Bab 1
“Mak!! mak!!.” Teriak Ayuni, bibirnya lantang menyebut perkataan mak. Tiba-tiba Ayuni terasa seolah-olah dirinya sedang dihampiri oleh seseorang dari arah belakang. Gadis itu segera menoleh dan matanya terpanah tepat ke arah satu susuk tubuh seorang wanita yang lengkap dilitupi kain telekung berwarna putih. Wanita itu kemudian mengukir senyuman
mesra ke arahnya.


“Mak, Ayu rindukan mak.” Ucap Ayuni dengan riak wajah yang hiba. Tubuh wanita tua itu juga turut dipeluknya erat seolah-olah tidak mahu dilepaskan lagi. Rambut Ayuni kemudian diusap lembut malah dahinya juga dikucup mesra oleh sang ibu.


“Mak pun rindukan Ayu.” Jawab Azizah sambil tersenyum nipis. Air mata yang mula mengalir keluar membasahi wajah polos Ayuni itu turut dihapus oleh Azizah.


“Kenapa Ayu menangis sayang?.” Soal Azizah kepada anak gadisnya.
“Ayu sedih mak! kenapa Allah rampas mak dari Ayu?? belum puas rasanya untuk Ayu bermanja dengan mak! dibelai oleh mak! kenapa mak tinggalkan Ayu? mak tak sayangkan Ayu ke?? kenapa takdir tu terlalu kejam sehingga sanggup memisahkan kita berdua?.” Rintih Ayuni
dalam tangisan air mata. Azizah yang mendengarkan kata-kata dari anaknya itu sekali lagi mengukir senyuman di bibir sebelum kembali menyambung bicara.


“Ayu, mak sentiasa ada bersama Ayu meskipun kita tak boleh bersama secara zahir tapi kita akan tetap bersama secara batin, itu ikatan antara kita kerana Ayu adalah anak mak dan mak adalah ibu Ayu…. tiada siapa yang boleh pisahkan kita berdua nak, ingatlah mak dalam doa Ayu dan mak di sini akan sentiasa merindui anak mak.” Pesan Azizah dengan penuh
kelembutan. Hati Ayuni kembali lega saat mendengarkan kata-kata yang cukup indah itu.


Tubuh wanita tua itu sekali lagi dipeluknya erat namun entah mengapa, tiba-tiba saja jasad wanita yang dikasihinya itu mula menghilang dari dakapannya. Ayuni berasa kaget dengan keadaan itu lantas dia terus menjerit memanggil ibunya.


“Mak!! mak!! mak!!.” Teriak Ayuni lantas terus tersedar dari lenanya yang panjang. Ayuni mengucap dua kalimah syahadah sambil tangannya mengurut-urut dadanya berulang kali. Debaran itu terasa semakin hangat. Dia beristighfar, rupa-rupanya itu hanyalah mimpi. Azan subuh sudah mula kedengaran, gadis itu kemudian bangkit dari katilnya untuk menuju ke bilik air kerana mahu mengambil wuduk.


“Ya Allah……
“Aku begitu merindui ibuku….aku begitu merindui dia…..
“Engkau berikanlah kasih sayangMu kepadanya agar dia sentiasa berbahagia di sana….
“Engkau jauhkanlah dia dari terkena seksa api nerakaMu…
“Engkau tempatkanlah dia bersama orang-orang yang Engkau cintai….
“Amin…..


Tangis Ayuni di dalam doanya. Linangan air mata yang mengalir keluar itu segera dihapusnya.
Ayuni tetap mengukir senyuman. Dia bahagia kerana dapat bertemu dengan arwah ibunya
walaupun itu hanyalah sekadar mimpi.

KLIK LINK DI BAWAH :

https://bukubook.com/wp-content/uploads/2021/04/ANTARA-CINTA-DENDAM-AIR-MATA.pdf