Fisya dah hafal nombor akaunnya tapi masalahnya abi bayar guna akaun abi sendiri.”

Abi tertawa.

        ”Ouhhh maknanya abi kurang genius lah?.”

       ”Humm kalau abi tak genius, tak mungkin anaknya akan masuk ke universiti bi.” Tambahku.

Matahari mulai meninggi. Selama tiga jam kami mengelilingi bangunan hospital sambil membahas tentang banyak hal. Aku kembali menyesal. Andai saja aku memaafkan abi dari dulu, mungkin perbualan seperti ini akan lebih sering terjadi. Kesedaran datang terlambat ketika tangan kasar itu sudah tidak kuat untuk menjagaku seperti dulu.

Ketika melihat ruang wad khas untuk kanak-kanak yang penuh dengan gambar kartun, aku jadi teringatkan sesuatu. Aku berdiri di depan abi lalu menggenggam kedua-dua tangannya.

Abi merenungku bingung.

        ”Abi tahu tak?.”

Dia mengerutkan kening.

       ”Fisya sudah lebih tinggi dari abi sekarang.” Ucapku.

       ”Tengok.” Aku berdiri, mencekak pinggang seperti anak kecil.

Mata abi tampak berkaca-kaca. Kami tertawa bersama, tawa yang dihiasi air mata. Aku kembali berbongkok, menyamakan ketinggian.

Dia mengusap kedua mataku.

        “Kenapa kamu ketawa sambil menangis?.” Ujarnya.

        “Sudah besar tapi masih cengeng.”

Aku menggenggam erat tangan rapuh itu.

         ”Fisya masih perlukan tangan abi untuk mengusap air mata Fisya…..meskipun Fisya dah besar.” Ungkapku.

         “Maafkan Fisya abi, selama ini Fisya derhaka kepada abi. Fisya masih belum boleh bahagiakan abi.” Tangisku pun semakin memuncak.

         ”Kehadiran kamu menemani abi di sini sudah lebih dari cukup. Abi bahagia.”

Aku bangkit lalu kembali menolak kerusi roda.

         ”Ada banyak yang belum Fisya ceritakan kepada abi. Jadi, Fisya harus cerita dari mana?.”

Aku tidak mahu membuatnya bersedih, jadi perjalanan kami berlanjut ke tempat lain.

Kami sampai di suatu tempat yang sangat menarik. Abi ingin berhenti sejenak dan memandang makhluk kecil yang comel sedang berada di dalam ruangan inkubator. Menurut abi, seorang anak adalah kurnia terindah selama di dunia.

Ketika mata abi lekat memandang bayi-bayi itu, aku pantas bersuara;

         ”Abi nak cepat dapat cucu ehh?.”

Sebuah senyuman terlukis di wajahnya.

        “Abi ingin melihat anak Syasya nanti tapi yang paling abi inginkan adalah menjabat tangan lelaki……yang akan menjadi imam untuk puteri abi. Nayla sudah abi amanahkan kepada Kahfa. Kakak kamu Syasya….abi lega dia sudah selamat menjadi isteri Johan dan nanti…..abi bakal menjabat tangan dengan lelaki calon imammu, mengucap ikrar perkahwinan atas nama Allah. Anak perempuan itu tanggungjawab seorang ayah.”

          “Encik Akhbar.” Suara perempuan memanggil nama abi.

Aku dan abi serentak menoleh. Rupa-rupanya seorang jururawat yang memanggil kami.

         ”Sekarang jadual check up encik, doktornya sudah sampai.” Jururawat itu tersenyum ramah.

Kubalas senyuman itu.

Kami diingatkan bahawa abi harus banyak istirehat, jadi aku membawa abi masuk ke dalam  wadnya.

        “Abi tak nak berbaring. Abi pening.” Tolak abi.

Aku memaksanya untuk tetap berbaring. Tak lama kemudian, seorang jururawat yang lain datang memasuki ruangan.

         ”Doktor kata ingin menemui ahli keluarganya. Biar saya yang menggantikan untuk menjaga Encik Akhbar.” Dia juga memberitahu bahawa ruangan doktor ada di tingkat bawah.

Aku mengangguk faham lalu turun. Aku sedikit kelam kabut mencari pejabat Dr.Huda. Ramai sekali doktor di sini, itu belum ditambah lagi dengan seorang doktor yang diperuntukkan seorang pembantu.

Akhirnya aku menemukan ruangannya setelah bertanya kepada salah seorang jururawat yang melintas namun doktor itu tidak ada. Kata pembantunya, dia ada di ruangan radiologi. Segera aku mencari di mana ruangan tersebut.

Entah mengapa, firasat buruk muncul. Ada apa Ya Allah?. Kenapa aku mendadak cemas?. Aku melihat seorang doktor di koridor hospital. Mungkin itu adalah Dr. Huda. Ketika aku berlari kecil untuk menghampirinya, seorang jururawat terlebih dahulu datang menghampiri dari arah lain.

 Dia berkata dengan panik;

        ”Dr, pesakit 1107!. Kritikal.”

1107?. Abi?.

Alif memutar-mutar kotak cincin di meja. Harusnya lelaki itu sudah mendapatkan jawapan tetapi belum ada khabar sehingga ke pagi ini. Ketika seseorang masuk, pantas dia menyembunyikan kotak itu ke dalam saku.

         ”Kau dah kemas semua barang-barang kau?.” Tanya Khafa ketika mendapati ruangan tersebut sudah rapi.

Lelaki itu membuka laci dan mengeluarkan satu sampul yang berwarna coklat. Dia tunjukkan kepada Kahfa.

         ”Pertukaran perkhidmatan?.” Kahfa membuka surat itu.

Alif mengangguk.

       ”Tiga bulan. Kau akan dipindahkan ke hospital pakar?. Habis tu macam mana dengan lamaran Nafisya?.” Tanya Kahfa tanpa berhenti seketika.

         ”Aku yakin dia tolak. Mana ada perempuan muda yang nak kahwin dengan lelaki tua.” Alif mengambil kot putih dan melipatnya. Stetoskop dimasukkan ke dalam beg.

         “Berputus asa itu sikap yang disukai syaitan. Manalah tahu kalau dia sebenarnya dah setuju.”

Alif tersenyum manis.

         “Dia sukakan Johan.”

Kahfa tersentak membulatkan mata.

         “Johan?. Johan suaminya Syasya?.”

Alif mengangguk santai.

        “Dia mahu ke luar negara supaya tidak melihat kakaknya menikah. Aku lebih suka dia pergi ke luar negara sendirian daripada harus terikat dengan aku.”

        ”Tapi kau tak boleh pergi tanpa tahu jawapan dari Nafisya terlebih dahulu.”

        ”Ini yang terbaik. Aku yakin, kalau dia memang jodoh aku, pasti Allah akan mempersatukan kami walaupun aku harus pergi hari ini.”

Alif pun berlalu setelah menepuk bahu Kahfa sebagai tanda perpisahan.

Memerlukan waktu dua jam sehingga tiga jam memandu kereta agar boleh sampai di bangunan hospital. Alif tidak merasa berat ditugaskan di sana kerana memiliki apartment yang berdekatan dengan bangunan hospital tersebut. Dia hanya memiliki dua jadual tugasan lagi sebagai seorang pensyarah. Tidak menjadi masalah buat dirinya jika terpaksa ulang alik ke sana.

Semua orang selalu menyambut Alif dengan ramah. Doktor cantik yang bertubuh langsing dan tinggi menyapanya di lobi. Mereka saling mengucapkan salam dan bertanyakan khabar masing-masing.

       ”Sejak bila pulak kau pandai tanggalkan kot putih kau tu?. Kau nampak lebih muda tanpa benda tu.” Ujar perempuan itu ketika melihat penampilan Alif yang agak berbeza dari kebiasaannya.

Alif yang mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru hanya tertawa.

          ”Itu sindiran secara langsung.” Katanya.

         ”Perkataan muda itu lebih kepada nak menjaga hati.”

Sarah turut tertawa.

           ”Tapi aku serius. Kau nampak lebih muda dengan penampilan seperti ini.” Di name tag wanita itu tertulis perkataan ; Dr. Pakar Saraf dan Ortopedik.

           ”Katanya Huda juga bertugas di sini sejak setahun yang lalu, betul ke?.”

           ”Ya, kesian dia. Baru je kahwin dah terpaksa tinggalkan suaminya di Kedah. Sibuknya dia mengalahkan menteri sebab itulah kau dipanggil ke sini.”

Sarah, Alif dan Huda adalah lulusan dari universiti yang sama tetapi dalam bidang kepakaran yang berbeza.

        ”Huda ada di ruangannya?.”

Sarah mengangguk.

        ”Kau tahu kan ruangannya ada di mana?. Takut tersasar pulak nanti.”

        ” Tak akanlah.” Alif pun pergi menemui Huda. Dia tidak mengetuk pintu kerana berniat mahu memberikan kejutan kepada rakannya.

          ”Assalamualaikum.”

Tampak tiga orang di dalam, Huda, pembantunya dan seorang perempuan yang sedang duduk membelakangi Alif. Perempuan itu akhirnya meminta diri untuk keluar. Betapa kagumnya Alif atas pertemuan yang telah Allah tentukan. Perempuan itu adalah Nafisya.

Wajah penat Nafisya sempat melihat ke arah Alif tetapi dia berlalu begitu saja. Gadis itu seolah-olah sibuk dengan dunianya sendiri.

           ”Kenapa dia ada di sini?.” Tanya Alif spontan. Setahunya, Nafisya telah terbang ke Eropah.

         ”Waalaikumussalam. MasyaAllah, tengok kau sekarang Lif. Kau buat apa kat sana? macam dah tak cukup darah aku tengok.” Huda memperhatikan kulit Alif yang semakin putih.

        ”Aku tanya, kenapa perempuan tu boleh ada kat sini?.”

        ”Ouhh itu?.”

        ”Dia ahli keluarga pesakit aku. Ada yang harus aku sampaikan kepada dia mengenai keadaan pesakit tetapi aku tak sampai hati nak ceritakan semuanya kepada dia sebab dia anak bongsu. Jadi sebab itulah aku minta dia supaya memanggil ahli keluarganya yang lain untuk datang ke sini. Tadi ayahnya pengsan lagi kerana pembekuan darah selepas selesai menjalani hemodialisis. Kalau aku suntik heparin lagi kemungkinan boleh overdose.”

          ”Nama ayahnya Akhbar bin Hussein kan?.”

         ”Dari mana kau tahu?.” Pertanyaan Huda menandakan bahawa tekaan Alif benar.

         ”Seberapa parah keadaan ayahnya?.” Alif sudah seperti seorang wartawan yang tidak berhenti mengajukan pertanyaan.

         ”Dah tiada alternatif medik apapun.”

Ayah Nafisya telah dipindahkan ke ruangan ICU. Siapapun tidak dibenarkan masuk sembarangan ke dalam ruangan itu. Dalam keadaan seperti ini, Nafisya masih ragu untuk menghubungi keluarganya kerana ayahnya terus-menerus melarang. Rasa bimbang menyelimuti sekujur tubuh dan tangannya gementar lagi.

Perempuan itu duduk di atas kerusi menunggu di depan lobi. Dia tidak sedar bahawa dirinya sedang diperhatikan oleh Alif dari tingkat atas.

Sarah menghampiri Alif dan turut mencari objek yang sedang diamati rakannya. Matanya menangkap satu kelibat berhijab merah maroon yang sedang memegang telefon. Dia dapat menyimpulkan bahawa gadis itu sedang cemas dan menangis.

          ”Tatapan kau berbeza. Mesti perempuan tu penting bagi kau kan?.” Sapa Sarah.

Lelaki itu mengambil nafas berat.

          ”Sangat penting.” Katanya serius.

Sarah seperti ingat akan wajah perempuan itu.

         ”Padahal baru pagi tadi dia bawa ayahnya berjalan-jalan di sekeliling bangunan hospital ni. Mereka kelihatan bahagia sekali tapi sekarang dia malah menangis.”

          ”Dia memang cengeng.”

Sarah benar-benar merasakan seorang yang bernama Alif ini telah berubah.

        ” I think she’s your first love.”

        “ But, she isn’t like that. Dia mencintai orang lain.” Bersamaan dengan azan Asar yang berkumandang, Alif melihat Nafisya mengusap pipinya cepat dan segera pergi ke arah masjid.

Alif menggantikan Huda untuk menjadi doktor yang bertanggungjawab ke atas pesakit yang bernama Akhbar bin Hussein. Dia masuk ke dalam ruangan ICU untuk memeriksa keadaan terbaru Encik Akhbar, ditemani oleh doktor muda, pembantu Dr. Huda.

Doktor itu tidak tahu jika Encik Akhbar telah dirujuk ke hospital pakar. Bahkan dia tidak menyangka jika Khafa, Nayla dan juga Syasya tidak mengetahui mengenai keadaan ayah mereka.

Encik Akhbar terus mengucapkan istighfar di celahan tubuhnya yang terus melemah.

Ketika Alif keluar, Nafisya segera berdiri untuk menemuinya.

          ”Kenapa awak tak beritahu pada yang lain?.” Tanya Alif.

          “Abi yang minta. Macam mana dengan keadaan abi sekarang?.” Nafisya tampak sangat cemas.

           ”Saya akan menghubungi Kahfa dan Nayla.” Alif melangkah pergi. Dia tidak sanggup mengatakannya.

            ”Kenapa tak cakap dengan saya je?.” Nafisya mulai teresak-esak.

            ”Kenapa tak cakap dengan saya kalau waktu abi itu sudah tidak lama lagi?.”

Alif menoleh dengan tatapan yang sukar diertikan.

            ”Ajal itu hanya Allah yang tahu.”

Nafisya tahu bahawa syarat mati itu tidak mengenal waktu.

           ”Hemodialisisnya gagal kan?. Dan abi mengalami pembekuan darah?.” Dugaan tersebut yang membuatkan gadis itu gusar sejak dari tadi. Dia tahu risiko terbesar dari penyakit komplikasi yang sedang dialami sang ayah. Ayahnya sudah lama menjalani rawatan dengan menggunakan ubat-ubatan kimia. Kemoterapi dapat merosakkan hatinya. Jika hatinya sudah rosak, ginjal pun secara perlahan-lahan akan rosak.

Dengan melihat selang-selang darah, Nafisya tahu bahawa ayahnya harus menjalani cuci darah dan menghentikan kemoterapi. Proses cuci darah seperti menghitung mundur, dari tiga bulan sekali, tiga minggu sekali, tiga hari sekali sehinggalah tiga jam sekali dan akhirnya, waktu pun habis.

Ada jalan keluar yang lainnya iaitu menderma ginjal. Masalahnya, ayahnya menghidapi penyakit diabetis. Luka pembedahan tidak akan kering. Tak mungkin pula dilakukan pembedahan ketika tekanan darah naik. Dengan kata lain, hanya tinggal menunggu waktu.

             ”Pembedahan tidak akan dilakukan walaupun ginjal saya sesuai untuk abi….kan?. Saya bukannya anak kecil yang tak boleh nak faham tentang perkara ini.” Wajah Nafisya semakin banjir dengan air mata.

Alif tidak tahu harus berbicara apa kerana semua hipotesis Nafisya benar. Tidak ada cara lain kecuali Allah berkehendak lain.

Mata pembantu Dr. Alif turut berkaca-kaca ketika melihat keadaan Nafisya padahal dia adalah seorang lelaki.

Nafisya mengusap kedua-dua kelopak matanya lalu berkata;

        “Fisya dah ada jawapan untuk Encik Alif.” Dia menunduk dalam dan mengepal erat tangannya dengan gementar.

        ”Fisya bersedia…….tapi Fisya mahu kita menikah di depan abi sekarang.”

“Abi ingin melihat anak Syasya nanti tapi yang paling abi inginkan adalah menjabat tangan lelaki……yang akan menjadi imam untuk puteri abi. Nayla sudah abi amanahkan kepada Kahfa. Kakak kamu Syasya….abi lega dia sudah selamat menjadi isteri Johan dan nanti…..abi bakal menjabat tangan dengan lelaki calon imammu, mengucap ikrar perkahwinan atas nama Allah. Anak perempuan itu tanggungjawab seorang ayah.”

Perkataan itu terulang di benak Nafisya, seolah-olah suara ayahnya sendiri yang mengucapkan itu di telinga. Dia memikirkan cara untuk mewujudkan salah satu keinginan sang ayah. Tak mungkin jika membuat Kak Syasya segera mempunyai anak. Ya, dia harus menikah. Malam ini juga.

Dia memang tidak waras saat ini. Tak peduli dengan perasaan sendiri kerana yang sedang berbaring di dalam adalah ayahnya, yang telah dia abaikan selama ini. Dia bahkan berfikir, jika Allah membolehkan untuk penawaran, dia akan meminta sisa umurnya ditambahkan kepada sisa umur ayahnya. Paling tidak, sang ayah boleh bertahan sehingga melihat cucu dari Syasya.

Ujian silih berganti datang menyapa Nafisya. Mungkin inilah kemuncaknya. Dia sangat ingin menghubungi ummi dan kakaknya namun lagi-lagi amanah sang ayah terngiang-ngiang di cuping telinganya. Tanpa dia ketahui, Alif sudah meminta pembantu untuk menghubungi Kahfa dan Nayla.

Alif menyuruh Nafisya untuk tetap tenang. Lelaki itu tahu bahawa jawapan gadis itu bukan berasal dari hatinya. Hal ini kerana dia melihat bagasi pakaian Nafisya.

        “Dengarkan saya baik-baik Sya. Memutuskan untuk menikah tidak semudah itu. Saya tahu awak sedang tertekan. Saya juga tahu hati awak bukan untuk saya. Jangan mengambil keputusan yang mendadak seperti ini. Kita boleh cari jalan lain untuk membahagiakan ayah awak selain dari menikah.” Jelas Alif.

          “Perkahwinan itu bukan mainan.”

         “Umur abi juga bukan mainan bagi saya. Encik Alif tak tahu apa yang selama ini telah saya lakukan terhadap abi kan?. Saya yakin dengan apa yang saya katakan. Kenapa?. Encik Alif nak tarik diri?.”

          ”Masalahnya perkahwinan itu bukan untuk hari ini saja. Fikirkan ke depannya. Abi awak juga tak akan rela kalau nanti awak kahwin dengan saya hari ini tapi tak bahagia kemudiannya. Sya, semua anak pasti rela mengorbankan apapun…..di saat orang tuanya terbaring di hospital seperti ini tetapi tetap saja perkahwinan itu bukanlah suatu penyelesaian yang terbaik. Jangan mengambil keputusan yang terburu-buru.” Alif menghela nafas.

          ”Saya memang nak mengahwini awak tetapi bukan dengan cara seperti ini.”

Perempuan itu menangis hebat sehinggakan hidungnya memerah.

        ”Encik Alif tak boleh turuti kemahuan saya?. Baiklah, kalau begitu saya akan cari lelaki lain.”

       ”Okey, saya akan mengahwini awak sekarang tetapi berjanjilah kalau awak tak akan pernah menyesal dengan keputusan yang telah awak pilih hari ini.”

Kahfa dan Nayla datang. Mereka sengaja tidak memberitahu Ummi Aisyah dan Mama Mia kerana sudah terlalu larut malam.

           ”Saya akan menikahi anak pak cik sekarang.” Kata Alif tegas.

Encik Akhbar hanya memberi isyarat untuk melepaskan alat bantuan pernafasan yang menempel di hidungnya. Dengan nafas yang tersekat-sekat, lelaki tua itu menatap Nafisya.

            ”Ta….taaa…tapi Nafisya…”

Nafisya menggenggam erat tangan ayahnya. Dia mengusap kedua-dua mata yang sudah tidak mampu dikawal itu.

           “Fisya dah terima lamarannya Encik Alif. Abi mahu kan jadi wali Fisya?. Abi cakap mahu menjabat tangan dengan bakal suami Fisya kan?.” Gadis itu bercucuran air mata namun berusaha untuk tetap tersenyum.

           “Bagaimana dengan maharnya?.” Tanya Kahfa.

Alif merenung Nafisya. Ada sebentuk cincin di kocek seluarnya tetapi sekarang bukan waktu yang tepat untuk menyerahkannya.

Dia pun bertanya;

             “Kalau awak tak keberatan, bolehkah kalau saya memberi hafalan ayat Al-Quran sebagai maharnya?.”

Nafisya mengangguk. Dia sama sekali tidak keberatan walaupun maharnya hanyalah sebentuk cincin besi.

Encik Akhbar benar-benar pucat lesi kerana pengaliran darahnya yang terjejas. Hanya cairan infusi dan heparin- ubat yang mencegah pembekuan darah- yang masuk ke dalam tubuhnya. Itu pun tidak banyak membantu.

Masih dengan berbaring, Encik Akhbar berjabat tangan dengan Alif. Dengan nada yang tersekat-sekat, dia mengahwinkan Nafisya dengan Alif.

Alif pun membacakan surah Ar-Rahman sebagai mahar.

         ”Aku terima nikahnya Nafisya Kayla binti Akhbar dengan mahar tersebut tunai.”

Encik Akhbar merenung para saksi, Kahfa dan pembantu Dr. Alif yang mengangguk dan mengatakan sah. Dia tersenyum ke arah Nafisya lalu mengangkat kedua-dua tangannya sambil mengucap syukur.

Semua membaca doa perkahwinan yang dipimpin oleh Kahfa. Belum selesai doanya, Encik Akhbar tiba-tiba sesak nafas. Alif mengucapkan dua kalimah syahadah yang turut diulang oleh Encik Akhbar.

Tak lama setelahnya, tangan Encik Akhbar melemah.

Nayla memalingkan wajah, membuatkan Kahfa memeluknya erat.

Nafisya mematung hebat seolah-olah separuh jiwanya turut menghilang. Secepat itukah?. Secepat itukah sang ayah harus pergi?.

        “Aaaaa…..abi.” Panggil Nafisya perlahan sekali. Sungguh hanya satu hari dia memiliki kesempatan untuk memperbaiki kesilapannya.

Tangis Nayla semakin dalam ketika mendengar Nafisya memanggil sang ayah.

          ”Abi….abi….” Beberapa kali Nayla mendengar bahawa ayahnya ingin dipanggil ’abi’ oleh Nafisya.

Alif tampak memeriksa kedua-dua mata Encik Akhbar dengan alat kecil lalu memeriksa denyut nadi. Skrin kecil itu mendadak bergaris lurus dan mengeluarkan bunyi yang tidak pernah ingin didengar oleh sesiapa.

           ”Akhbar bin Hussein, 20.30 malam. Pesakit disahkan meninggal dunia akibat kegagalan ginjal.” Kata Alif kepada pembantunya.

            ”Innalillahi wa innailaihi raji’un.” Ucap Khafa. Dia semakin erat memeluk sang isteri yang berusaha untuk tidak menangis.

Nafisya jatuh melorot. Rasa menyesal itu semakin mendalam. Dia pernah meminta untuk membuat mata dan telinga sang ayah tertutup. Allah benar-benar mengabulkannya.

Alif tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Sebagai doktor, suasana hiba seperti ini sudah tidak asing. Dia juga pernah merasakan berada di posisi Nafisya ketika kemalangan hebat yang merenggut nyawa ayahnya.

Mata Nafisya kosong bersamaan dengan tertutupnya wajah sang ayah.

          “Kenapa?. Kenapa dari kecil abi selalu tinggalkan Fisya macam ni?.” Gumamnya. Nafisya menangis sambil memeluk erat kedua-dua lututnya.

Alif ingin menarik tangan perempuan itu, membiarkannya teresak dalam pelukan namun dia tidak berani meskipun status Nafisya kini telah sah menjadi isterinya.

           ”Allah lebih sayangkan abi, awak harus kuat…harus tabah.”

Akhirnya Allah benar-benar menyatukan mereka melalui cara yang begitu unik. Ikrar itu terwujud, ikrar perkahwinan sekaligus perpisahan.

Alif berdiri di luar ruangan sambil menatap ke dalam jendela yang tidak ditutup tirai. Dia tidak berani mendampingi Nafisya. Sang isteri tidak mahu meninggalkan ruangan kerana ingin menemani ayahnya yang sudah terkujur kaku. Sudah menjadi prosedur di hospital untuk tidak melepaskan peralatan medik selama tiga puluh minit ke depan kerana bimbang jika detak jantung pesakit kembali berfungsi.

Kahfa sedang mencuba menghubungi keluarga lain. Dia juga meminta Nayla untuk pulang kerana jenazah Encik Akhbar akan dihantar ke rumahnya.

          “Apakah semua wali yang meminta untuk kau nikahi anaknya bakal kau nikahi Lif?.” Tanya Huda yang telah berdiri di sebelah Alif.

Alif menjawab tanpa menoleh;

          “Dia berbeza.”

          “Dan akhirnya kau berkahwin juga. Kalau ini bukan suasana berkabung sudah pasti aku akan mengucapkan tahniah.” Huda tersenyum ke arah Alif.

          “Saat seorang wanita telah memilih kau sebagai suaminya maka dia telah meletakkan kepercayaan akan kepimpinan kau. Bukan hanya dia yang harus yakin dengan perkahwinan ini tetapi kau juga.”

        ”Kau tahu kan yang aku tak pernah main-main dalam setiap keputusan yang aku ambil.”

Tak lama kemudian, keluarga Encik Akhbar dan keluarga Johan datang dengan riak wajah yang cemas. Hampir semua menangis kecuali Fadil dan Fadli yang memilih untuk diam.

Nafisya duduk di kerusi menunggu di luar yang agak berjauhan dengan tempat duduk Alif. Dia tidak ingin melihat sang ibu menangis. Meskipun seharusnya dia yang menemani sang ibu, dia merasa Syasya yang lebih layak menenangkan ibu mereka.

Johan tampak keluar lalu duduk di atas kerusi yang paling kanan sementara Nafisya pula duduk di atas kerusi yang paling kiri. Lelaki itu menyandar pada muka pintu. Syasya keluar setelahnya dengan mata yang tak kalah memerah.

         ”Sya.” Panggil Syasya.

         ”Akak uruskan surat mati dulu ya biar abi cepat ditanam. Kakak amanahkan Sya untuk jaga ummi sekejap.”

Nafisya melirik ke arah Johan sebagai isyarat agar lelaki itu mengejar kakaknya.

Johan mengamati lorong ruangan ICU itu kosong dan hanya ada Nafisya dan Alif.

          ”Tapi korang berdua nanti-.”

          ”Tak apa-apa, kami berdua dah sah jadi suami isteri.” Kata Nafisya tanpa memandang Alif.

         ”Sah?.” Johan terperanjat.

         ”Kena-.”

          ”Temankan Kak Syasya, dia lebih perlukan kau di saat-saat seperti ini.”

Lelaki itu pergi dengan wajah yang ditekuk.

           ”Saya masuk dulu.” Kata Nafisya kepada Alif yang dijawab dengan anggukan kepala.

Sekitar pukul lima pagi, abi baru boleh dihantar. Aku merasa pening kerana terlalu banyak menangis. Setelah solat Subuh di masjid yang berseberangan dengan hospital, Johan menemuiku.

Johan memintaku untuk mengikuti langkahnya. Kami pun sampai di pintu masuk utama bangunan hospital. Tidak ramai orang yang lalu lalang atau keluar masuk.

           ”Kenapa kau kahwin dengan lelaki tu?.”

Dugaanku benar. Aku menghembuskan nafas berat.

           ”Kau cakap apa ni?. Aku dah cakap yang aku tak nak jelaskan apa-apapun sekarang ni.” Kataku dengan nada lemas. Aku sama sekali tak ada mood untuk berbicara apapun pada sesiapapun ketika saat ini.

Ketika jarak kami sedikit menjauh, Johan melemparkan pertanyaan lain.

         ”Kenapa password telefon kau guna tarikh lahir aku?.” Suaranya naik satu oktaf.

Aku terdiam. Aku meraba-raba kocek seluarku, tidak ada. Pasti tertinggal di ruangan abi tadi. Tapi dari mana dia tahu kata laluan telefon aku?. Semudah itukah dia menekanya?. Apakah perasaanku begitu terlihat?.

Dia mengeluarkan telefon aku dari saku seluarnya.

         ”2704?. Itu kan passwordnya?. Kenapa kau guna tarikh lahir aku?. Jawab aku Nafisya?!.”

          ”Kembalikan telefon aku.” Pintaku.

          ”Kau cintakan aku kan?.”

Kenapa harus berbicara seperti itu di saat fikiran dan perasaanku dalam keadaan yang memburuk?. Tidakkah dia mengerti akan suasana sekarang ini seperti apa?.

Aku merebut telefonku di tangannya.

          ”Kenapa?. Keberatan?…..semua itu dulu jadi kau tak perlu risau. Sia-sia je kalau kau sembunyikan telefon tu daripada aku.”

Dia sudah meneka dengan benar. Aku pun berbalik.

           ”Ya, aku keberatan. Masalahnya aku juga cintakan kau Nafisya.”

Rasanya kepalaku semakin dingin, seolah-olah tidak ada bekalan darah di dalam otak. Aku hanya berdiri kaku.

Dulu aku sangat ingin mendengar kata-kata itu tetapi bukan saat ini. Kenapa dia mengatakannya di waktu yang salah, yang tidak tepat?. Ke mana dia selama ini?. Kenapa harus sekarang?. Aku sudah menyerahkan diri untuk orang lain dan kamu terikat dengan kakakku. Kenapa harus sekarang?.

         ”Aku nak batalkan perkahwinan dan katakan yang jujur kepada kau tentang semua perasaan yang aku alami. Aku sangkakan kau sukakan lelaki lain dan tidak memerlukan aku lagi. Makanya waktu itu aku mengambil keputusan untuk menikahi Syasya. Aku baru sedar kalau ternyata aku salah. Aku baru sedar sekarang kalau aku cin-.”

            ”Berhenti!!.” Bentakku dengan menatapnya tajam. Aku benar-benar marah kali ini.

            ”Kak Syasya bukan perempuan one night stand yang boleh kau tiduri semalaman dan esoknya kau tinggalkan!. Kau memang tak layak jadi abang ipar aku!!.”

Aku terduduk lemas di lantai tepat di depan ruangan abi yang kini sudah kosong. Aku tak percaya dengan apa yang baru saja dikatakan oleh Johan. Kupeluk lutut erat-erat. Aku benar-benar memerlukan Allah sekarang. Aku memerlukan ummi tapi pasti dia sama terpukulnya sepertiku.

Seseorang menjatuhkan tubuh di sampingku tanpa peduli kemeja putihnya akan kotor. Aku seperti pernah melihat ini, lelaki yang melipat lengan kemejanya sampai ke siku. Aku menoleh dan menatap lelaki itu. Senyumnya nipis sekali.

         ”Awak tahu, Fatimah tersenyum ketika ayahandanya meninggal dunia.” Katanya memulakan perbualan.

Aku mengusap kedua mata. Air mataku keluar tanpa suara.

         ”Itu kerana Nabi Muhammad S.A.W. mengatakan kepada Fatimah bahawa Fatimah adalah orang pertama yang akan menemuinya di syurga.”

         ”Habis tu kenapa awak tak boleh senyum seperti mana yang dilakukan oleh Fatimah?.”

         ”Apa yang saya lakukan untuk abi hari ini tidak sebanding dengan apa yang telah saya lakukan terhadapnya 17 tahun yang lalu.”

         ”Barang siapa memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah dan menikah kerana Allah maka sempurnalah imannya. In Shaa Allah, awak sudah mempunyai peluang ke syurga untuk bertemu dengan abi nanti. Tidak baik terlalu larut dalam kesedihan Sya. Lebih baik gunakan waktu yang ada untuk mendoakan abi sekarang supaya tenang di sisi Allah.”

Sekarang aku merasa seperti Fatimah yang memiliki Ali.

         ”Saya….saaaa…saya….saya cuma rasa kalau….” Air mataku meluncur lagi. Segera aku palingkan wajar agar Encik Alif tidak melihatnya.

Entah sudah berapa kali aku menangis di depannya. Astaghfirullah, aku benar-benar cengeng.

         ”Tengok saya…..”

Aku tidak berani dan masih diam.

         ”Nafisya, tengok saya…..”

Aku memusingkan kepalaku sambil menunduk.

Dia memegang kedua-dua bahuku.

          ”Apa yang akan ummi lakukan kalau awak sedang bersedih?.”

Aku tidak mampu menjawab. Hatiku terasa sesak kerana merasa kehilangan. Dengan tiba-tiba, dia menarikku ke dalam pelukannya. Kepalaku bersandar di dada bidangnya.

Aku menangis semahu-mahunya. Aku kecewa. Tak ada yang boleh kuajak bicara, tak ada yang memahami posisiku. Hari ini aku kehilangan dua orang sekaligus, ayah dan sahabatku.

            ”Menangislah tapi jangan pernah menangis sendirian lagi……”