Sebuah Jurnal

Bandar Cirebon tidak ramai tapi juga tidak sepi jika hendak dibandingkan dengan bandar lain pada tahun 1667. Bandar ini tidak mendapatkan rezekinya dari perdagangan rempah atau perdagangan antarabangsa- berada di antara dua bandar besar. Sunda Kelapa di barat dan Semarang di timur. Bandar Cirebon mendapatkan rezekinya dari banyaknya kapal yang mengisi bekalan ulang alik di tengah perjalanan mereka termasuk kapal-kapal V.O.C.

Wilhelmina, kapal terpantas armada V.O.C sedang berlabuh di bandar itu. Kapal itu tersadai bersama 13 kapal V.O.C lain. Semua orang tahu apa yang telah terjadi. Khabarnya telah bergema ke seluruh pejabat dagang dan kerajaan dari Makassar sampai Melaka. Kumpulan kapal V.O.C baru saja berjaya membuatkan Sultan Hasanuddin menyerah- sultan terkuat di Timur Nusantara.

Orang di sebalik kejayaan V.O.C. dalam menumpaskan Kesultanan Gowa adalah seorang kapten dari kapal Wilhelmina. Lelaki itu sedang membuka jalan, membuka tapak-tapak perdagangan di bandar tersebut. Ada cerita yang panjang tentang sang kapten dan krunya. Lelaki berumur 39 tahun itu bernama Cornelis Speelman. Dia sudah merantau keluar dari Belanda sejak berumur 16 tahun. Dia membangunkan kariernya di perusahaan V.O.C. Semua orang dapat melihat keinginan Speelman terhadap kekuasaan. Kecekapan,naluri dan pengetahuannya tentang perniagaan dan keganasan membuatkan dirinya terlihat cukup unik dan menjadi rising star dalam perusahaan. Pada suatu ketika, dia pernah menjawat jawatan sebagai gabenor untuk loji-loji V.O.C di Koromandel.

Selain menjawat jawatan dalam V.O.C, Speelman juga memiliki impian yang besar pada suatu hal. Berpuluh tahun merantau di luar Belanda telah membuka matanya mengenai dua perkara yang begitu berharga. Pertama adalah harta yang berupa wang- yang boleh didapati dari perniagaan rempah ratus. Ini sudah jelas dan memang menjadi inti dari keberadaan V.O.C. Harta lain yang nilainya jauh lebih besar adalah harta yang tersimpan milik kerajaan-kerajaan yang dia temui dalam perantauan. Speelman terinspirasi dari kisah qonquistador Hernan Cortez yang hidup ratusan tahun lalu. Siapa yang tidak kenal dengan Cortez. Orang Portugis yang berjaya menemukan harta emas di Benua Amerika dan membunuh semua Indian. Hal-hal seperti itulah yang menjadi obsesi Speelman.

Obsesi Speelman juga memberi pengaruh buruk bagi kerjayanya. V.O.C mengetahui bahawa Speelman, entah bagaimana caranya berhasil mendapatkan bongkah berlian yang sangat besar. Speelman berkeras mengatakan bahawa berlian ini dia temukan melalui ekspedisi peribadi. Namun pihak V.O.C memiliki kecurigaan bahawa Speelman menjalankan kegiatan rasuah- kerana berlian sebesar itu tidak mungkin akan diperolehi dengan hanya gaji seorang gabenor. Atas dasar kes tersebut, direktur V.O.C memecat Speelman dari jabatan Gabenor Koromandel lalu memberikannya jawatan kapten kapal dengan penempatan di Batavia. Sebuah penurunan pangkat bagi Speelman tetapi dengan posisi tersebut, Gabenor Jeneral dapat mengawasi Speelman dengan lebih baik. V.O.C masih memerlukan kecekapan seorang Speelman. Tahun ini, langkah V.O.C ternyata terbukti. Speelman berjaya memimpin rancangan untuk menumpaskan Kesultanan Gowa.

KLIK LINK DI BAWAH :

https://bukubook.com/wp-content/uploads/2021/04/BAJAK-LAUT-PURNAMA-TERAKHIR.pdf