Bab 1

Seorang lelaki penjaga pintu berseragam hitam, bergegas membuka pintu gerbang saat sebuah kereta putih berkilat datang dari arah jalan yang bertentangan. Kemudian mengangguk hormat kepada lelaki berkot biru di balik tempat duduk penumpang. Saat kereta berhenti sempurna, seorang perempuan muda berbaju merah jambu datang menghampiri.

            “Selamat petang tuan.” Sapanya penuh hormat.

Lelaki berusia lingkungan awal 30-an dengan rahang yang keras, mata yang tajam dan bulu keningnya yang lebat seakan menyatu di tengah dahi mengangguk kecil.

             “Bagaimana dengan keadaan puan?.” Tanyanya sambil keluar dari pintu kereta.

             “Alhamdulillah tuan, sekarang puan sedang berehat di ruang beranda.”

Lelaki itu kemudian menghulurkan beg hitam yang dia ambil dari kereta kepada pengawal yang memakai seragam itu. Tangannya bergerak untuk mengendurkan tali leher. Masuk ke dalam rumah diiringi oleh pengawal dan terus menuju ke ruang beranda yang menghadap langsung ke arah kolam renang.

Untuk sejenak dia terpaku berdekatan dengan pasu bunga yang tertanam di teras halaman rumah. Menatap seorang perempuan yang sangat cantik sedang terbaring di kerusi malas. Rambut perempuan itu terurai indah menutupi bahunya. Pancaran matahari senja terpantul ke arah wajah dan menyinarkan kehangatan.

Sementara di sisi perempuan itu, ada seorang pembantu yang berseragam sedang sibuk membantunya memotong kuku. Pembantu itu menyedari kehadiran lelaki yang berdiri berdekatan dengan pasu bunga. Seketika dia menganggukkan kepalanya dengan sopan.

                “Selamat petang Tuan Zakuan.”                                                                

Zakuan mendekat, menatap sekilas pada pembantu yang dia kenali sebagai pembantu peribadi isterinya. Kemudian mengucup lembut dahi perempuan yang masih berbaring itu.

               “Sayang apa khabar?. Sakit lagi ke?.”

Perempuan itu tersenyum.

               “Penat sikit je. Awal abang balik hari ni.”

               “Abang risaukan sayang.” Zakuan meraih dan meramas perlahan jari jemari isterinya.

               “Saya tak apa-apalah abang, kan dah ada Naura yang boleh tolong jagakan saya.” Isterinya menunding ke arah pembantu yang masih lagi memotong kuku-kukunya.

Zakuan mengangguk pada pembantu dengan rambutnya diikat kuda dan kemudian beralih pula kepada isterinya.

                  “Sayang nak jumpa dengan doktor ke?. Kalau sayang nak, abang boleh hantarkan sayang ke sana.”

                    “Tak payahlah abang. Hummm cuma ada sesuatu yang saya nak bincangkan dengan abang.”

Alana memberi isyarat kepada sang pembantu yang kemudiannya bergegas pergi meninggalkan dia dan suami. Alana bangkit dari kerusinya, menghadap suaminya dengan pandangan yang begitu polos.

                   “Mama datang tadi.”

Riak wajah Zakuan jelas tampak terkejut.

                   “Mama datang?. Dia nak apa?.”

Alana memejamkan mata kemudian berucap perlahan.

                  “Mama mahukan pewaris untuk keluarga besar Tan Sri Johari.”

                   “What?. Kenapa hanya itu je yang selalu mama ungkitkan?!.” Sergah Zakuan dengan marah.

                   “Please….jangan marah. Saya cukup sedar diri, saya sedar dengan keadaan saya sekarang. Dah hampir lima tahun kita berkahwin bang. Wajarlah kalau mama menginginkan cucu.” Alana merenung suaminya dengan riak wajah yang hiba.

KLIK LINK DI BAWAH :

https://bukubook.com/wp-content/uploads/2021/04/ISTRI-RAHASIA-1.pdf