Siapa kata orang dah mendirikan rumah tangga, tiada ujian macam orang yang sedang bertunang? Orang yang dah berumah tangga ini lebih besar ujiannya, tau. Azyan sekarang sudah menjadi suri rumah tangga sepenuh masa buat suami tercinta dan anak tersayang.

Kalau dulu gaduh-gaduh manja, kali ini naik segala periuk belanga. Itulah yang terjadi kepada Syakir dan Azyan apabila mereka diuji dengan kehadiran doktor jelita ala Kareena Kapoor – Katrina Kaif.

Katrina ni pula memang sengaja menjolok sarang tebuan. Tak kisan menjadi bini nombor dua kepada Syakir. ‘Masak’ Azyan dibuatnya. Entah di mana silapnya, Syakir berubah hati secara tiba-tiba. Azyan penasaran. Lelaki kemain ramai dalam dunia tapi Si Syakir juga yang jadi pilihan anak Pak Kaif tu.

Pening Azyan kali ni. Bukan apa… Katrina guna khidmat bomoh. Mana aci, kan? Masalah… masalah!