”Dan kita harus menukar nama kapal lanun ini. Kita harus tukar nama pasukan ini. Geng Kunyit itu terdengar seperti nama golongan LGBT, bukan perompak yang ditakuti!. Siapa dulu yang bangang sangat bagi nama tu hah?!!.” Teriak Alang.

        ”Abang!.” Teriak mereka semua.

        ”Aku?.” Soal Alang.

       ”Yelah, kan abang sendiri yang letak nama pasukan ini Geng Kunyit. Abang dah lupa ke?.”

      ”Ohhh yeke?. Hummm….alahhh Geng Kunyit…. nama tu bukan buruk sangat pun cuma agak kurang berwibawa. Sikit-sikit je, bukan banyak pun. Dah!!. Biarkan jelah, tak payah tukar-tukar dah. Geng Kunyit pun okey apa?. Kita kekalkan saja nama tu.” Balas Alang.

Alang Kelana mempunyai mimpi menjadi ketua lanun yang disegani bersama keempat-empat orang kru kapalnya. Kenyataannya, Alang selalu saja gagal merompak kerana dia memulakannya dengan terlalu sopan seperti ‘Assalamualaikum, saya nak merompak boleh?’.

Demi mencapai impiannya dan berkat pesan dari Lanun Merah, Alang pantang menyerah sehingga suatu hari Geng Kunyit mulai beraksi dan dikejar-kejar pihak V.O.C dari satu pulau ke pulau yang lain. Pengembaraan mereka dimulai dan diekori juga dengan tiga sosok misteri yang membawa pesanan pusaka.

Sebuah pengembaraan bersejarah yang harus mereka selesaikan sebelum genap purnama terakhir.