Dia sering dihina kerana memiliki rupa paras yang tidak cantik. Dia sering dipersenda kerana memiliki kulit yang hitam. Namun, dia disayangi ramai kerana sikapnya yang mudah bergaul dan penyayang. Dia disenangi kerana prihatin dan mengambil berat perihal orang yang mendampinginya. Dialah Zanzilawati Izzrunnie.

Persahabatannya dengan Zuraizee bermula sejak kecil lagi. Mereka membesar bersama-sama dan juga bekerja di bawah satu bumbung. Namun persahabatan yang dibina selama bertahun-tahun akhirnya dilanda badai dan ombak ganas, hanya kerana kehadiran Wizana. Pelbagai helah Wizana lakukan demi untuk memisahkan mereka. Pelbagai kata dilemparkan hanya kerana Wizana mencemburui perhubungan kedua-duanya.

Mampukah Zuraizee mahupun Zanzilawati Izzrunnie mempertahankan hubungan mereka yang terjalin sejak bertahun-tahun dahulu?. Tegakah Wizana memisahkah kedua-dua mereka?. Berputikkah cinta di antara dua orang sahabat ini walaupun kedua-duanya menegaskan bahawa di antara mereka hanyalah mempunyai satu hubungan; perhubungan adik-beradik?.