Sejarah hitam semalam membuatkan hidup Idura tertekan. Dinikahi oleh lelaki yang teramat mencintainya merupakan satu kebahagiaan yang tidak terhingga. Apatah lagi bila lelaki itu sanggup meminjamkan nama untuk bayi yang dikandungnya dan membelanya hingga dewasa. Namun rasa cemburu yang terlalu membuatkan Idura kelemasan. Kecantikan yang dimilikinya seolah satu sumpahan yang membuatkan dia hidup dalam dilema. Api cemburu Ezani terlalu marak sehinggakan Idura sentiasa dipersalahkan. Dia lemas dan kelelahan menjaga hati suami yang tidak pernah meletakkan kepercayaan padanya, semata-mata kerana sejarah silamnya. Kekakuan dan kedinginannya terhadap Ezani pula dianggap sebagai penolakan ke atas kasih sayang oleh suaminya. Rumah tangga yang dibina semakin menuju kehancuran. Apa lagi bila Ezani semakin membenci Nurul Nina, anak yang bukan zuriatnya……..ke mana lagi harus Idura mengadu?. Apa lagi yang harus Idura lakukan bila kepercayaan semakin lupus dan Ezani pula semakin liar di luar rumah……