Nurul Syuhaida:
“Kehangatan rindu ini milikmu, Firdaus. Rindu yang tidak pernah luput dari sanubariku. Kerana rindu itu menjadikan aku lupa aha Hakim di sisiku. Lupa pada tanggungjawab yang telah diamanahkan padaku. Namun aku tidak mampu melupakan kesetiaan Hakim padaku.”

Luqman Hakim:
“Aku tak mahu memaksa Nurul. Dia juga punya hati. Punya perasaan. Bukan boneka yang boleh diperlakukan begitu dan begini. Aku menjunjung tinggi erti kemanusiaan dan cinta. Kau harus mengerti cinta antara lelaki dan perempuan tidak seharusnya dibias “keterpaksaan”. Itu kerja gila namanya.

Ahmad Firdaus:
“Mencintai awak satu perkara baru dalam hidup saya. Menyayangi awak memberikan sejuta kebahagiaan. Lantas cinta ini mengajar saya erti hidup saling mempercayai Nurul, selagi nadi masih berdenyut, aura ini tetap milikmu.”