Ejekan anak angkat telah menjadikan medan iri hati di kalangan ahli keluarga hingga memaksa dia mengharungi liku kehidupan bersendirian…..

Sangkanya, kehadiran cinta pertama di pusat pengajian tinggi berjaya menghindari dirinya daripada sifat tamak haloba keluarga namun sayangnya, dia tersasar. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta punah dalam sekelip mata angkara hasutan dan fitnah. Dia pasrah.

Demi adik-adik, dia rela membiarkan dirinya berada dalam cengkaman Maarof lantaran suaminya kian jauh. Hidup Assya tambah berkemelut. Dia terkapai-kapai mencari harga diri. Dia terkial-kial untuk bangun.

Namun mampukah secebis kemuliaan keluarga bekas mentuanya memberi sinar kebahagiaan?. Mampukah keutuhan cinta Sulaim melembutkan hatinya yang kerap diguris sebelum ini sedangkan bekas suaminya itu sentiasa didampingi gadis lain yang silih berganti. Demi sebuah kehidupan yang dirimbuni kasih, Assya terus berusaha meniti takdir……