Setiap manusia mencari cinta dalam hidup mereka. Tapi rupa-rupanya, cinta sahaja tidak cukup kalau tiada bahagia. Begitulah episod duka yang dilalui oleh Soraya, Nadya dan Zafir.

Soraya kecewa dalam perkahwinannya. Kehadiran Zafir ibarat peluang baginya menyandarkan harapan. Sedangkan sepuluh tahun dahulu, dia pernah menolak impian pemuda itu.

“Suka saya adalah suka lelaki kepada perempuan. Lebih tepat, cinta.” Zafir meluahkan perasaannya.

“Sayang saya pula adalah sayang seorang guru kepada muridnya!.” Soraya tegas menolak lamaran cinta itu.

Nadya pula ingin bahagia di samping Zafir. Tiga tahun mereka bertunang, namun hasrat untuk diijabkabulkan sering tertangguh.

“Antara saya dan cinta pertama awak, siapa yang lebih penting?.” Kisah cinta mereka seperti langit, kadangkala cerah, mendung dan cerah kembali.

Sesak nafas Zafir. Perasaannya terbelah dua. Dia jadi keliru. Hatinya untuk siapa?. Nadya tunangannya dan Soraya pula cinta pertamanya. Siapakah kunci kebahagiaannya?.

Mereka terperangkap antara harapan, kenangan dan masa depan. Di manakah titik pertemuan mereka?. Sedangkan cinta pertama tidak semestinya cinta terakhir…….

“Izinkan kubahagia…..”bisik Nadya.

Bisikan yang sama terlafaz dalam hati Soraya dan Zafir.