“Perkahwinan ini tidak akan membawa kita ke mana-mana! ia hanya akan membawa kita kepada kemusnahan! awak ingin menikahi saya bukanlah kerana cinta tapi atas dasar dendam yang saya sendiri tidak tahu dari mana puncanya! hubungan ini akan memusnahkan hati! hubungan ini hanya akan membuatkan kita saling membenci dan saya tidak mahu ada
perasaan seperti itu.” Ujar Ayuni dengan penuh perasaan.


“Perasaan tidak pernah menjadi keutamaan dalam hidup aku! aku tak pernah peduli dengan apa itu namanya cinta sebab apa yang aku tahu, aku hanya nak tengok kau merana! kalau dengan perkahwinan ini boleh menjadikan kau menderita, aku akan pastikan walau dengan cara apa sekalipun,kau akan menjadi isteri aku yang sah! aku takkan benarkan kau
mendapatkan cinta dari mana-mana lelaki kerana orang seperti kau tidak layak untuk disayangi! apa yang ada untuk kau hanyalah derita! hari ini aku melihat titisan air mata kau dan aku akan pastikan akan lebih banyak lagi air mata yang akan mengalir keluar sehingga kau sendiri lupa bagaimana caranya untuk tersenyum!.” Bidas Zafril.

Mampukah Ayuni bertahan?. Antara Cinta, Dendam dan Air Mata, hapuskanlah dendam itu agar terbit rasa cinta di antara kita……..